BAB 13

Romance Completed 3808

MAWARDAH sentuh perlahan sebiji buah mangga yang masih hijau yang tergantung elok di rantingnya. Kulit mangga muda itu dibelek lama. Badan dibongkok sedikit mencapai ranting kering di atas tanah. Lalu ranting itu diguna mengukir sesuatu di kulit mangga hijau itu. selesai mengukir, mangga muda itu ditatap lama. Sedang Mawardah leka menatap sebiji mangga muda yang menjadi pilihan dari baratus-ratu mangga di pokok mangga depannya itu, dia dikejutkan dengan kedatangan sebuah teksi. Tak lama kemudian kelihatan tiga orang insan turun dari teksi tersebut. Biji mata hampir terkeluar sebaik saja pandangan jatuh pada satu wajah yang dah terlekat dalam hati. Zulfikarzzaki Ajwad?

“AssalamualaikumMawar! Mawar!” Dari jauh kedengaran suara Ajwad memanggil namanya.

“Waalaikumussalam.” Mawardah mengatur langkah laju mendapatkan Ajwad.

Bila terpandang Mawardah je, terus Ajwad meluru ke arah gadis itu. “Tolong jangan setuju Ain Mawardah.” Pinta Ajwad lembut.

Mawardah kerut dahi. “Setuju apa ni?”

“Tolong batalkan pertunangan ni. Tolong lah” Rayu Ajwad pula.

“Apa ni? Saya tak faham.” Mawardah semakin keliru.

“Mawar.” Puan Sakinah menjenguk kepala keluar rumah. “Eh, AisyahZul. Bila sampai? Kenapa tak cakap nak balik sini?” Wanita itu meluru ke arah Puan Aisyah dan Encik Zulhairi.

“Kinah. Lama tak jumpa kau. Sihat? Azam mana?” Dua orang sahabat lama berpelukan erat.

“Alhamdulillah sihat. Kau? Azam ke Langkawi tiga hari. Ada kursus kat sana. Ni Apsal ni? Pe yang kecoh-kecoh?”Puan Sakinah pandang Ajwad pelik.

Ajwad meluru ke arah Puan Sakinah. Tangan wanita itu di capai. “Maklang tolong batalkan pertunangan Ain Mawardah. Ajwad taknak dia bertunang dengan orang lain. Ajwad tak sanggup.”

“Pertunangan apa pulak ni?” Puan Sakinah semakin bingung.

“Ajwad!” Lima kepala menoleh serentak ke arah Acis yang semakin menghampiri. Ona disebelah dah senyum lebar. “Kau balik jugak ye.” Tangan Ajwad di salam.

“Acis, kau tolong aku pujuk Ain Mawardah. Pujuk maklang supaya batalkan pertunangan Ain Mawardah dengan budak mana-mana tu. Please” Tubuh Acis digoncang.

“Stop, stop!.” Pekik Mawardah tetiba. “Apsal ni? Dari tadi awak asyik mintak saya putuskan pertunangan. Pertunangan apa ni? Sapa yang nak bertunang? Serius saya tak faham. Langsung tak faham.” Tajam Mawardah merenung mata Ajwad.

“Pertunangan awak la. batalkan je. Awak tak boleh bertunang dengan mana-mana lelaki selain saya.” Tegas Ajwad bersungguh-sungguh.

“Hiii awak ni. Saya dah rasa macam orang bingung skrang ni. Apa maksud awak? Apsal awak cakap macam ni? Apsal awak jadi macam ni? Macam orang gila je. Apsal”

“Sebab saya suka awak.”

Hah? Mawardah dah ternganga. Lima pasang mata yang memandang adegan itu turut buat aksi yang sama.

“Saya dah jatuh cinta dengan awak. Saya cintakan awak, Ain Mawardah.” Lembut Ajwad menutur. Mata Mawardah direnung.

“Ona, bawak fon tak?” Soal Acis tetiba perlahan.

“Bawak. Kau nak buat pe? Kalau nak call kredit aku dah expired.”

“Bak sini.” Henfon ditangan Ona direbut.

“Nak buat pe?”

“Rugi weyh kalau tak record. Box office punya cerita ni” Selamba Acis merakam adegan cinta Ajwad dan Mawardah tanpa disedari orang lain.

“Ain Mawardah, apsal diam je?” Ajwad resah dengan kebisuan si buah hati.

“Awak nak saya jawab apa?” Mawardah yang berdebar sakan itu memberanikan diri membalas renungan Ajwad.

“Cakap awak pun cintakan saya.”

“Apsal pulak? Saya tak rasa macam tu pun.”

“Ada. Awak pun rasa benda yang sama kan? Saya tau awak cintakan saya. Luahkan je.”

Mawardah terlopong seketika. Tersangat lah malu bila diri jadi perhatian. “Hisyh!! Apa ni? Saya tak cintakan awak pun.”

“Tipu! Saya tau awak cintakan saya tapi awak taknak cakap.” Tukas Ajwad.

“Sapa cakap? Sape? Takde la.” Mawardah cuba kawal hati. Takmau tunjuk sangat perasaannya ketika ini.

“Acis!”

“Oh Acis comey!” Henfon Ona jatuh ke tanah tanpa sempat disambut. Terkejut beruk dengan sergahan Ajwad.

“My fon!” Jerit Ona. Dengan pantas dia tunduk mengutip henfon yang sudah terburai isinya.

“Sorry, Ona. Tak sengaja.” Acis dah kecut perut. Air mata Ona dah mengalir.

“Acis! Pe kau dah cakap kat dia?” Soal Mawardah dengan wajah bengang.

“AkuAku”

“Awak jangan salahkan Acis. Kalau tak kerana dia, saya takde kat sini skarang. Takde kat depan awak macam ni.” Pantas Ajwad berdiri didepan Acis.

“Saya tak mintak pun awak balik sini.” Mawardah peluk tubuh.

“Ain MawardahSusah sangat ke awak nak mengaku yang awak cintakan saya?” Suara Ajwad semakin kendur. Encik Zulhairi, Puan Aisyah dan Puan Sakinah hanya bertindak sebagai pemerhati. Taknak masuk campur.

“Apa cinta-cinta ni? Geli la telinga. Dah bernanah pun.” Mawardah masih degil untuk meluahkan perasaan.

“Habis tu nak sebut apa? Love? Mohabbat? Pyar?”

“Takyah sebut pape. Perlu ke saya luah kalau saya pun rasa macam awak rasa?”

Ajwad terdiam. Tiga saat kemudian dia tersenyum lebar. “Kan betul jangkaan saya. Sebenarnya awak pun cintakan saya kan?”

Mawardah tidak menjawab. Hanya jelingan tajam yang dilemparkan pada Ajwad. Puan Aisyah, Puan Sakinah dan Encik Zulhairi tersenyum lega. “Nampaknya perkara dah setle. Jom Aisyah, Zul kita naik ke atas. Tinggalkan je pasangan sejoli ni.”

“Jom.” Puan Aisyah dipimpin Puan Sakinah naik ke atas rumah. Encik Zulhairi mengekor dari belakang. Sempat dia angkat thumb up pada anak lelaki tunggalnya itu sebelum meniti anak tangga.

“So” Ajwad angkat kening pada Mawardah sebaik saja tubuh ibu bapa mereka hilang di sebalik pintu.

“So apa?” Muka Mawardah masih masam. Geram dipaksa oleh Ajwad masih belum hilang.

“Tak boleh ke awak cakap sekali yang awak cintakan saya? Cakap suka pun boleh jugak. Pleasesekali je.” Ajwad tayang senyum comel.

“Taknak.” Bantah Mawardah.

Muka Ajwad berubah. “Apsal pulak? Cakap je. Bukannya susah pun.”

“Taknak.”

“Cakap suka pun boleh.”

“Ishy awak ni! Apsal nak paksa-paksa pulak? Tak suka la cam ni. Dah orang taknak tu taknak la.” Mawardah sudah mencekak pinggang.

“Saya tak mintak awak buat benda berat pun. Senang je benda yang saya mintak ni.”

“Geram betul dengan awak ni! Kalau nak sangat jawapan awak pergi kat pokok mangga tepi sawah tu.” Jari telunjuk diunjuk pada pokok mangga yang rendang tidak jauh dari mereka.

“Buat pe?”

“Cari sebiji buah mangga muda yang boleh menjawab persoalan awak tu. Saya dah luah kat buah tu.”

“Uih. Beratus-ratus buah kat situ. Cam ne saya nak jumpa?” Soal Ajwad dengan muka tak percaya.

“Nak seribu daya. Taknak seribu dalih.” Sinis Mawardah berkata.

“Okay. Saya sahut cabaran awak.” Ajwad berlari ke arah pokok mangga tersebut.

Mawardah kulum senyum. Dalam hati dia berdoa agar buah bertuah itu dapat dijumpai oleh Ajwad. Kemudian dia toleh kanan memandang Acis yang sedang tekun memasang semula henfon Ona yang sudah terkeluar segala isi perutnya. “Camne? Rosak ke fon kau, Ona?”

“Tak tau.” Serak suara Ona kedengaran. Air mata dikesat.

“Don’t worry la, Ona. Aku sure yang fon kau okay. Kejap aku nak on.” Acis tekan punat di bahagian atas henfon sony ericsson K610i itu. Tak sampai 10 saat henfon itu kembali menyala.”See? Kan betul aku cakap. Nah amek balik fon ni. Buat teruk bolehFon jatuh pun nak nangis. Tak matured langsung.” Leter Acis pada Ona disebelahnya.

“Kau pe tau? Ni nyawa aku tau” Jeling Ona.

“Nyawa konon.” Acis mencebik. Mawardah senyum sambil menggeleng dengan gelagat dua sahabatnya itu.

“Ain Mawardah!” Tiga kepala menoleh serentak pada Ajwad yang sedang berlari ke arah mereka sambil menayang buah mangga muda ditangan kanan. “Saya dah jumpa. Buah ni kan?” Buah mangga muda itu disua pada Mawardah.

Gadis itu tersenyum tiga saat kemudian dia mengangguk. “Tahniah.”

“Betul ke ni awak yang ukir?” Ajwad inginkan kepastian.

“Betul la. Tak caya pulak dia.” Suara Mawardah kedengaran nada merajuk.

“Eh tak. Saya caya.” Ajwad terangguk-angguk. Ukiran pada buah mangga dipandang lama dengan senyuman.

‘AIN MAWARDAH Love ZULFIKARZZAKKI AJWAD’

“So, jom kita kahwin?” Propose Ajwad secara tak langsung.

“Hah?” Mawardah ternganga. Acis dah pecah tawa. Ona kulum senyum. Direct betul dia kasi.

“Kita kahwin ye? Saya dah kerja dengan daddy. Mampu nak tampung awak.” Lembut Ajwad menutur. Ikhlas dari hatinya. Acis yang sudah ketawa langsung tak diendahkan. Langsung takde perasaan malu pada dua orang penyibuk tu. Eh silap. Penyokong la

“Saya muda lagi la awak. Baru 21. Study pun tak habis lagi.”

“Tu bukan alasan. Takpe kita kahwin dulu. Saya tak halang awak nak sambung study.” Lembut Ajwad memujuk.

“Setuju je la Mawar. Kau nak tunggu pe lagi?” Acis masuk line.

“Betul-betul. Aku sokong kau.” Ona tepuk bahu Acis.

“Tapisusah.” Mawardah silang tangan di dada.

“Pe yang susah?” Laju Ajwad menyoal.

“Ye la. Coz my boy from London”

“So? Pe masalahnya?”

“Banyak masalah. Nanti kalau kita kahwin, mesti saya kena ikut awak balik London kan? Taknak. Saya nak menetap kat Malaysia. Tanah tempat tumpah darah saya.”

“Kita tinggal kat sini la. Daddy nak bukak satu cawangan ZA Holdings kat KL. So, saya kerja kat Malaysia la nanti. Malaysia pun tanah tempat tumpah darah saya jugak. Awak jangan lupa. Saya dilahirkan kat sini tau. Bila umur saya masuk dua bulan baru daddy dengan mummy berhijrah ke London. So, Saya anak Malaysia.” Tutur Ajwad dengan muka bangga. “Takde masalah lagi kan? Kita kahwin?”

Mawardah terus bisu. Taktau nak bagi alasan apa lagi dah. Akhirnya perlahan-lahan dia mengangguk.

“Yess! Alhamdulilahh” Ajwad tadah tangan ke langit.

“Tahniah, kawan.” Acis hulur tangan.

“Thanks, kawan.” Ajwad senyum bahagia. Bahagia yang teramat sangat.

“Wahh Mawar. Kau dah nak kahwin. Sedihnya” Ona peluk Mawardah dengan rapat. Air mata sekali lagi mengalir. Mawardah turut menjatuhkan air mata kegembiraan.

“Ey eh si Ona ni. Orang happy, kau sedih buat pe? Spoil betul.” Tocang Ona ditarik Acis.

“Weyh. Kena jugak belasah dengan aku budak ni karang!” Gertak Ona geram.

“Bajet kuat.”

“Mesti la. Kau jangan lupa Acis yang zaman sekolah dulu aku.”

“Stop!” Pintas Acis. Tangan kanan diangkat. “Tolonglah Ona. Telinga aku dah jemu dengar ayat kau yang start dari ‘kau jangan lupa Acis yang zaman sekolah dulu aku’ bla bla bla.” Sindir Acis selamba.

“Weyh!” Ona jegil Acis. Geram gila bila sahabatnya itu menyindirnya.

“Cantik la sangat jegil macam tu. Ey Ajwad, kecur air liur aku tengok mangga muda kat tangan kau tu.Bak sini aku nak gigit sikit.” Tanpa amaran mangga muda tersebut diragut oleh Acis. Lelaki itu berlari ke arah sawah.

“Acis! Don’t you dare to bite that mango! If not, I will”

“Bahasa melayu, Zulfikarzzaki Ajwad!” Sampuk Mawardah.

“Sorry Ain Mawardah. Acis! Kau jangan berani gigit mangga tu. Kalau tak aku bunuh kau!” Pekik Ajwad sambil berlari mengejar Acis yang sudah terjun ke dalam sawah bersama mangga muda yang penuh bermakna baginya itu.

“Aku nak gigit sikit je!”

“Tak boleh!” Ajwad turut menyertai Acis di dalam petak sawah. Sedaya upaya Acis dikejar. Ona dan Mawardah ketawa menyaksikan adegan kejar mengejar antara Acis dan Ajwad itu. Riuh-riuh rendah suara mereka. My boy from LondonSaya sayang awak. Bisik Mawardah dalam hati.

Enam bulan kemudian.

“AKU terima nikahnya Ain Mawardah Bt Ahmad Azam dengan mas kahwin RM80 tunai.” Dengan sekali lafaz saja Ain Mawardah sah menjadi isteri kepada Zulfikarzzaki Ajwad. Senyuman kegembiraan terpamer pada semua wajah yang berada di majlis akad nikah itu. Semua orang mendoakan agar pasangan pengantin tersebut bahagia hingga ke akhir hayat. Amin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience