BAB 3

Romance Completed 3808

Ajwad cubit sedikit isi tersebut lalu diletak di hidung. “Yerkk! Taknak. Busuk.” Kritikan yang pedas sekali dia kasi.

“Busuk awak cakap?” Bengang Mawardah mendengar kritikan itu.

“Lauk lain? Ini apa?” Mawardah tidak diendahkan.

“Sambal belacan.” Jawab Encik Azam.

“Belacan? Tak pernah dengar.” Piring yang berisi sambal belacan dicapai lalu didekatkan dengan hidung. “Busuk!” Piring itu diletak kembali.

“Ajwad try makan kari ayam ni dulu. Sedap.” Puan Sakinah menghulurkan mangkuk yang berisi kari ayam.

“I don’t want. Western food takde ke? Pasta?” Ajwad pandang muka Puan Sakinah.

“Awak jangan nak ngada-ngada eh. Makan je la. Ni kampung. Bukan London!” Balas Mawardah dengan nada yang mendatar. Matanya dijegil.

“Tapi saya tak makan semua ni! Busuk!” Ajwad bersuara dengan nada yang sama.

“Ajwad! Tak baik menghina rezeki macam tu!” Ajwad tersentak bila Encik Azam bersuara kuat. Lelaki itu dah berubah riak. Riak marah.

“Abang” Puan Sakinah tidak setuju dengan tindakan suaminya.

“Sorry. Paklang takde niat nak marah kamu. Tapi paklang tak boleh biarkan kamu hina rezeki, Ajwad.” Suara Encik Azam semakin mengendur.

“Huh!” Kerusi disorong dengan kasar.Ajwad bangun meninggalkan meja makan.

JAM dah menunjukkan pukul 1.00 pagi. Tubuh dipusing ke kiri dan ke kanan. Dah puas paksa mata tidur tapi tak lelap jugak. Mawardah pusing kiri. Ni semua sebab London boy tu. Kalau dia tak datang sini takde la aku nak seksa kepanasan macam ni. Kipas bilik aku kena pindah masuk bilik dia. Melampau betul. Dah ada satu kipas siling kat bilik tu tapi ngada-ngada jugak nak topup lagi satu. Panas lah. Takleh tidur la. Banyak nyamuk la. Yang abah pun satu. Menangkan sangat si London boy tu. Eeiii!!! Tak puas hati betul!Buku garis satu yang berada ditangan dikibar-kibar namun tidak cukup untuk membekalkan angin. “Hisyh!!” Mawardah bangun melangkah keluar dari bilik menuju ke dapur. Haus la pulak.

AJWAD pegang perut. Dah banyak kali perutnya mengeluarkan bunyi minta diisi. ” I’m so hungry. What should I do?” Soalnya sendiri. Tiga saat kemudian, Ajwad bangun memulas tombol pintu. Targetnya? Mesti ar ke dapur cari apa yang boleh dimamam.

Elok je bila kaki kanan melangkah ke kawasan dapur telinganya menangkap satu bunyi. Automaticly langkah terhenti. Ark? Mulut ternganga luas bila terpandang satu benda putih yang berdiri di tepi sinki. “Ghost?” Tanpa sedar dia menutur.

“Banyak la awak punya ghost.” Satu suara menyapa. Benda putih tersebut berjalan melintasi Ajwad yang sudah tergamam. Sius lampu dipetik. Suasana dah bertukar cerah. “Ni orang la. Tengok kaki ni. Elok je jejak lantai. Cepat sungguh cuaknya.” Sambung Mawardah sambil menghentak kaki tiga kali di lantai.

Ajwad lepas nafas lega. Mawardah direnung tajam. “What are you”

“Ehem.”

“Hisy! Apa awak buat dalam gelap macam ni?”

“Apsal? Takut? London boy penakut jugak eh” Ujar Mawardah dengan nada mengejek. Dia tersenyum.

“Please la. Langsung tak takut. Just terkejut je.” Ajwad kalih muka tempat lain sambil berpeluk tubuh.

Mawardah mencebik. “Dah terang lagi bersuluh takmo ngaku konon. Ha, masuk dapur lewat malam camni nak pe? Lapar?” Kening terangkat tiga kali. Senyuman semakin lebar bila Ajwad dah berubah riak.

“Manade.” Sangkal lelaki itu pantas.

“Ada.”

“Manade la.”

“Ada la.”

“Tak.”

“Ye.”

“Tak la.” Tegas Ajwad.

“Ye la. Awak lapar.” Mawardah tak mahu mengalah.

“No, I’m not hungry!” Brukk..brukk. Ajwad tersentak dengan bunyi yang tetiba itu. Pantas perutnya dicekup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience