BAB 11

Romance Completed 3808

“ASSALAMUALAIKUM, dad.” Ucapnya bila gagang dah lekat kat telinga.

“Waalaikumussalam, son. How are you?” Soal Encik Zulhairi di hujung talian.

“Alhamdulillah, sihat. Daddy dengan mummy sihat?”

Encik Zulhairi diam lima saat sebelum menjawab. “Daddy sihat. Mummy je tak sihat.”

“Hah? Apsal dengan mummy, daddy?” Ajwad jadi cemas.

“Mummy demam sikit. Demam rindu kat her beloved son. Maklum lah. Dah hampir sebulan tak jumpa Ajwad. Papa pun rindu Ajwad. Ajwad happy kat sana?”

” Seronok sangat, daddy.Mummy dah makan ubat belum? Ajwad pun rindu kat daddy dengan mummy sangat-sangat. Bagi fon kat mummy, dad.”

“Mummy taknak cakap. Tak sanggup nak dengar suara Ajwad. Ni dia ada kat tepi daddy tengah nangis.”

Ajwad senyum lebar. “Mummy nangis? Mesti comel kan? Daddy pujuk la mummy.”

“Ni tengah pujuk la ni. Dia nangis jugak. Son, daddy dah booked tiket untuk Ajwad fly balik London lusa. Mesti Ajwad happy kan?”

Ajwad tersentak mendengar berita yang disampaikan. Ntah kenapa dia langsung tak rasa teruja sedangkan awalnya dia dikampung ni langsung dia tak gembira. Setiap kali solat., mesti dia akan berdoa agar Allah bukakkan pintu hati daddynya supaya dia boleh pulang ke London dengan cepat. Tak tahan hidup di kampung. Itu dulu. Sekarang?

“Ajwad” Panggil Encik Zulhairi bila tiada sebarang respon dari Ajwad.

Ajwad tersentak.”Ye, dad.”

“Why? Anything wrong?”

“Tak. Takde. Okay, dad. Lusa Ajwad balik.” Perlahan dia bersuara. Hatinya berat.

“Okay. Boleh Ajwad tolong daddy kat ofis. Will you?”

“Boleh.”

“That’s my son. Okay la. Daddy letak dulu ye. Kirim salam kat paklang, maklang and Mawar. Love you son. Bye”

“Kirim salam kat mummy ye. Cakap kat mummy Ajwad rindu. Bye dad. Assalamualaikum”

“Waalaikumussalam” Talian dimatikan. Ajwad langsung tak bergerak. Tegak berdiri memandang gagang ditangan. Hatinya serabut ketika ini. Kenapa ye?

Di London sana

“AISYAH” Kepala Puan Aisyah disentuh lembut. Isterinya itu sedang tersedu-sedu menangis. Mata suaminya dipandang. “Anak kita dah berubah.” Kata Encik Zulhairi dengan senyuman lebar.

“Berubah?”

Encik Zulhairi mengangguk. “Tadi time cakap fon dengan abang, lancar je dia speaking Malay. English langsung takde.”

Air mata dikesat.” Ye ke , bang?” Sebaris senyuman terpamer.

“Ye.”

“Macam mana dia boleh berubah?”

“Tunggu dia pulang lusa. Mesti ada benda menarik yang dia akan cerita.”

Di kampung.

“DAH nak balik lusa?” Encik Azam terkejut mendengar berita kepulangan Ajwad ke London secepat itu. Malam ini selepas menunaikan solat jemaah Isyak mereka berkumpul diruang tamu. Reaksi Puan Sakinah jugak sama. Mawardah hanya tertunduk.

“Cepatnya. Hari tu daddy cakap nak hantar Ajwad tinggal dengan kami banyak bulan. Skarang sebulan pun belum sampai dah nak balik?” Sela Puan Sakinah.

“Mummy rindu sangat dengan Ajwad. Tu sebab la diorang minta Ajwad pulang cepat. Papa pun perlukan Ajwad kat ofis.” Terang Ajwad. Sesekali matanya melirik ke arah Mawardah yang langsung tak bersuara. Sedih ke dia? Suka ke dia?

“Takpe la. Kak buat cam ne. Kalau balik sana jangan lupa kitorang pulak. Kalau ada masa balik la ke sini. Rumah ni sentiasa terbuka untuk Ajwad.” Ujar Encik Azam. Bahu Ajwad di tepuk.

“Mawar. Nak ke mana?” Soal Puan Sakinah bila Mawardah bangun hendak meninggalkan ruang tamu.

“Tidur,bu. Mawar dah ngantuk.”

“Dah ngantuk? Awal sangat. Baru pukul 9.15.”

“Takpe la ibu. Mawar masuk dulu. Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam” Tiga suara serentak menjawab.

“BETUL kamu taknak ikut hantar Ajwad ke airport, Mawar?” Tanya Puan Sakinah inginkan kepastian. Anak tunggalnya itu enggan mengikut mereka menghantar Ajwad ke KLIA.

“Betul, bu. Mawar jaga rumah je.” Balas Mawardah bersungguh-sungguh.

“Tapi ibu risau la tinggalkan kamu sorang-sorang kat rumah. Lama ibu dengan abah nak pergi ni. 10 jam jugak tinggalkan kamu. Ye la. dari sini ke KLIA dah dekat empat jam. Tambah lagi dengan masa balik nanti.”

“Takpe, bu. Mawar boleh jaga diri. Ibu dengan abah jangan risau.” Yakini Mawardah.

“Jangan risau la, makcik. Ona kan ada. Ona boleh temankan Mawar.” Ona yang diam dari tadi bersuara.

“Acis pun ada. Boleh tolong tengok-tengokkan Mawar. Makcik dengan pakcik jangan risau.” Sampuk Acis yang berdiri disebelah Ajwad. Sempat dia mengerling ke arah Ona yang jugak sudah memandangnya dengan pandangan yang mereka berdua je faham. Dua sahabat itu tau bahawa Mawardah tidak sanggup hantar Ajwad ke KLIA sebab tak sanggup melihat Ajwad pergi. Walaupun Mawardah tak pernah cerita pape pun kat mereka, mereka dapat kesan perkara tersebut dari mata redup gadis itu.

“Takpe la kalau macam tu. kitorang bertolak dulu. Karang lambat sampai pulak.” Sela Encik Azam yang sudah menghidupkan enjin kereta.

“Ajwad, nah amek ni.” Acis menghulurkan senapang kayu hasil buatannya sendiri kepada Ajwad. “Senapang kayu. Dari aku dengan Ona. Kalau kau rindu kitorang, tatap lah senapang ni.” Selorohnya lagi.

Ajwad menyambut huluran itu. “Thanks Acis, Ona. Nice meeting both of you. Sorry. Seronok dapat kenal dengan korang. Banyak perkara aku belajar dari korang. Kenangan manis tu.” Kali ni, tanpa perlu Mawardah berdehem, Ajwad sedar kesilapan bahasa yang dilakukan. Tangan Acis di salam.

“Aku pun. Best dapat kawan macam kau, London boy.” Acis tersenyum.

“Aku pun sama. Jangan lupa kitorang tau. Especially Mawar ni.” Ona melirik pada Mawardah disebelahnya. Jelas terpamer riak sedih diwajah putih bersih itu. Aku faham, kawan

“InsyaAllah aku takkan lupa korang.” Mawardah confirm takleh lupa.Macam mana nak lupa? Dah lekat kat hati. Kuat pulak tu. Sampai dah takleh tanggal pun. Sambungnya sendiri.

“Ajwad, jom bertolak skarang. Karang lewat sampai pulak. Kereta paklang tak mampu nak terbang kejar flight tau.” Seloroh Encik Azam.

“Baiklah paklang.” Katanya sambil mata tepat merenung Mawardah yang tertunduk didepannya. “Ain Mawardah” Panggilnya lembut.Mawardah angkat muka.

“Saya balik dulu. Ampunkan segala salah saya. Halalkan makan minum saya sepanjang saya kat sini. Terima kasih untuk semua yang awak buat untuk saya. Banyak kenangan manis yang saya dapat dengan awak kat kampung ni. Terima kasih banyak-banyak.” Mata Mawardah ditenung dalam. Ya Allah, kenapa beratnya hati nak tinggalkan gadis depan aku ni?

“Hmm” Hanya itu jawapan Mawardah. Entah kenapa tetiba je suara dia tak boleh keluar. Rasa tersekat. Mawardah kawal perasaan. Hati dah sebak.

“Aku balik dulu. Pape hal call ar aku. Jumpa lagi. Assalamualaikum” Sempat dia pandang Acis dan Ona sebelum menoleh ke arah kereta. Ajwad tak sanggup nak tengok muka Mawardah lebih lama lagi. Hatinya jugak sakit. Dia sendiri tak faham kenapa dia rasa macam tu.

“Waalaikumussalam” Acis dan Ona menjawab serentak. Mawardah hanya menjawab dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience