Chapter 1

Horror & Thriller Series 942

[8:30]

"Luna Arina tolong ibu hidangkan lauk ke atas meja" Pinta Puan Linda kepada anaknya, Luna Arina. Puan Linda merupakan ibu tunggal yang tabah dan kuat. Dia tetap bersabar dan berusaha untuk menyara kehidupan dirinya bersama Luna walau terpaksa menghadapi pelbagai cabaran hidup.

Puan Linda merupakan seorang kerani sekolah. Dia juga melakukan kerja sampingan di gerai untuk menyara bil pembelajaran Luna yang kini merupakan pelajar di Universiti Shah Alam.

Ayah Luna telahpun meninggal dunia sejak berlakunya penularan virus Covid-19 yang melanda 2 tahun lalu. Ayah Luna tidak dapat diselamatkan ketika keluarga mereka diserang jangkitan virus tersebut.

Puan Linda sering menasihati Luna agar bersabar dan redha dengan ujian yang melanda. Ibunya berpesan bahawa 'setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya'. Dia kagum dengan ibunya yang langsung tidak menitiskan air mata ketika pengebumian ayahnya. Luna yakin ibunya pasti sangat sedih ke atas pemergian ayahnya. Walau bagaimanapun, dia cuba untuk terlihat kuat agar tidak melemah semangat anaknya. Luna sangat bersyukur kerana mempunyai ibu yang memahami dan sering membantu dirinya.

"Okay ibu" Balas Luna Arina pendek. Dia terus mencapai kelima-lima jenis hidangan yang telah diletakkan di atas dulang. Hari ini merupakan malam raya aidilfitri yang pertama.

Setiap tahun penduduk kampung akan mengadakan baraan. Oleh itu setiap rumah akan menyediakan makanan untuk dihidang kepada penduduk kampung. Takbir raya juga akan dibacakan setiap rumah ke rumah untuk memeriahkan malam pertama hari raya aidilfitri.

Setelah hampir 15 minit menunggu, akhirnya penduduk kampung tiba di rumah mereka. Mereka menjamu penduduk kampung dengan bihun goreng, ayam masak merah, rendang, serunding dan kuih muih yang dihasilkan oleh mereka sendiri.

Sekiranya mereka mempunyai waktu terluang, Luna dan ibunya akan membuat kuih muih untuk dijual di gerai Pak Samad. Ramai penduduk kampung yang gemar akan masakan yang dihasilkan oleh dua beranak itu. Ada juga yang menempah kuih muih untuk tahlil atau kenduri kahwin anak mereka.

"Luna balik bila? setahu pakcik Luna akan menduduki perperiksaan kan?" Tanya Pak Samad setelah saja melabuhkan punggung di hadapan Luna.

Luna mengangguk laju lalu mempamerkan senyum manis. Pak Samad sering menghulurkan bantuan kepada Luna dan ibunya, Pak Samad juga sering menghantar Luna untuk ke universiti.

"Makcik Siah apa khabar? dah hampir dua bulan gamaknya Luna tak berjumpa dengan dia?" Makcik Siah merupakan orang rumah Pak Samad. Sejak kemalangan yang menimpa mereka, Makcik Siah tidak dapat lagi berjalan seperti biasa. Dia juga menghabiskan waktunya di rumah.

"Akhir-akhir ini pakcik nampak dia semakin sihat. Lagikan pula Ahmad sudah pulang ke rumah untuk menyambut hari raya, semakin semangatlah dia menjemput cucunya" Ujar Pak Samad sambil tersenyum bahagia mengingatkan keletah cucunya, Adam.

"Ahmad tak join baraan sekali ke Pak Samad? dah lama saya tak nampak muka dia. Sejak dia berkahwin ni nak nampak batang hidung dia pun payah" Tanya Luna sambil menyelitkan gurauan dia belakang ayatnya. Pak Samad menggeleng kepala perlahan sambil ketawa.

"Dia tu sibuk cari anaknya hilang entah ke mana. Biasalah budak bila masuk kampung mulalah dia nak jelajah satu kampung" Seloroh Pak Samad sambil menupuk perlahan dahinya. Luna yang melihat tindakan Pak Samad ketawa kecil.

"Anak kau si Milah tak balik kampung ke Samad" Celah Pak Hassan di sebelah. Mulalah perbualan panjang mereka di situ. Tanpa membuang masa, Luna terus minta diri untuk beredar dari situ.

"Assalamualaikum! Kami datang nak raya!" itu merupakan ayat paling seram bagi Arina, selepas hari itu, dia sering mimpi budak perempuan berbaju putih yang sangat ngeri

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience