Chapter 3

Horror & Thriller Series 942

[03:00]

Hikss...Hikss...Hikss

Suara tangisan yang datangnya dari sebelah kiri membuatkan Luna Arina tersentak. Kepalanya terasa seperti baru sahaja dipukul menggunakan objek keras. Nafasnya tercungap-cungap.

Dia melihat sekelilingnya yang pelik dan sangat gelap.

Banyak kayu yang telahpun reput serta cecair berwarna hitam. Mungkin cecair tersebut adalah air hujan yang telahpun bercampur dengan kotoran sehingga menjadi lopak air yang hitam.

Dia melihat pantulan dirinya di lopak air tersebut, terdapat lembaga yang berada di belakangnya. Dia yakin ini hanyalah mimpi semata-mata. Buat seketika dia hanya tertunduk sehinggalah lembaga itu hilang dari pantulan lopak air tersebut. Bulu romanya tegak berdiri.

Pandangannya beralih ke banglo yang berada di hadapannya kini. Banglo itu kelihatan seperti sudah lama ditinggalkan. Luna mengesyaki bahawa banglo tersebut telahpun terbakar sebelum ditinggalkan begitu sahaja bertahun-tahun.

Belum sempat Luna bangun untuk memeriksa banglo tersebut, pandangannya secara tiba-tiba menjadi kabur dan akhirnya berubah menjadi gelap serta-merta.

Luna Arina tersedar dari mimpinya. Matanya perlahan-lahan dibuka. Cahaya yang menerangi biliknya membuatkan dia tidak dapat melihat. Pandangannya kabur dan berpusing-pusing beberapa ketika sebelum kembali normal.

Perlahan-lahan dia menuruni anak tangga untuk membersihkan diri. Memandangkan rumah mereka hanya mempunyai sebuah bilik air sahaja, Luna terpaksa turun ke bawah setiap kali hendak mandi.

Setelah selesai membersihkan diri, Luna menunaikan solat Tahajud agar diberi ketenangan dan petunjuk daripada Allah SWT.

Hikss...Hikss...Hikss Suara tangisan yang datangnya dari sebelah kiri membuatkan Luna Arina tersentak. Kepalanya terasa seperti baru sahaja dipukul menggunakan objek keras. Nafasnya tercungap-cungap

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience