Chapter 2

Horror & Thriller Series 942

[11:30]

BeritaSandra (rabu hingga ahad)
22 May 2022- Hantu di Malam Raya?

Ramai yang percaya bahawa syaitan dan jin akan diikat menjelang ramadhan. Jadi ketika syawal menjelma adakah hantu akan dilepaskan? Seorang pengguna aplikasi Instagram telah menceritakan kisah seramnya pada malam raya aidilfitri pada tahun lalu. Dia mengatakan bahawa sering mendengar ketukan di pintu rumah dan tingkap bilik milik arwah nenek mereka yang sudah hampir 10 tahun meninggal dunia. Beliau mengatakan bahawa ketukan itu sering didengar oleh keluarganya hampir setiap tahun menyambut hari pertama raya aidilfitri selepas sahaja kematian neneknya itu. Pada mulanya keluarga itu sangat curiga dan takut. Mereka juga cuba untuk berfikir positif bahawa pasti ada budak-budak nakal yang sengaja hendak mengenakan keluarga mereka. Malangnya...

Tap here to read more...

Tok...Tok...Tokk

Lamunan Luna Arina terhenti apabila mendengar ketukan tersebut. Sentap. Perlahan-lahan dia berpaling ke pintu utama rumah "Luna Arina tolong ibu buka pintu tu ye nak!" Jerit Puan Linda dari ruangan dapur.

"Baik bu!" Sahut Luna pendek.

Dia bingkas bangun dan menuju ke pintu untuk melihat siapa gerangan yang mengetuk pintu sebentar tadi. Perasaan berdebar semakin membuak-buak. Dia takut sekiranya kisah yang dibacakan olehnya tadi terjadi kepada batang hidungnya sendiri.

Semakin dia mendekat pada pintu, semakin kedengaran suara lantang budak lelaki memberi salam dari luar rumah.

"Assalamualaikum! Kami datang nak raya!" Sempat Luna mengerling jam diatas meja television. 'Dah 11:30 malam? datang raya?' Soal Luna dalam hati.

Laju dia memulas tombol pintu memandangkan hari sudah gelap, angin diluar pula sangat kuat yang mampu membuatkan Luna bimbang sekiranya budak tersebut jatuh sakit akibat berada dalam kesejukkan malam.

"Adik datang sorang je? tak takut ke malam-malam ni?" Tanya Luna kepada budak tersebut. Budak itu perlahan-lahan menggelengkan kepalanya dan menjawab bahawa dia bersama rakan barunya.

Luna mengerling pintu hadapan yang masih terbuka kecil untuk memeriksa sekiranya kawan budak lelaki tersebut masih berada di luar. Namun perbuatan Luna terhenti apabila melihat budak itu seolah-olah bercakap dengan seseorang yang berada di tepinya.

Luna terpinga-pinga namun masih memberanikan diri untuk bertanya. "Kenapa kawan adik tak masuk lagi? dia malu ke? ajak la dia masuk, dekat luar sejuk tu" Ujar Luna.

"Akak tak nampak ke kawan saya dekat sebelah ni? dia cakap akak cantik sangat" Balas budak lelaki yang kira-kira berumur 6 tahun tersebut. Dia memperkenalkan dirinya.  Adam? cucu Pak Samad ke?

Bulu roma Luna Arina menegak. Dia cuba untuk berkelakuan seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Setelah Adam bercakap dengan seseorang yang kononnya berada di sebelah buat kedua kalinya, Luna terus bergegas ke dapur untuk mengambil air dan biskut raya untuk dihidang. Dia juga menyelitkan dua sampul duit raya di dulang yang dihidangkan.

Luna cuba untuk berfikiran positif. Dia cuba untuk meyakinkan dirinya bahawa mungkin budak tersebut sengaja bermain dengan dirinya untuk mendapat lebih duit raya.

Setelah hampir 20 minit. Budak tersebut meminta diri untuk pulang ke rumahnya, dia juga berpesan bahawa "Kawan saya cakap dia malu nak tegur akak, dia kata kalau boleh nak jumpa akak lagi" sambil tersenyum ikhlas.

Selepas sahaja budak tersebut hilang dari pandangan, dia terus mencapai kunci. Namun belum sempat pintu ditutup, lampu rumahnya tiba-tiba terpadam.

Tup...

"Adik datang sorang je? tak takut ke malam-malam ni?" Tanya Luna kepada budak tersebut. Budak itu perlahan-lahan menggelengkan kepalanya dan menjawab bahawa dia bersama rakan barunya. Luna mengerling pintu hadapan yang masih terbuka kecil untuk memeriksa sekiranya kawan budak lelaki tersebut masih berada di luar. Namun perbuatan Luna terhenti apabila melihat budak itu seolah-olah bercakap dengan seseorang yang berada di tepinya. Luna terpinga-pinga namun masih memberanikan diri untuk bertanya. "Kenapa kawan adik tak masuk lagi? dia malu ke? ajak la dia masuk, dekat luar sejuk tu" Ujar Luna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience