KAMI datang nak raya!

SitiZaki

Horror & Thriller Series 937
5
(4 ratings)

Synopsis

BeritaSandra (rabu hingga ahad) 22 May 2022- Hantu di Malam Raya? Ramai yang percaya bahawa syaitan dan jin akan diikat menjelang ramadhan. Jadi ketika syawal menjelma adakah hantu akan terus dilepaskan? Seorang pengguna aplikasi Instagram telah menceritakan kisah seramnya pada malam hari raya aidilfitri pada tahun lalu. Dia mengatakan bahawa sering mendengar ketukan di pintu rumah dan di tingkap bilik milik arwah nenek mereka yang sudah hampir 10 tahun meninggal dunia. Beliau mengatakan bahawa ketukan itu sering didengar oleh keluarganya hampir setiap tahun menyambut hari pertama raya aidilfitri selepas sahaja kematian neneknya itu. Pada mulanya keluarga itu sangat curiga dan takut. Mereka juga cuba untuk berfikir positif bahawa pasti ada budak-budak nakal yang sengaja hendak mengenakan keluarga mereka. Malangnya... Tap here to read more... Tok...Tok...Tokk Lamunan Luna Arina terhenti apabila mendengar ketukan tersebut. Sentap. "Luna Arina tolong ibu buka pintu tu ye nak!" Jerit Puan Linda dari ruangan dapur. "Baik bu!" Sahut Luna pendek. Luna bingkas bangun dan menuju ke pintu untuk melihat siapa gerangan yang mengetuk pintu sebentar tadi. Perasaan berdebar semakin membuak-buak. Hal ini kerana dia takut sekiranya kisah yang dibacakan olehnya tadi terjadi kepada dirinya sendiri. Semakin dia mendekat dengan pintu, semakin kedengaran suara budak lelaki memberi salam dari luar rumah. "Assalamualaikum! Kami datang nak raya!" Sempat Luna mengerling jam diatas meja television. 'Dah 11:30 malam? datang raya?' Soal Luna dalam hati. "Forest holds a dark secret" Start Write : 20 Aug 21 Publish : 20 Aug 21 Rewrite : 12 Apr 23


Share this novel

Rate this story


Comments

Guest User
2024-01-26 

test_account

SitiZaki

2 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience