surat (5)

Poetry Series 855

Kepada engkau yang sedang membaca,

Hai. Maaf sebab surat sebelum ini sangatlah pendek. Tapi, apa salahnya kan? Hidup ini sentiasa datang dengan pelbagai kejutan yang tak dapat diramalkan.

Macam kura-kura yang perlahan dan lembab, nampak seolah-olah yang paling tenang sebenarnya boleh jadi yang paling agresif. Kadang-kadang mengalahkan singa atau harimau.

Tapi, itulah kehidupan; sesuatu yang tak dapat dijangkakan, apatah lagi dikawal. Hanya reaksi kita terhadap hidup ini sahajalah yang berada di bawah kawalan kita. Namun, bukanlah juga sesuatu yang sempurna.

Haha, lari topik dah.

Inilah yang terjadi bila aku diberikan dakwat dan kertas tanpa sebarang hala tuju yang konkrit.

Merujuk surat keempat, aku gelarkan engkau seorang yang signifikan. Sangat signifikan, sampai ketiadaan kau pada tahun 20[% pun engkau masih memberi banyak impak dalam kehidupan aku.

Ya, tahun 20[%, tahun kedua tanpa kehadiran engkau.

Tahun ini juga antara tahun yang tersibuk dalam kehidupan kita. Aku pasti engkau juga sibuk. Segala acara, segala majlis dan segala perjumpaan mula dianjurkan.

"Kau sudah berlainan sedikit,"
"Hmm?"
"Sejak dia tiada, kau seolah-olah semakin pudar,"

Aku masih ingat lagi kata-kata dia. "Siapakah dia?" engkau mungkin bertanya.

Dia...kawan kita. Seingat aku, kau lebih lama mengenali dia berbanding dengan aku. Katanya, sejak zaman kita baru mahu bersuai kenal dengan dunia sebenar.

Berbalik kepada kata-katanya, sudah pasti itu sesuatu yang normal. Tanpa kau, persinggahan aku di >]*>.$|$|€|!!| berkurang keseronokannya. Lagipun, tempat itu bukanlah sebuah tempat yang aku benar-benar suka. Sampai sekarang, hati aku pasti berasa sedikit pilu bila teringat akan tempat tersebut. Walaupun aku mempunyai beberapa memori indah di sana...tempat itu kekal mengingatkanku akan sebuah pulau kecil yang terpinggir tanpa sebarang pelawat.

Namun, paling kurang...waktu kau ada, ada sesuatu yang dapat menceriakan hati aku.

Tahun 20[% memang sebuah tahun yang dipenuhi dengan majlis.

"H$/&/!O/$$/$/N$/$$/E$$$Y"
"Madu tak layak untuk -!7)34-) itu"
"Kalau dia (engkau) masih ada, pasti dia yang..."

...

Maafkan aku. Aku perlu pergi sebentar.

Yang benar,
Aku yang mahu menceritakan segalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience