surat (10)

Poetry Series 855

Kepada engkau yang susah untuk dilupakan,

Hai. Aku baru sahaja lepas habis baca semula surat-surat sebelum ini. Sebab aku nak tahu apa yang aku patut tulis dalam surat kali ini.

Aku pun dah lama tak menulis kepada engkau...

Surat-surat sebelum ini...boleh tahan sedih dan suram gila juga. Walaupun mengekspresikan kesedihan itu sesuatu perkara yang baik... duduk dalam kesedihan sampai lama sangat pun tidak bagus juga.

Dan aku tak mahu kau salah faham.

Salah faham yang mengenali engkau hanya membawa memori-memori sedih. Sedangkan sebenarnya, disebabkan kehadiran engkau...lebih banyak suka berbanding duka yang hadir dalam hidup aku.

Kau... berkilau.

Ya, betul...
Kau itu sentiasa berkilau.

Kau sentiasa berkilau di dalam pandangan aku dan juga...pandangan orang lain. Engkau sentiasa digemari dan disenangi ramai. Sementara aku...

Aku...

Macam biasalah, dipulaukan. Tiada siapa yang melawat. Tiada siapa yang bertandang untuk menanya khabar.

Tapi, engkau...

Engkau tidak kisah untuk mencemar duli. Sedangkan aku ini...aku.

Sebelum kau risau!!! Aku sudah okey sekarang. Aku sudah selamat. Aku sudah lebih gembira. Lagipun, aku sudah berlayar jauh dari ...tempat itu.

Oh ya...

Kau juga sentiasa berkilau sehingga berjaya menyilaukan pemandangan aku terhadap samudera yang luas di hadapan mata.

Yang benar,
Aku yang...tak mahu untuk lupakan engkau.

Bayangkan, sebalang madu berlayar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience