Kepada engkau yang akan mengambil keputusan SPM,
Hai. Dalam beberapa jam sahaja lagi, keputusan SPM akan keluar. Apa perasaan engkau sekarang?
Gemuruh? Tak boleh tidur? Atau, tak ada rasa apa-apa pun?
Kalau kau nampak mesej aku pada waktu aku terbitkan ni...mesti tak boleh tidur, kan? Kaaaannn????
Haha, maafkan aku. Saja nak mengusik budak.
Ya, budak. Kalian semua ini budak. Perjalanan hidup kalian masih panjang lagi. Apa-apa yang terjadi pada tanggal 8 Jun hanyalah sebuah permulaan kepada perjalanan kehidupan korang.
Mungkin selepas ini, ada yang akan gunakan keputusan ini untuk masuk ke dunia pekerjaan. Mungkin akan ada yang gunakan keputusan ini untuk dapatkan biasiswa. Mungkin ada juga yang tidak perlukannya langsung.
Kebarangkalian berbentuk infiniti.
Amacam? Berjaya tak aku buat reference setelah beberapa lama tak membuka buku teks Matematik?
Melihat dari jendela media sosial, aku juga teringat akan detik-detik cemas aku mengambil keputusan SPM suatu ketika dahulu. Dan, kalau ada satu benda yang aku belajar daripada hari itu... semestinya ialah...
berehat.
Jadi, berehatlah. Kalian perlukan tenaga untuk esok. Lagipun, kalian kan budak-budak? Budak-budak kena tidur.
Yang benar,
Sebalang madu.
Share this novel