surat (8)

Poetry Series 855

Kepada engkau yang...hmm...yang...kat sini,

Hai. Hahahah aku tak tahu nak mulakan surat kali ini macam mana. Otak aku hilang idea.

Aku kembali ke buku ini untuk beritahu kau, satu berita yang tidak menggembirakan, namun bukanlah sebuah berita yang sedih.

Aku tak dapat jumpa dia. Dia tak datang.

Tapi, tak mengapalah. Bukan rezeki aku.

Lagipun memori malam semalam...dipenuhi dengan pelbagai keindahan dan kenangan yang bermakna. Jadi, kau boleh kata aku gembira dan bahagia.

Makanan yang mereka hidang pun sedap juga. Lagi-lagi bubur kacang hijau. Siap ada durian lagi.

Nikmat gila.

Rasa lemak daripada santan, aroma wangi daripada durian dan kombinasi bahan-bahan lain bergabung dalam sebuah simfoni yang harmoni, lagi sempurna. Dilihat dari jauh, nampak seperti bubur biasa.

Sekali dapat merasa kenikmatannya...perghh!

Pernah dengar? Kadang-kadang, hadiah yang paling indah dan berharga datang dalam bungkusan yang biasa. Rupa lebih indah daripada yang dikhabarkan.

Hahahah siapa sangka bubur kacang hijau yang dihidang semalam boleh membawa aku lari ke topik ini.

Atau mungkin...aku sedang mengelak untuk bercerita tentang sesuatu kepada engkau. Walaupun kau takkan baca surat-surat ini.

Yang benar,
Aku yang memang nak buat kau tertanya-tanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience