Rate

BAB 13 - PEARL & ASH

Romance Completed 454604

Tangan inas ditarik lembut oleh Raif .. Inas mengikut saja langkah Raif.. Mereka masuk kedalam bilik bacaan yang sebelum ini pernah Inas masuk..

''Inas duduk sini..'' bahu inas ditolak lembut oleh Raif, sampai Inas terduduk di di atas sofa yang ada disitu..

''manja nak kemana?'' tanya Inas.. Lalu meraih kembali tangan Raif..

''tak kemana-mana pun.. Inas tunggu sini..nanti Manja datang semula..'' kata Raif.. Menarik tangannya dari tangan Inas.

'ceh! Kenapa pula aku, pun jadi manja macam dia..' Inas melihat Raif berjalan pergi menjauh dan menghilang disebalik pintu lutsinar yang ada disitu kemudian hilang entah kemana..

''mana dia pergi..'' Inas yang duduk tadi terus bangun berdiri.. Mengintai ke arah pintu yang Raif menghilang tadi.. Dalam sedang dia mengintai terasa seperti ada sesuatu benda berbulu lembut menyentuh kakinya. Perlahan-lahan inas menjatuhkan kepalanya melihat ke bawah..ada seekor kucing putih sedang menyondol di kakinya..

''jauh!'' Inas menjerit kecil.

''shhooh!'' Inas menghalau pula kali ini..tapi kucing putih itu semakin menyondol dan menangkap kaki Inas.

''Arrrgghh!!'' teriak Inas kuat, berlari ke arah sofa lalu memanjat naik keatas sofa itu mengangkat kedua-dua kakinya keatas.. Kini Inas sudah duduk diatas tempat bersandar sofa itu...

'mau jatuh lagi aku hari ni..ni kucing siapa pula..tolong lah aku!'

Kucing putih tadi datang menyondol manja ke kaki sofa pula..Inas sedang berjaga-jaga di atas.. takut kucing itu melompat naik keatas sofa..

''myiaooouu..'' kucing itu mengiau manja memandang kearah Inas.

''apa tengok-tengok! ..jangan lompat sini..pergi main sana..'' inas menunjukkan ke arah lain..

Tapi malangnya..kucing itu kan sejenis binatang yang tak berakal..lagi inas mengoyangkan tangannya..lagi bulat mata kucing putih itu melihat kepada Inas..

''argghh!'' Inas melompat turun dari sebelah sana bila kucing itu melompat naik keatas sofa.. Berlari- lari inas di dalam bilik bacaan itu bila kucing putih itu mengejarnya..

''inas..'' panggil Raif yang baru masuk kedalam bilik bacaan bersama dengan seekor kucing yang berwarna kelabu di dalam pelukannya..

''Mannjaa..!!'' laung Inas..tapi langkahnya terhenti bila melihat ada kucing lain bersama dengan Raif.. Terus dia berlari kearah lain..mencari pintu untuk keluar dari bilik itu.

'' Inas tunggu..'' Raif melepaskan kucing yang berada di dalam dukungannya..berlari menangkap tangan Inas sebelum Inas membuka pintu bilik untuk keluar..

''tunggu..inas nak kemana?'' tanya Raif bila tangan inas sudah digengamnya..

''nak keluar.. Taknak duduk sini..'' balas inas..

''kenapa?'' tanya Raif lagi..

''tu tuuhhh..'' kata Inas menunjuk kepada kucing yang sedang bermain sesama sendiri..

''kenapa dengan kucing tu? '' tanya Raif berpaling melihat kepada kucingnya..

''Inas tak nak! Takut! '' kata Inas menarik tangannya kembali..tapi semakin erat pula Raif memegang tangan Inas.

''takut? ..tak perlu takut..Pearl dan Ash bukannya kucing nakal..'' kata Raif.. Menarik tangan Inas berjalan menghampiri dua ekor kucing yang ada didalam bilik itu..

Inas berjalan takut-takut di belakang Raif..bersembunyi di belakang tubuh raifq, memegang erat baju yang tersarung di badan Raif..kemudian mereka sama-sama duduk dilantai..

''tengok ni.. Mana ada mereka nakal..baik saja ni..'' kata Raif sambil mengelus lembut belakang kucing yang berwarna kelabu yang bernama Ash itu. Raif mengambil tangan Inas..walaupun kepala Inas menggeleng..tetap juga tangannya dibawa oleh Raif mengelus perlahan-lahan belakang Ash..

Inas menarik bibirnya mula tersenyum..perlahan- lahan Raif kembali menarik tangannya.. Membiarkan tangan inas mengelus sendiri belakang badan Ash.. Sedang Inas mengelus belakang Ash ..kucing itu berpaling menangkap tangan Inas, lalu mengigit tangan Inas. Lagi inas menjerit dan menarik tangannya.. Lagi galak Ash menggigit tangan Inas.

''arghh..'' Inas bangun terus berlari keluar dari bilik itu..dia berlari memanjat tangga naik ke atas..sayup-sayup kedengaran namanya dipanggil oleh Raif..tapi inas tetap juga berlari naik keatas dan masuk kedalam biliknya..

Sebaik pintu ditutup..dia melihat tangannya yang ada bekas gigitan kucing tadi yang mula membengkak..

Tok..tok..tok.. Inas tersentak bila mendengar ketukan di pintu biliknya dari luar..dia berpaling melihat pintu biliknya sudah dibuka oleh Raif.

Raif melangkah masuk kedalam.. Berjalan terus kepada Inas dan mengambil tangan Inas lalu membelek tangannya..

''selalunya Ash tak macamtu..'' kata Raif menatap kedalam mata Inas.

''bukan salah kucing tu..apa tu Ash..tapi kucing yang selalunya tak suka Inas.. Sebab tu lah Inas takut dengan kucing.. '' balas Inas.

'' Manja dah call doktor.. sekejap lagi doktor datang..'' kata Raif

''hah! Doktor? Buat apa..? '' tanya inas..

'' untuk tengokkan Inas.. Takut ada apa-apa jadi dengan tangan Inas.. Takut ada jangkitan pula nanti..'' terang Raif.

Tak lama selepas itu Rohana datang memberitahu tentang kedatangan doktor peribadi keluarga itu.. Terkebil-kebil Inas yang sedang duduk di sofa bilik itu melihat doktor yang merawatnya yang dari tadi asyik tersenyum - senyum kepadanya..sesekali doktor itu barpaling melihat kepada Raif..yang ada tak jauh dari mereka berdua.

''risau tuh..'' kata doktor wanita itu. Memuncungkan bibirnya melihat kepada Raif.

''ah itulah..saya dah kata tak ada apa-apa..tapi dia nak juga panggil doktor kemari..'' kata Inas..

''itu menunjukkan yang dia, mula peka dengan keadaan sekeliling..contohnya kamu..'' kata doktor itu..

''itu perkara baik..?'' tanya Inas..dotor itu memaniskan wajahnya dengan senyuman..kemudian menganggukkan kepalanya.

''doktor yang merawat Raif?'' tanya Inas. Kali ini, doktor itu mengeleng..

''bukan saya.. Dia menolak untuk beri kerjasama dengan saya..tapi alhamdulillah.. Dia nampak lebih baik dari sebelum ini..'' kata doktor itu.

''maksud doktor?'' tanya Inas..

''sebelum ni..dia seperti berada dalam dunianya sendiri..tak memberi respon kepada orang lain..itu biasa.. Kita takut kalau dia membahayakan diri dia sendiri..itu sahaja..'' terang doktor wanita itu menghentikan percakapannya bila melihat Raif sedang melangkah kepada mereka.

''macam mana?'' tanya Raif.. Dia tidak memandang kepada doktor itu..matanya hanya memandang kepada Inas..

'' Inas akan okay.. Jangan risau ya..'' kata doktor wanita itu..

Raif meletakkan tangannya diatas kepala Inas lalu mengelus lembut rambut Inas.. Inas mendongak melihat kepada Raif..melebarkan senyumannya. Dia tak mahu mengganggu emosi Raif. Kemudian Inas berpaling semula kepada doktor yang duduk bertentangan dengannya.

''terima kasih doktor..'' ucap Inas bagi pihak Raif dan juga dirinya.. Bila melihat Raif tak memberi tindak balas dengan doktor wanita itu .

''it ok..small matter.. Saya balik dulu..kalau ada apa-apa just call me okay..'' kata doktor itu ramah.

''ya, baik doktor..'' balas Inas .. Rohana yang sedang berdiri di pintu masuk bilik Inas..mengiringi doktor itu berjalan keluar.

''kenapa ni?'' tanya Inas bila melihat wajah Raif mendung sahaja..

Raif menjatuhkan badannya duduk ke sofa bersebelahan dengan Inas..Lalu memeluk tubuh Inas.. Terangkat dua tangan Inas keatas akibat tergejut, mendapat pelukan secara tiba-tiba dari Raif..kemudian dia mendengar bunyi esak tangisan dari Raif..

''kenapa menangis?'' tanya Inas mengurut lembut belakang Raif..

''Sebab Manja degil.. Inas jadi macam ni.. kalau lah Manja tak ikutkan degil manja.. Pasti semua ni tak jadi..'' kata manja menangis di bahu Inas..

"Bukan macam tu manja.. Sikit saja ni manja.. Manja jangan nangis.. Cuba manja tengok ni.." kata Inas memujuk Raif..

Perlahan-lahan pelukan dileraikan.. Raif membelek lagi tangan Inas.. Dibawanya jari-jari Inas ke bibirnya.. Lalu dikucup dengan lembut..

"manja sayang Inas?" tanya Inas spontan.. Sambil jari-jarinya menyeka air mata Raif..

'eh! Apa punya soalan lah!!!' Inas mengutuk dirinya sendiri.. Entah kenapa soalan itu keluar dari mulutnya.

'someone Please slap me.. right now.. Sebelum kesedaran aku semakin hilang..'

"sayang sangat .. Manja sayang Inas.. Sebab tu manja jadikan Inas isteri manja.." kata Raif.. Dengan lemah lembut.. Matanya menatap tepat ke anak mata Inas..

Dung.. Dung.. Dung..

'ya Allah.. Inilah ucapan ikhlas yang pernah aku dengar.. Walaupun dia..dia.. Tak sempurna macam orang lain.. Tapi dia jujur.. Seperti anak kecil yang belum pandai menipu..' Inas menggosok lembut kepala Raif dengan tangannya.. bibir Inas mekar tersenyum..

Raif menggelengkan kepalanya.. Kemudian dia menangkap tangan Inas..yang ada di atas kepalanya..

"kenapa?" tanya Inas.. Bila dia melihat Raif menarik muka masam..

"kenapa gosok kepala Manja? macam budak kecil..? Manja bukannya budak kecil.. Manja dah besar lah.. Manja dah ada isteri pun..!" kata Raif memegang kedua dua tangan inas..

'lah.. Pulak! Rupanya dia tak suka aku layan dia macam budak kecil.. Tapi tadi makan suap tu.. Bukan perangai budak kecil eh? Tapi aku suka bila dia sebut yang aku ni isteri dia.. ' Inas menarik bibirnya kembali tersenyum..

" ok.. Salah Inas.. Sebab layan suami Inas macam tu.." kata Inas sambil mengelus pipi Raif..

Raif menarik inas masuk kedalam pelukannya.. Mengelus rambut Inas dengan lembut..

' kenapa dia suka tarik aku macam ni.. Tau tak aku tergoda.. Aduhhh..' terasa dahi inas dikucup oleh Raif.. Inas mendongak melihat kepada Raif.. Mereka saling berbalas pelukan..

'tapi satu yang aku akui.. Pelukan dia panas.. Rasa selesa dan nyaman dia buat aku rasa selamat bila aku ada dengan dia..perlahan-lahan saja inas terima dia.. Mungkin dia suami terbaik yang diaturkan untuk kau...' Inas menyandarkan kepalanya dengan selesa di dada Raif.. Tangan Raif pula melilit tubuh inas.. mengemaskan lagi pelukannya..

Ada ke orang yang macam Inas?? Bukan takut okay..tapi kucing tu yang taknak bersahabat dengan Inas... Lagi kita kata jauh. Makin mendekat pulak dia...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience