1

Romance Series 2042

         Di pagi hujung minggu, Safiya sudah bersiap sedia untuk ke tempat kerja yang hanya 10km dari kawasan perumahannya. Jam tangan dikerling menunjukkan ke angka 6:30 pagi. 

         Safiya bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang elektronik. Walaupun ramai orang yang pandang serong pada pekerjaannya, janji gaji yang diterima hasil titik peluh sendiri dan halal.

         Lagipun dia sedang menunggu panggilan ke IPTA sekiranya dia berjaya. Matlamatnya simpanan ini akan digunakan untuk perbelanjaan di sana.

        Beg disilangkan ke bahu dan ear phone dipasang ke telinga. Lagu korea ost My Girl menjadi halwa telinga. Motor skuter ditunggang keluar dari pagar rumah.

         'Jalan lengang ni. Bolehlah aku rempit. Hohoho. Eh jap, buatnya accident, dahlah aku ni belum kahwin lagi. Tak boleh, tak boleh,'omel Safiya sendirian. 

         Sedang dia leka mendengar lagu korea, tiba-tiba sebuah kereta BMW 6 series keluar dari simpang dan berlalu pergi. Terbeliak mata Safiya dan dia terus hilang kawalan sehinggakan terbabas ke tepi jalan. 

         "Aduhh sakitnya." 

         Berkerut muka Safiya mengerang kesakitan. Dia cuba menolak motor skuter  daripada menghempap badan namun gagal kerana tangannya terasa sakit. Berbakul-bakul sumpah seranahnya. Nasib baik dia dibantu oleh seorang lelaki yang berpakaian sukan melalui jalan itu.       

         'Tak guna siakk! Aku jumpa kau memang nahas kau! Nombor plate kereta kau, aku ingat sampai mati!,'sumpah Safiya geram.

         "Cik okay? Saya call ambulance,"ujar lelaki itu memapah Safiya. 

          Menggeleng Safiya. Mendengar sahaja nama hospital sudah membuatkan dia ketakutan. 

          "Tapi kaki cik luka. Kalau lambat cuci nanti infection pula,"sambung lelaki itu melihat luka di buku lali Safiya yang sudah membengkak. 

          "Sikit ja ni. Saya boleh cuci di rumah. Aduhh,"tolak Safiya sambil terhenjut-henjut mendekati motornya. 

          Tiada kecederaan parah pada skuter kesayangannya cuma calar di bahagian badan dan side mirror bengkok. Tapi itu pun dah membuatkan Safiya menyumpah pemandu yang tidak bertanggungjawab itu dalam hati.

          "Hurmm..andai cik tak kisah, saya bawa cik ke rumah saya dan cuci luka tu. Rumah saya tak jauh, tu ja,"tawar lelaki itu ikhlas sambil menunjuk ke banglo mewah di seberang jalan.

          Serba salah Safiya. Dia takut dan malu nak mengikut lelaki itu tapi bila difikirkan kembali, dia sendiri memerlukan bantuan.

          'Muka nampak baik. Tak apalah, aku duduk luar rumah dia je,'getus Safiya langsung mengangguk tanda setuju.

          "Tapi gegirl saya?"

          "Gegirl?" Berkerut dahi lelaki itu.

          "Tu." Safiya menunjuk jari ke skuter. 

          Tersenyum lelaki itu menampakkan kedua lesung pipit di pipi putihnya. Terpegun Safiya. Nasib dia tak mencair. Huhuhu..

          "Oh...jangan risau. Saya call kawan saya minta bawa ke bengkel. Nanti saya beritahu di mana,"terang lelaki itu.          

          Sementara menunggu lelaki itu menelefon seseorang untuk menguruskan skuter-nya, Safiya menghantar mesej melalui messenger ke supervisor-nya.

          'Kak Ana, Fiya tak dapat datang hari ni. Fiya accident. Nanti esok Fiya apply cuti.'

         'Allah..Habis tu kau okay tak?'

         'Fiya okay. Jangan risau.'

         'Baiklah. Apa-apa inform akak, jangan lupa.'

         'Baik boss.'

         Sakit-sakit masih lagi boleh tersenyum Safiya. 

         "Cik?"

         "Fiya."

         "Oh saya Farhan. Cik Fiya nanti kawan saya datang bawa motor ni ke bengkel. Park motor di sini, saya tolong papah Cik Fiya ke rumah saya,"beritahu Tengku Farhan setelah menyimpan telefon bimbitnya dalam poket seluar.

         Safiya mengangguk kecil. Dia memaut bahu Tengku Farhan dan perlahan-lahan mereka berjalan ke rumah lelaki itu.

         "Encik Farhan, saya duduk di luar je. Penat dah jalan terhenjut-henjut macam ni,"dalih Safiya malu.

         "Panggil Farhan saja."

         "Farhan Saja?"

         "Eh bukan Farhan Saja. Hanya Farhan, cik Fiya,"terang Tengku Farhan lurus. 

         Terukir senyum nakal Safiya membuatkan dia tersedar yang sebenarnya dia dipermainkan. Menggeleng Tengku Farhan sambil gelak kecil diikuti Safiya.          

         "Okay Farhan. Panggil saya, Fiya. Tak perlu bercik-cik. Okay?"

         Tengku Farhan mengangguk faham lalu membawa Safiya ke gazebo kecilnya. Safiya menarik nafas lega apabila punggungnya mencecah papan gazebo. Kelibat Tengku Farhan menghilang setelah dia meminta diri sebentar.

         Indah sungguh pemandangan di halaman banglo agam ini. Kolam ikan air terjun dihiasi pelbagai pokok bunga menjadi tatapan Safiya.     

         Sesekali dia menolak rambut pendeknya ke belakang telinga apabila ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Hilang seketika sakit di kakinya. Mungkin sukar untuk dia rasai kedamaian di rumah.

         Beberapa ketika Safiya leka menghayati keindahan tanpa menyedari Tengku Farhan sudah berada di sebelahnya sambil membawa first aid. 

         "Tengok apa tu?"

         "Tengok bunga-bunga tu. Can.."

         Tersentak Safiya kerana baru tersedar akan kehadiran Tengku Farhan. Spontan dia berdiri lalu sakit di kaki mencengkam.

         "Auww!" 

         Safiya hilang imbangan lalu rebah di dada Tengku Farhan. Mereka bertentang mata seketika. 

          "Tengku, ini…Astaghfirullah." 

          Bagaikan tersedar dari mimpi, Safiya dan Tengku Farhan cepat-cepat membetulkan posisi mereka. Beberapa kali Tengku Farhan berdehem untuk hilangkan gugupnya. Entah mengapa jantungnya berdegup laju. Adakah hati dia telah dicuri?

          Seorang wanita berumur 50an mendekati mereka bersama dulang yang berisi ubat dan segelas air.

          "Mak Jah letak saja di sini. Saya nak cuci luka Fiya,"arah Tengku Farhan.

          "Baik Tengku." Mak Jah meletakkan dulang di sebelah tuannya lalu memohon diri sambil tersenyum.

          "Tengku Farhan,"panggil Safiya agak terkejut mendengar nama lelaki itu. 

          Mengikut pemerhatiannya Tengku Farhan memang menjadi antara lelaki idaman. Kacak, agak sado, berkulit cerah, berlesung pipit dan suka membantu orang lain. Bertuah siapa yang dapat memikat hati lelaki ini. 

          Tetapi bagi Safiya, Lee Min Ho dan Kim Hyung Jung lebih sesuai untuknya. Hahaha. 

          "Just call my name without Tengku. One more thing, your skuter, kawan saya dah bawa ke bengkelnya. Nanti saya bawa Fiya ke sana bila dah ready, okay,"ujar Tengku Farhan.

          Safiya mengangguk setuju. Mereka berdua bertukar-tukar nombor telefon untuk memudahkan lelaki itu menghubungi Safiya sekiranya gegirl sudah dibaiki.

          "Meh sini kaki. Saya dressing luka tu,"pinta Tengku Farhan sambil menepuk pehanya.

          Alamak macam mana aku boleh lupa pasal kaki. Tapi aku takut nak cuci. Sakit. 

          "Err, sakit tak Farhan. Fiya takut sakit."

          "Sakit jugalah. Sampai boleh menangis kuat,"usik Tengku Farhan bermuka serius.

           "Haa! Tak naklah cuci. Nak baliklah,"elak Safiya. Dia ingin berdiri namun ditahan Tengku Farhan.

          "Tapi kalau tak cuci nanti infection. Lepas tu menanah, kena korek lagi dalam dan cuci,"usik Tengku Farhan lagi.

          Bagai mahu menangis Safiya. Air mata sudah bergenang. Terkejut Tengku Farhan kerana tidak menyangka Safiya mengambil serius usikannya. 

          "Fiya, luka ni kena cuci sebab ada pasir tadi. Kalau tidak nanti berkuman. Berkenaan sakit tadi tu saya sakat awak ja. Hahaha,"pujuk Tengku Farhan dalam ketawa.

         "Awak jahat! Tak mahulah kawan awak,"rajuk Safiya bermuncung. 

         'Aikkk bila masa pula kami berkawan. Mengarutlah aku ni,'getus hati Safiya.

         Berbunga-bunga hati Tengku Farhan mendengar perkataan kawan daripada Safiya. Bukan mudah untuk dia mesra dengan seseorang yang baru dia kenali. Adakah…

          "Ala janganlah merajuk. Nanti saya belanja awak makan aiskrim nak,"pujuk Tengku Farhan. Ikut hati mahu di tarik pipi gebu Safiya.

         "Awak ingat saya ni budak-budak. Tapi kalau nak belanja aiskrim tu bagilah Cornetto. Baru best. Hahaha,"balas Safiya. 

         Hilang segala rajuk Safiya. Entah kenapa dia senang bermesra dengan Tengku Farhan walaupun baru mengenali lelaki itu.

         "Okay. Balik nanti saya belanja Fiya Cornetto. Tapi saya nak tanyalah. Fiya sudi jadi kawan saya?"tanya Tengku Farhan.

          Safiya mengangguk laju tanda sudi. Tambahan lagi rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Mereka berdua bersalaman sambil tersenyum manis. 

          "Sini kaki tu. Saya buat perlahan-lahan."

          "Janji?"

          "Janji, cik adik uiitt. Dah sini."

         Teragak-agak Safiya meletakkan kakinya di atas peha Tengku Farhan. Dia memeluk tiang gazebo sebelum Tengku Farhan memulakan dressing. Tersenyum Tengku Farhan sambil tangannya cekap mencuci luka Safiya.

         Deep breathing! Deep breathing! Sakit!

         Beberapa minit berlalu, Tengku Farhan selesai membalut luka Safiya. Berpeluh Safiya menahan sakit ketika dicuci. Fuhh!

        "Dah siap. Fiya ada elergik ubat tak?"tanya Tengku Farhan meletakkan kaki Safiya ke bawah dengan berhati-hati.

         "Tak ada. Tapi saya tak suka makan ubat. Tapi ubat apa tu?,"balas Safiya jujur.

         Dia melihat Tengku Farhan mengeluarkan dua biji ubat lalu disuakan padanya bersama air putih. Kelat raut wajah Safiya.

         "Ubat tahan sakit. Tangan tu dah bengkak, mesti sakit juga. Tapi kalau tak nak saya boleh bagi injection. Lagi senang, tak payah rasa pahit ubat,"gertak Tengku Farhan.

         Jahat!

         Cepat Safiya ambil ubat itu lalu ditelan bersama air. Rasa seperti mahu termuntah namun ditahan sedaya upaya. 

         "Weekkk. Pahit!"komen Safiya. Tertawa Tengku Farhan.

         Malas Safiya mahu melayan. Dia sudah berdiri mahu beredar pulang. Jam tangan dikerling. Pukul 9 pagi. Tidak terasa masa bergerak pantas.

         "Farhan, Fiya minta diri dulu. Thanks sebab tolong Fiya. Tak tahulah apa jadi kalau Farhan tak lalu sana tadi. Thanks tau,"ucap Safiya tersenyum manis.

         "Eh Fiya dah nak balik? Jomlah sarapan dulu. Saya minta Mak Jah hantar makanan dekat sini. Kita sarapan dulu lepas tu saya hantar Fiya,"pelawa Tengku Farhan sungguh-sungguh.

         "Eh buat susah-susah je Farhan. Tak apa, saya dah sarapan dekat rumah tadi. Masih kenyang lagi,"tolak Safiya lembut.

         "Ala, yalah kita ni siapa mengharapkan kawan untuk makan bersama pun tak sudi,"rajuk Tengku Farhan pula.

         Serba salah Safiya. Bibir bawah diketap. Apa salah dia memenuhi pelawaan kawan barunya ini. Safiya mengangguk kecil lalu duduk semula. Tersenyum sampai ke telinga Tengku Farhan.

         "Fiya tunggu sini. Saya pergi ambil makanan sekejap. Tunggu tau." Mengangguk Safiya.

         Mereka berdua bersarapan sambil seronok bergurau senda. Banyak topik dibualkan mengenai diri masing-masing. 

         Selepas itu Tengku Farhan menghantar Safiya pulang dengan menaiki Honda Civic miliknya. Sempat dia memenuhi janjinya untuk belanja Safiya aiskrim Cornetto. Tersenyum gembira Safiya sambil mengucap terima kasih berulang kali.

         Dup dap dup dap! 

         Tengku Farhan menyentuh dadanya setelah menghantar Safiya pulang. Berbunga-bunga hatinya apabila mengingati wajah lembut Safiya. Ahh sudah. Sah, hatinya telah dicuri!!

         

                   

          

          

                   

          

         

maaf lmbt update sbb busy jd frontliner. bab kali ni sblom Safiya kahwin. terima kasih kpd yg sudi membce idea tidak seberapa dr sy. Sy dlm proses pmbeljrn. mntak tunjuk ajar sifu2. tq..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience