Tekun Syed Iqbal menanda kertas-kertas peperiksaan para pelajarnya sehinggakan waktu yang berlalu tidak dirasai. Jam di dinding pejabat dikerling seketika sambil mengeliat bagi menghilangkan lenguh.
'Cepatnya masa berlalu. Dah pukul 5.30. Aku solat dululah. Lepas ni baru sambung,'getus Syed Iqbal sambil menyusun semua kertas dan bukunya dengan rapi.
Tiba-tiba lagu I need you here nyanyian Taylor Swift kedengaran menandakan panggilan masuk. Syed Iqbal mengeluarkan telefon bimbit Samsung daripada poket seluarnya.
Umi!
"Ya umi,"panggil Syed Iqbal setelah berbalas ucapan salam dengan Puan Sri Rafidah.
"Umi, nak ingatkan Iq. Malam ni kita pergi ke rumah Pak Cik Borhan. Jangan lupa,"ujar Puan Sri Rafidah beriya-iya.
Syed Iqbal menggaru kepala yang tidak gatal.
"Iq, dengar tak umi cakap?"sambung Puan Sri Rafidah setelah anak terunanya mendiamkan diri.
"Iq dengar umi. Tapi...Err..Iq lupalah umi,"beritahu Syed Iqbal jujur.
Alamak memang kena bebel dengan umi. Tiga hari lepas Puan Sri Rafidah mengingatkan dia akan hal itu. Tetapi disebabkan dia agak sibuk dengan quiz untuk pelajarnya, langsung dia terlupa.
"Bertuahnya anak. Penat umi ingatkan dia sebelum ni. Boleh dia lupa. Umi tak kira, malam ni kita ke rumah kawan walid tu,"bebel Puan Sri Rafidah lalu memberi kata putus.
"Tapi umi, Iq ada kertas yang nak ditanda lagi. Mungkin malam ni tak dapat,"dalih Syed Iqbal meraup muka.
"Umi don't care,Iq. Malam ni umi dengan walid tunggu di rumah. Kita pergi sama-sama. Faham?"ujar Puan Sri Rafidah tegas.
"Baik umi. Nanti lepas maghrib Iq sampai,"balas Syed Iqbal mengalah.
"Macam tu lah anak umi. Ni dah solat belum? Dah pukul 5:40."
"Belum lagi umi. Nak pergi solat lah ni. Iq jawab call umi dulu."
"Bertuahnya anak. Pergi solat sekarang. Suka lambat-lambatkan solat. Dah umi pun ada kerja sikit. Ingat malam ni. Assalamualaikum," sempat lagi Puan Sri Rafidah mengingatkan anak terunanya lagi.
Terkocoh-kocoh Syed Iqbal meninggalkan pejabatnya setelah mematikan panggilan uminya. Suka melambatkan solat bermakna melambatkan doanya termakbul.
***
Menjelang malam hari selepas maghrib, Syed Iqbal sudah sampai ke banglo mewah walid dan uminya. Syed Iqbal bersalaman dengan umi dan walidnya sebelum mereka sekeluarga menaiki kereta BMW 6 Series miliknya.
Hampir setengah jam, mereka sampai ke rumah Datuk Borhan dan disambut mesra oleh Datuk Borhan dan Datin Maria.
Sementara itu di dalam bilik Safiya, Syafrina terpegun melihat penampilan baru kakaknya. Berbaju blouse dikenakan dengan seluar slack hitam manakala rambut lurus pendek paras bahu dilepaskan.
"Wow kak. Cantiknya,"puji Syafrina mengelilingi Safiya.
"Ish mana ada. Biasa je. Fina lagi cantik akak tengok,"puji Safiya pula.
Syafrina mengenakan baju kurung moden berbunga halus dan berlilit selendang. Sungguh cantik adiknya.
"Mesti terpegun Syed Iqbal kalau dia tengok adik akak ni,"usik Safiya.
Tersipu-sipu malu Syafrina. Pipi cerahnya sudah merona merah. Dia menepuk lembut bahu kakaknya. Tersengih-sengih Safiya.
"Eh kak, abang Farhan tak datang ker?"tanya Syafrina baru teringat akan kawan baru kakaknya.
Menggeleng Safiya tersenyum. Sememangnya, dia tidak mahu Tengku Farhan hadir makan malam ini. Dia belum bersedia untuk mengenalkan Tengku Farhan kepada keluarganya kerana baru mengenali lelaki itu. Syukur lelaki itu mempunyai kes kecemasan.
"Kesian akak. Mesti akak harapkan dia datang. Akak jangan sedih-sedih tau. Fina ada,"pujuk Syafrina memeluk bahu Safiya.
"Akak tak sedihlah. Akak lagi syukur dia tak datang. Hahaha.. Jahatkan akak,"ujar Safiya dalam tawa.
"Haah. Jahatlah akak ni. Hahaha,"balas Syafrina menyertai kakaknya ketawa.
"Eh kak. Tu mesti keluarga abang Iq dah sampai. Jom kak, jom,"ajak Syafrina teruja apabila mendengar riuh rendah di tingkat bawah.
Syafrina menarik tangan Safiya menuruni anak tangga. Nasib Safiya sempat mencapai telefon bimbitnya lalu disimpan dalam poket seluar. Terkedek-kedek langkah Safiya mengikut adiknya.
"Dah turun pun. Mari duduk sini,"tegur Datin Maria.
Semua mata yang berada di ruang tamu itu tertancap kepada Safiya dan Syafrina. Kedua beradik itu menyalami tetamu mereka sopan kecuali Syed Iqbal sebelum mengambil tempat di sebelah Datin Maria.
"Dah besar dah anak-anak awak, Mar. Cantik dan manis akak tengok,"puji Puan Sri Rafidah.
Tersenyum simpul kedua beradik itu. Rasa seperti mahu terbang tinggi. Syafrina pula rasa seperti di syurga apabila bertentang mata dengan Syed Iqbal yang melempar senyuman manis padanya.
'Uishh boleh tahan juga Iqbal ni. Muka ala-ala mat salleh. Untung adik aku,'getus hati Safiya.
"Alhamdulillah kak. Iqbal pun apa kurangnya. Handsome young man dan bekerjaya bagus,"ujar Datin Maria.
"Hurmm, itulah. Tapi bila ditanya calon isteri, nantilah, tak bersedia lagi la padahal umur dah nak masuk 30 tahun,"cerita Puan Sri Rafidah.
"Itu maknanya dia minta umi dan walidnya carikan calon,"celah Datuk Borhan.
"Betul,"sokong Tan Sri Syed Ali.
Pecah gelak tawa mereka. Menggeleng kepala Syed Iqbal. Aku pula jadi bahannya.
"Datin, makanan semua dah siap sedia,"bisik Mak Tipah, pembantu rumah mereka kepada Datin Maria.
"Terima kasih kak Tipah. Fiya, mana Farhan? Tak datang ker?"tanya Datin Maria merenung Safiya.
"Tak mama. Dia ada emergency case. Dia kirim salam semua,"balas Safiya perlahan.
"Kenapa tak beritahu awal-awal? Tak pasal-pasal kita tunggu orang yang tak datang,"tempelak Datuk Borhan merenung tajam ke arah Safiya.
Geram benar dia dengan Safiya. Nasib keluarga kawannya itu masih ada. Kalau tidak pasti dia akan marahi Safiya cukup-cukup.
Safiya takut menentang wajah papanya yang sudah menyinga. Tan Sri Syed Ali dan isterinya saling berpandangan. Kasihan pula Syed Iqbal melihat Safiya. Tetapi dia orang luar tidak boleh mencampuri urusan mereka sekeluarga.
"Maaf papa,"pohon Safiya.
"Dahlah tu. Fiya dah minta maaf dah. Tak apa Fiya, lain kali boleh ajak kawan Fiya tu. Pak cik pun nak kenal juga,"ujar Tan Sri Syed Ali mendamaikan keadaan.
Safiya mengukir senyuman manis. Alangkah bagusnya pak cik ni jadi ayah aku. Sekejapan senyumannya mati dek kerana terpandang jelingan tajam Datuk Borhan.
"Eh marilah kita ke meja makan. Nanti sejuk pula makanan tu. Mari kak,"ajak Datin Maria lalu diiyakan suaminya.
Mereka beredar mengikut langkah Datin Maria sambil berbual kosong.
"Kak Fiya, jangan ambil hati dengan papa ya,"pujuk Syafrina perlahan.
Safiya mengangguk tersenyum hambar. Dia mengajak Syafrina menuju ke meja makan. Syafrina mengambil tempat di sebelah Datin Maria dan berhadapan Syed Iqbal manakala Safiya duduk di sebelahnya.
"Silakan makan. Jangan malu-malu. Tambah lauk abang Ali, kak Fidah,"pelawa Datuk Borhan.
"Ya Allah buat susah tuan rumah. Kita datang nak menziarah je,"ujar Puan Sri Rafidah.
"Tak ada susahnya kak Fidah. Ada rezeki kita kongsi bersama. Iqbal tambah lagi,"balas Datin Maria.
"Thanks auntie. Sedap lauk auntie masak,"puji Syed Iqbal setelah lama mendiamkan diri.
"Lauk ayam tu Fina yang masak,"beritahu Datin Maria.
Tersipu-sipu malu Syafrina. Secara tak langsung Syed Iqbal memujinya. Berdetak laju jantung Syafrina apabila bertentang mata dengan lelaki pujaannya.
"Terima kasih Fina,"ucap Syed Iqbal tak lekang dengan senyuman.
'Perggh senyuman boleh mencair aku. Aku dah jatuh cinta kak oiitt,'jerit hati Syafrina gembira.
"Sama-sama,"jawab Syafrina perlahan.
Hampir sejam mereka menikmati juadah dan selepas itu menyambung semula perbualan mereka di ruang tamu. Syafrina pula mengajak Syed Iqbal berbual di gazebo sambil menikmati keindahan malam.
"Fiya, pergilah berbual dengan tetamu. Biar Mak Tipah sambung basuh pinggan mangkuk ni,"ujar Mak Tipah sudah menyinsing lengan baju.
"Tak apalah Mak Tipah. Fiya tolong,"tolak Safiya lembut. Tangannya masih lincah membasuh pinggan.
"Tak apa. Mak Tipah boleh buat. Fiya pergi berbual dengan tetamu. Dah, dah,"suruh Mak Tipah terus mengambil alih tempat Safiya.
Menggeleng Safiya lalu dibasuh tangannya dan meminta diri. Dia bergerak ke luar rumah melihat Syafrina sedang berbual mesra dengan Syed Iqbal.
Untung nasib badan. Baru sahaja dia mahu masuk semula, matanya terpandang akan BMW 6 Series. Perlahan-lahan dia mendekati kereta putih itu sambil melihat nombor plate.
Terbuntang biji mata Safiya. Kereta ni yang langgar aku hari tu. Buku lima dikepal erat. Batang tubuh Syed Iqbal direnung tajam.
"Akak, marilah sini,"jerit Syafrina sambil melambai ke arah Safiya.
Safiya tersenyum sumbing lalu mendekati mereka. Berbakul-bakul sumpah seranahnya dalam hati. Hari ini hutang kau pada aku akan langsai. Siaplah!
"Fina, pergilah buat air. Kesian abang Iq haus nanti,"ujar Safiya kepada Syafrina.
"Okay kak. Abang Iq tunggu ya. Fina pergi buat air." Usai memohon diri, Syafrina bergerak memasuki rumah. Tinggallah Safiya dan Syed Iqbal.
"Ada benda yang aku nak tanya kau. Tu kereta kau ker?"tanya Safiya agak kasar.
'Dah kenapa dengan minah ni? Lain macam tanya aku,'gumam Syed Iqbal.
"Ya. Kenapa?" Safiya mengetap bibir menahan marah.
"Kau tanya aku kenapa. Hey bro, minggu lepas kau langgar aku lepas tu kau boleh cabut macam tu je erk. Memang tak bertanggungjawab kau ye,"jawab Safiya geram.
Syed Iqbal yang duduk terus berdiri menghadap Safiya. Pandangan mereka bertentangan.
Dup dap dup dap!
'Erkk dah kenapa dengan jantung aku ni,'getus Safiya.
Safiya mengalihkan pandangannya. Tiada kuasa dia mahu merenung anak mata lelaki itu. Takut hatinya mencair. Syed Iqbal tersenyum sinis.
"Ada bukti?."
"Ni buktinya." Safiya menunjukkan buku lalinya yang berbekas parut.
"Huh! Kalau ini buktinya kau bawa ke court pun orang tak percaya. Malahan aku boleh saman malu tau,"ugut Syed Iqbal bersahaja.
"So kau nak cakap yang aku tuduh kau sesuka hati dan kau tak nak bertanggungjawab yer,"teka Safiya laju.
"Ya. Sebab bukan aku yang langgar kau,"tegas Syed Iqbal.
Panas hati Safiya. Kata maaf pun tiada malahan mahu saman dia pula. Tetapi dia mahu lelaki itu menyesal dengan perbuatannya. Tiada cara lain melainkan satu benda ini yang boleh beri pengajaran.
Pakk!
Spontan Syed Iqbal memegang kaki kirinya sambil mengerang kesakitan. Kali ini Safiya pula tersenyum sinis sambil memeluk tubuh.
"Kau…Arghh sakitlah, perempuan."
'Tak gunanya perempuan. Sakit kaki aku, dia tendang,'getus Syed Iqbal dalam hati.
"Itu balasan untuk kau sebab langgar aku dan langsung tak minta maaf. Huh!"
Seusai berbicara begitu, Safiya ingin meninggalkan Syed Iqbal tetapi bila dilihat kelibat Syafrina terus dia membatalkan niatnya.
Safiya menolak tubuh lelaki itu hingga terduduk dan berpura-pura melihat kaki Syed Iqbal yang kini dia sudah singsing kaki seluar hingga ke lutut. Terkejut Syed Iqbal dengan tindakan Safiya. Mahu saja dia menolak wanita itu.
"Abang Iq okay tak? Fiya minta Fina ambilkan first aid ya,"ujar Safiya lembut sambil memicit bengkak di kaki.
Padan dengan muka kau, Iqbal. Siapa suruh buat hal dengan aku.
"Eh abang Iq kenapa ni?"tanya Syafrina tiba-tiba.
Risau Syafrina melihat Syed Iqbal yang sedang menahan sakit. Dulang yang berisi minuman dan makanan diletak sebelah Syed Iqbal.
"Abang Iq terlanggar tiang gazebo ni. Nasib baik tak patah. Fina tolong ambilkan first aid,"arah Safiya sengaja menekan perkataan 'patah'.
Syafrina mengangguk laju terus berlari masuk rumah. Tersenyum sumbing Safiya.
Tiba-tiba tangan Safiya direntap kasar oleh Syed Iqbal. Membuntang mata Safiya. Dia cuba melepaskan pegangan lelaki itu namun semakin erat.
"Sakitlah. Lepaskan aku,"pinta Safiya cuba lepaskan diri.
Syed Iqbal tersenyum sinis. Nasib sakitnya sudah berkurangan walaupun masih berdenyut. Wajah Safiya menjadi bahan tatapannya membuatkan Safiya tertunduk malu. Entah mengapa jantung Syed Iqbal dan Safiya berdetak laju.
Tanpa sedari tangan sebelahnya ingin membelai pipi gebu Safiya namun dikejutkan dengan teguran Syafrina. Terkejut Syed Iqbal dan Safiya bagaikan tersedar dari mimpi.
"Abang Iq, akak Fiya."
silakan memberi komen yang membina. terima kasih kpd pembaca dan followers
Share this novel