5 Jun 2012
"Aku terima nikah Safiya Auliya binti Datuk Borhan dengan mas kahwin RM100 tunai."
Gugur air mata Safiya setelah dirinya sah bergelar isteri kepada lelaki dingin dan ego, Syed Iqbal Hariz. Dia rasa mahu lari daripada perkahwinan ini. Tersentak dia apabila tangan kanan direntap lembut dan pandangan mereka berdua bertentangan. Tajam renungan Syed Iqbal membuatkan Safiya menunduk menahan debaran.
"Sekarang pengantin lelaki cium dahi pengantin perempuan,"arah jurukamera bersedia dengan kameranya.
Terbeliak mata Safiya memandang jurukamera. Syed Iqbal mengangguk lalu membetulkan posisinya.
'Alamak aku rasa macam nak tercabut jantung aku ni. Apa masalah jurukamera ni. Aku ketuk kepala kau nanti baru tau,'omel Safiya dalam hati.
Tanpa Safiya sedar Syed Iqbal sudah berhadapan dengannya dan meneruskan cadangan jurukamera itu. Sebuah kucupan singgah di kepala Safiya membuatkan Safiya tersentak lagi lalu menolak tubuh sasa suaminya. Nasib sempat Syed Iqbal meraih pinggang Safiya. Terkebil-kebil Safiya melihat senyuman yang terukir diwajah tampan suaminya.
Klik, klik, klik! Beberapa kali foto diambil sambil disorak oleh saudara-mara yang lain. Sekejapan senyuman Syed Iqbal mati dan pelukannya turut terlerai. Merah padam muka Safiya menahan malu.
Seharian Safiya menahan malu apabila rata-rata saudara-mara mengusik hal yang berlaku tadi. Dia rasa nak gali tanah duduk dalam lubang itu.
'Ini semua salah si ice beku ni. Lepas tu dia hilang entah ke mana. Main tinggalkan aje. Ishh geramnya aku!,'getus hati Safiya.
Selesai sahaja majlis akad nikah, kelibat Syed Iqbal turut hilang meninggalkan Safiya melayan tetamu. Pening kepala Safiya melayan kerenah saudara-mara yang tidak habis bertanya mengenai Syafrina Aairah.
'Si Fina ni pun satu hal. Aku pulak jadi pak sanggup kau kahwin dengan si ice beku. Haiii...Aku rasa cukup bulan memang menjanda aku. Malaslah aku nak fikirkan lagi. Baik aku pergi mandi dulu. Belengas dah,'omel Safiya dalam hati.
"Hoi mengelamun ape ni?"
"Eh mak kau hijau! Cis! Emy kau ni memang nak kena."
Safiya mengejar Emy Syakila sekeliling rumah. Nasib baik tetamu hanya tinggal keluarga sepupunya ini sahaja. Kalau tidak memang malu sekampung dia.
Bukk!
Safiya hilang imbangan apabila dia melanggar tubuh seseorang dengan kuat. Mata dipejam rapat menunggu punggungnya sakit namun beberapa saat ditunggu tiada kesakitan yang dirasa. Malahan pinggangnya pula dirangkul kemas.
Dup dap dup dap! Wajah kelat Syed Iqbal menjadi tatapannya. Cepat-cepat Safiya membetulkan kedudukannya apabila mendengar sorakan Emy. Rangkulan Syed Iqbal cuba dileraikan namun semakin kuat pula rangkulan suaminya.
"Eh kau ni. Lepaslah. Tak malu Emy tengok,"bisik Safiya.
Menggeleng Syed Iqbal lalu merapati telinga Safiya, membuatkan Safiya boleh mendapat heart attack ketika itu juga.
"Aku boleh lepaskan tapi boleh tak kau alihkan kaki kau ni. Kau pijak kaki aku ar,"balas Syed Iqbal.
Terbeliak mata Safiya langsung melihat ke bawah. Benar kata Syed Iqbal. Malunya..Perlahan Safiya mengangkat kaki dan rangkulan suaminya turut terlerai.
'Ishh dalam kamus hidup aku tak pernah kena malukan macam ni. Aduhh cover line,'keluh Safiya dalam hati.
Safiya tersengih-sengih seperti kerang busuk. Niat di hati mahu menyambung kejarannya namun jari jemarinya diramas lembut oleh Syed Iqbal. Belum sempat Safiya bersuara Syed Iqbal sudah memotong.
"Jangan nak jadi macam budak kecil. Dah jadi isteri orang kena mature sikit. Dah solat asar?". Safiya hanya menggeleng.
"Ikut aku."
"Emy, abang Iq bawa akak Fiya masuk dalam. Nanti boleh sambung kejar-kejar lagi,"sambung Syed Iqbal.
Emy tersenyum nakal sambil membuat isyarat 'ok'. Ternganga Safiya melihat sepupunya berlalu pergi.
'Arghh! Tak guna kau Emy. Tolonglah aku. Aku tak mahu dekat dengan si ice beku ni!,'jerit hati Safiya.
Syed Iqbal menarik tangan Safiya mendaki anak tangga menuju ke bilik isterinya. Sekali lagi Safiya mengangah masih lagi sempat menahan suaminya di hadapan pintu.
"Kau tak boleh masuk."
"Sebab?"
"Ni bilik aku."
"Bukan kita?"
"Bukan."
"Habis dengan siapa kau nikah tadi?"
Terkedu Safiya. Beberapa kali dia menelan liur tapi pahit. Syed Iqbal menghela nafas berat. Dia menolak sedikit tubuh genit Safiya lalu memulas tombol.
Kali ini Syed Iqbal pula yang terkedu. Sebab? Hampir seluruh dinding bilik itu penuh dengan pelakon lelaki Korea. Anak patung pula memenuhi ruangan katil. Menggeleng Syed Iqbal.
"Aku nak semua gambar dan anak patung ni buang atau simpan tempat lain,"arah Syed Iqbal.
"Tak boleh. Kau tak ada hak nak usik barang-barang aku,"bantah Safiya. Dia mengaup semua teddy bear miliknya supaya tidak dibuang.
Syed Iqbal berlalu pergi membuatkan Safiya menarik nafas lega. Dia tersenyum sendiri sambil mengusap lembut anak patungnya.
Sekejapan sahaja Syed Iqbal kembali bersama beg plastik besar lalu merampas teddy bear Safiya. Safiya cuba melawan kembali namun tangan gagah suaminya menahan dia.
"Janganlah usik barang aku. Tolonglah jangan buang,"rayu Safiya.
"Auliya, kau dah besar. Kau tahu hukum agama. Anak patung ni semua kau tak boleh simpan lagi. Aku suami kau. Aku kena bimbing kau,"balas Syed Iqbal.
"Aku tahu. Tapi mereka kawan-kawan aku dari kecil. Aku mohon jangan buang,"rayu Safiya lagi. Kini air mata sudah berlinang. Esakan kecil turut kedengaran.
Syed Iqbal mengetap bibir. Dia tidak menyangka Safiya sanggup menangis hanya kerana anak patung.
"Okay. Tapi aku nak kau pilih satu saja. Lain semua buang, faham?"ujar Syed Iqbal mengalah.
"Satu je. Lebih lagilah,"pohon Safiya. Dia menyeka air mata sambil tersenyum manis.
"Nope. You choose which one you want to keep or I throw all this."
Cepat-cepat Safiya memilih teddy bear kesayangannya. Minnie mouse menjadi pilihannya lalu dipeluk erat.
'Macam budak kecil main anak patung lagi,'gumam Syed Iqbal. Dalam diam Safiya menjelir lidah tanpa pengetahuan suaminya.
Bertungkus lumus Syed Iqbal menurunkan semua poster itu. Bertuah punya isteri hanya menatap tubuh sasa suaminya membuat sesuatu tanpa bantuan. Ikut rasa hati mahu saja Safiya merangkul tubuh itu tapi dia malu...tapi mahu.
Setelah selesai Syed Iqbal mengimamkan solat untuk pertama kali dalam hidup Safiya. Entah mengapa sayu di hati bertandang. Masih adakah ruang di hati Syed Iqbal menerimanya sebagai isteri yang sebenar-benarnya..Ya Allah makbulkanlah permintaan hamba kerdil Mu ini..Aminn..
Dijemput membaca dan sedia menerima kritikan yang membina..
Share this novel