3

Romance Series 2042

"Fiya! Ooii Fiya!."

          Tersentak Safiya dari lamunan. Hampir terlepas plate micro chip di tangannya. Nasib sempat diselamatkan, kalau tidak memang ke parit dia. Huhuhu..

          Tersengih-sengih Safiya melihat Kak Hani mendekatinya. Alamak memang habislah aku. Otaknya ligat mencari alasan kukuh.

          Pakk! 

          Hani menepuk bahu Safiya agak kuat. Mengerang kesakitan Safiya sambil mengosok bahunya. Aduhh macam nak patah tulang aku.

         "Sakitlah kak,"adu Safiya.

         "Ha, tau kau sakit. Aku ni tekak sakit, hati aku sakit sebab panggil kau tak berjawab. Aku ingat kau dah pengsan,"sindir Hani siap dengan sumpah seranahnya.

         Safiya pekakkan telinga saja kerana sudah mengenali Hani lebih kurang setahun. Dia tahu mulut laser kakak senior-nya itu, mulut saja lebih tapi hati baik.

         "Ala kak sorry-lah. Fiya tak sengaja. Mungkin sebab bunyi mesin ni yang buat Fiya tak dengar,"dalih Safiya.

        "Tak ada maknanya. Mesin ni dah lebih 10 tahun duduk kat sini. Aku panggil orang lain dengar je termasuk kau sebelum ni. Tapi lepas kau naik kerja lepas sakit, aku rasa bukan kaki kau yang bermasalah tapi telinga kau. Cuba kau pergi jumpa doktor handsome dekat in-house tu,"cadang Hani.

          Pecah gelak Safiya. Terbayang wajah Doktor Airil. Masa muda dulu mungkin handsome orangnya, tetapi sekarang sudah 50an mana datang handsome-nya pun dia tidak tahu. Cuma segak dan kemas penampilannya saja.

          "Ishh tak nak Fiya. Aje kena kejar dengan bini dia. Lagipun dah tua, siapa nak. Fiya nak yang macam Lee Min Ho atau Kim Hyung Jung. Hahaha,"seloroh Safiya.

         "Amboi, taste nak yang mata sepet. Eh hello Cik Fiya uitt, pelakon korea kau tu semua ada dekat Korea bukan Malaysia. Dalam department kita ni apa kurangnya. Si Shafiq, Adnan dengan Najib, aku tengok dia orang bukan main syok dekat kau. Tak mahu ka?"kenen Hani pula.

         "Hahaha.. Mengarutlah kau kak. Tak nak aku,"tolak Safiya.

         "Kau.. Eh Lieya kau nak ke mana tu? Lenggang lenggok aku tengok,"panggil Hani apabila melihat Lieya lalu di belakang Safiya menuju ke arah pintu utama.

         Semua department perlu melalui, bahagian tempat kerja mereka dahulu sebelum ke pintu utama production. Sebab itu Hani lebih terkenal dengan pekerja department lain.

         "Aku nak pergi jumpa doktor kak. Pening pulak kepala ni. Mungkin nak demam agaknya,"ujar Lieya.

         "Baguslah. Kau tak yah ambil ubat. Kau tengok muka doktor muda tu pun dah boleh hilang demam kau,"sindir Hani.

         Lieya menjeling tajam ke arah Hani. Mahu saja dia ganyang mulut laser itu. Tapi bila dia teringat akan wajah doktor muda itu membuatkan dia jatuh cinta. Malas mahu melayan, Lieya meninggalkan mereka berdua dengan lenggok modelnya.

          "Doktor muda? Bila masa pulak Dr Airil jadi muda kak oii. Kau pakai cermin mata tak kak,"giliran Safiya pula menyindir dalam tawa.

         "Eh bukan doktor tua tu. Minggu lepas Dr Airil dah diganti dengan doktor lain. Dia pergi umrah. Fuhh! Handsome young man, Fiya,"puji Hani sambil menunjukkan 'good'.

         "Hahaha.. Bolehlah kak Hani try,"usik Safiya.

         "Eh apa pulak aku. Shuben aku nak letak tang mana. Kau tu, boleh try. Lebih handsome daripada pelakon korea kau,"balas Hani.

         Gegak ketawa Safiya dan Hani sehingga tidak menyedari kehadiran Ana,supervisor mereka. Terkedu mereka berdua mendengar teguran Ana. Cepat-cepat Hani memohon diri meninggalkan Safiya dan Ana.

         'Tak guna kau kak. Kau tinggalkan aku macam tu je. Janganlah kak Ana marah aku,'gumam Safiya meneruskan kerja yang tergendala tadi.

          "Fiya, kaki dah okay?"tanya Ana melihat kaki Safiya.

         "Alhamdulillah kak. Okay dah,"balas Safiya tersenyum.

         "Baguslah kalau begitu. Akak lupa nak tanya kau dik. Hari yang kau naik kerja ada bagi surat MC tak?"

         "Ada kak. Tapi hari yang saya accident saya tak ada MC. Saya apply EL. Esoknya baru saya start MC,"terang Safiya.

         "Eh kenapa begitu?" Berkerut dahi Ana pelik.

         "Sebab saya tak pergi klinik. Takut. Esok tu adik saya bawakan."

         "Oh. Okay. MC tu dah minta doktor in-house countersign?." Menggeleng Safiya.

         "Nah, ambil balik MC ni. Pergi minta doktor countersign. Lepas tu baru bagi pada akak. Faham?"arah Ana memulangkan surat kepada Safiya.

         "Habis tu kak macam mana dengan lot saya?" Serba salah Safiya. Masih ada lot yang belum dijalankan lagi.

         "Tak apa. Akak boleh cover sekejap. Jangan lama-lama sangat dan jangan kau nak pergi tackle doktor tu pulak,"ujar Ana mengambil posisi Safiya. 

         "Okay kak. Fiya pergi dulu. Thanks kak."

         Safiya meninggalkan Ana menuju ke pintu utama. Setelah beberapa minit Safiya kini sudah berada di klinik in-house. Agak ramai pesakit menunggu giliran untuk dipanggil. 

         Safiya bergerak menuju ke kaunter pendaftaran sambil tersenyum manis kepada jururawat di situ.

         "Assalamualaikum. Nurse, saya nak minta countersign doktor untuk MC saya. Ni MCnya,"ujar Safiya.

         "Waalaikumsalam. Boleh. Cik, tunggu sebentar,"balas jururawat yang memakai name tag Aishah.

         "Nurse, where's prescription form?"celah seorang doktor mendekati kaunter pendaftaran.

         "Fiya."

         Terkejut Safiya melihat susuk tubuh lelaki itu.

         "Eh Farhan. Awak buat apa di sini?"

         Tengku Farhan menunjuk ke bilik pemeriksaan. Sekali lagi dadanya berdebar-debar apabila bertentang mata dengan si pencuri hati.

         "Hahaha..Baru saya tahu. Patutlah Fiya tengok Farhan cekap  buat dressing. Doktor Farhan rupanya. Ha sebelum lupa. Fiya nak minta Farhan countersign MC,"pinta Safiya. 

         Nurse Aishah menyerahkan borang preskripsi dan surat MC Safiya kepada Tengku Farhan lalu ditandatangani. Dia meminta untuk melihat kaki Safiya yang kini sudah sembuh.

         "Ni bila masa pergi klinik. Hari tu saya ajak tak mahu. Cakap takut."

         "Oh, adik Fiya bawa. Dah kena bebel. Hahaha." 

         Menggeleng Tengku Farhan.

         "Degil,"setepek Safiya kena.

         "Suka hati je cakap orang degil." Muncung Safiya.

         "Jangan panjang sangat muncung tu. Takut kena jahit nanti,"usik Tengku Farhan.

         Safiya menekup mulutnya. Takut dia bab-bab jahit ni.

         "Jahat." Tersenyum Safiya. Tiba-tiba dia teringat akan jemputan papanya. Aduhh macam mana ni, nak ajak atau tidak.

         "Hurmm Farhan, Fiya…" Belum sempat Safiya menyampaikan hasratnya, seseorang menegurnya dari belakang Tengku Farhan.

         "Hai Lieya, Fiya minta doktor countersign MC,"ujar Safiya tersenyum.

         "Lama kau ambil countersign doktor,"perli Lieya.

         "Oh maaflah. Farhan, thanks tau . Fiya minta diri dululah ya. Assalamualaikum,"ujar Safiya tersengih-sengih. 

         Dia memohon diri sambil menyimpan surat dalam poket seluar jeans-nya.

         Cepat-cepat Safiya berlalu dari situ tanpa menghiraukan pandangan tajam pesakit lain. Aduhh macam manalah aku boleh lupa yang mereka ni peminat tegar Farhan. Memang viral plus kecaman aku kena.

         Hampa Tengku Farhan. Dia kira-kira mahu mengajak Safiya makan bersama. Tengku Farhan tersenyum hambar kepada Lieya lalu memasuki bilik pemeriksaan untuk meneruskan tugasannya.

         Pada malam itu, Safiya tekad mahu memberitahu Tengku Farhan berkenaan hasrat papanya. Telefon Samsung diambil lalu duduk di birai katilnya. Nama Encik Tengku di cari. Nasib lelaki itu sedang online di messenger.

         'Assalam. Selamat malam. Farhan mengganggu ker?'

         'Wasalam. Selamat malam. Taklah Fiya. Tengah buat apa tu?'

         'Tengah mesej awaklah. Hahaha.'

         'Eh nasib jauh, kalau tak memang kena cubit pipi gebu tu. Hahaha.'

         'Wekk. Tak dapat. Hahaha.'

         'Siaplah kalau dapat. Hahaha.'

         Tersenyum Safiya. Kini dia sudah berbaring sambil memeluk anak-anak patungnya.

         'Farhan, esok cuti tak? Fiya nak ajak keluar.'

         Fuhh! Memang bersikap terbuka Fiya. Belum sempat aku ajak dia keluar, dia dah ajak aku. Pastinya aku setuju, wahai bidadari pencuri hatiku.

         'Boleh. Esok Farhan ambil Fiya di rumah. Pukul berapa?'

         'Pukul 11 pagi, boleh?'

         'Boleh, Fiya.'

         'Thanks. Jumpa esok Farhan. Good night. Bye.'

         'Good night. Sweet dream Fiya. Bye.'

         Safiya meletakkan semula telefon Samsung ke atas meja kecilnya semula. Tidak lama kemudian kedengaran dengkuran kecil darinya.

masih dgn watak Tengku Farhan, second male lead. insha'Allah bab 4 Syed Iqbal akan muncul. Arigato to my readers...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience