BAB 3

Other Completed 6979

Ustazah Nafsiah pergi mendapatkan anaknya. Dia faham mengapa anaknya bersedih. Sudah pasti Hafsah yang sangat menyayangi ayahnya sedih apabila melihat begitu ramai orang yang mencaci dan mencerca ayahnya. Siapa yang tidak sedih jika ayahnya dicaci dan dicerca oleh semua orang.

“Sabarlah sayang. Ini ujian Allah buat kita sekeluarga. Insya Allah, Allah pasti akan membantu kita. Bukankah Allah itu Maha Penyayang?” Ujar Ustazah Nafsiah sambil memeluk anak perempuannya.

Sejujurnya dia sendiri berasa sedih apabila membaca status status di Fac itu. Hati isteri mana yang tidak sakit apabila suami yang dicintainya dihina oleh semua orang?

Hati isteri mana yang tidak sedih apabila suami yang disayangi dicaci oleh semua orang? Dan hati isteri mana yang tidak pilu apabila suami yang dikasihinya dimaki oleh ramai orang?

Dia hanya mampu bersabar. Dia yakin tentu ada hikmah yang Allah mahu beri kepada mereka sekeluarga melalui ujian ini. Ustazah Nafsiah mengucup dahi dan memujuk anak perempuan tunggalnya itu.

“Apa keputusan abang tentang tawaran Perdana Menteri tu?” Soal Ustazah Nafsiah kepada suaminya, Ustaz Lazim setelah mereka selesai menunaikan solat Isyak.

“Entahlah Siah, abang pun tak tahu. Abang sedang buat solat istikharah sekarang ni untuk minta petunjuk dari Allah. Pada pendapat Siah, patut ke abang terima tawaran Perdana Menteri tu?” Ustaz Lazim bertanya.

“Kalau ikut Siah, lebih baik abang tumpukan sahaja pada kerja kerja dakwah abang. Abang tak perlu campur soal politik buat masa sekarang. Abang hanya perlu bersuara apabila perlu sahaja. Cuba abang lihat sekarang, abang belum terima pun dah macam macam orang kutuk dalam Fac pun sampai Hafsah yang baca pun boleh menangis.” Jawab Ustazah Nafsiah.

“Hafsah menangis? Kenapa?” Ustaz Lazim agak terkejut dengan kata kata isterinya itu.

Ustazah Nafsiah lantas menceritakan apa yang berlaku tengah hari tadi kepada Ustaz Lazim. Ustaz Lazim sendiri berasa kesal atas apa yang berlaku. Dia tidak menyangka, begitu ramai orang yang membenci dirinya.

“Melihat kepada apa yang berlaku abang dah buat keputusan.” Ujar Ustaz Lazim secara tiba tiba.

“Apa dia?” Soal Ustazah Nafsiah.

“Kecewa saya bila Ustaz tolak tawaran saya ini. Tawaran ini sangat baik Ustaz. Peluang yang baik takkan datang dua kali.” Ujar Perdana Menteri dalam pertemuan empat mata di pejabat Parti Komponen Melayu Baru pada pagi itu bersama Ustaz Lazim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience