BAB 5

Other Completed 6979

“Saya memang tak pernah pun kisah atas apa yang orang mahu kata tetapi saya tak mahu keluarga saya menerima kesan dan bahananya. Kalau saya sudah tentu saya boleh tahan tetapi tidak isteri dan anak saya.”

“Kalau begitu kata Ustaz apa saya boleh buat. Apa pun saya ucapkan selamat maju jaya kepada Ustaz. Insya Allah, saya akan terus menyokong kegiatan dakwah Ustaz. Kalau Ustaz perlu bantuan, jangan segan segan nak jumpa saya. Insya Allah, saya pasti akan tolong.”

“Terima kasih Datuk. Semoga Allah memberkati diri Datuk sekeluarga dan kepimpinan Datuk.” Ujar Ustaz Lazim.

“Sama sama.” Kata Perdana Menteri dan mereka bersalaman.

Ustaz Lazim keluar dari pejabat itu dengan senyuman yang puas. Dia yakin keputusan yang dia ambil ini merupakan keputusan yang betul. Dunia dakwah adalah dunianya. Politik bukanlah dunianya. Duaniaku dakwahku....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience