BAB 1

Other Completed 6979

“Hafsah... Hafsah....” Ustazah Nafsiah memanggil nama anak tunggalnya untuk mengajaknya makan tengah hari.

Sejak balik dari sekolah tadi, dia langsung tidak melihat kelibat anaknya. ‘Ke mana anak aku pergi?’ Bisik Ustazah Nafsiah di dalam hati. Sanubarinya mula tidak keruan kerana diserang rasa bimbang. Ustazah Nafsiah lantas menuju ke bilik anaknya. Anaknya tiada di situ.

“Hafsah... Hafsah...” Panggil Ustazah Nafsiah lagi namun tiada sahutan. Dia sudah mencari anaknya di merata tempat. Di dapur, stor dan bilik air namun masih tiada.

‘Mana pula budak ni pergi?’ Soal Ustazah Nafsiah lagi di dalam hati. Dia begitu bimbang tatkala itu. Di fikirannya sudah terbayang perkara yang bukan bukan. Dia berjalan untuk menuju ke bilik bacaan suaminya. Dia berharap agar anaknya berada di dalam bilik bacaan itu. Tidak putus putus doanya kepada Allah s.w.t agar anaknya sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Apabila dia masuk ke bilik bacaan itu, dia melihat anaknya Hafsah sedang menangis di sudut bilik itu. Dia melihat komputer riba suaminya ada di atas meja bacaan itu dalam keadaan terpasang.

“Hafsah, kenapa menangis ni? Puas Ummi panggil kamu. Apa yang kamu buat kat sini?” Soal Ustazah Nafsiah sambil mendapatkan Hafsah tetapi tiada jawapan dari Hafsah. Yang ada hanyalah suara tangisan yang keluar dari mulut gadis yang berusia 13 tahun itu.

“Hafsah, cuba cakap dengan ummi, kenapa kamu menangis? Ada kawan buli kamu kat sekolah ke?” Hafsah menggeleng.

“Habis, cikgu pukul kamu kat sekolah?” Hafsah menggeleng lagi.

“Habis tu, kenapa kamu menangis?” Soal Ustazah Nafsiah yang sudah mula susah hati. Dia benar benar tidak faham dengan fiil anaknya pada hari ini.

“Bila Hafsah buka Fac, Hafsah nampak banyak orang kutuk ayah kat Fac. Hafsah sedih ummi.” Jawab Hafsah dalam keadaan teresak esak menangis.

Mendengar sahaja kata kata Hafsah, Ustazah Nafsiah lantas menuju ke komputer riba yang sedang terpasang itu. Dia membaca status yang terdapat pada garis masa Fac anaknya itu.

Ya, benar kata Hafsah. Banyak komentar dan ulasan tentang suaminya. Dia hanya mampu mengeluh dan menggeleng gelengkan kepalanya. Dia juga sedih, marah dan kecewa dengan hentaman orang ramai terhadap suaminya, Ustaz Lazim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience