BAB 4

Other Completed 6979

“Saya tahu tawaran yang Datuk berikan itu sangat baik tetapi saya minta maaf sekali lagi, saya memang tak boleh terima. Saya rasa lebih baik saya tumpukan kepada kegiatan dakwah yang telah saya usahakan selama ini.” Balas Ustaz Lazim.

“Saya rasa dengan penyertaan Ustaz dalam parti ini tidak akan menggangu urusan dakwah Ustaz. Ustaz boleh teruskan berdakwah dan saya akan bantu. Ustaz boleh minta peruntukan jika Ustaz perlu.” Kata Perdana Menteri yang masih mahu Ustaz Lazim menerima tawarannya itu.

Baginya Ustaz Lazim adalah seorang tokoh agamawan yang sangat hebat. Tokoh tokoh seperti inilah yang sangat diperlukan di dalam parti untuk membantu perjuangan parti itu.

Jika Ustaz Lazim menolak, bermakna parti akan kehilangan seorang tokoh yang sangat hebat. Tokoh yang cukup disenangi, dihormati dan disegani di seluruh negara.

“Saya tahu niat Datuk baik tetapi saya tetap menolak. Cuba Datuk lihat, saya belum terima tawaran ini pun orang dah kata macam macam. Apalagi kalau saya terima.” Ujar Ustaz Lazim.

“Kenapa Ustaz perlu dengar cakap orang. Orang orang itu semua dengki dengan Ustaz. Mereka takut dengan kemasukan Ustaz ke dalam parti ini akan menggugat sokongan rakyat kepada mereka.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience