BAB 2

Other Completed 6979

Semua ini berlaku apabila Presiden Parti Komponen Melayu Baru merangkap Perdana Menteri melantik suaminya yang merupakan seorang pendakwah yang terkenal sebagai Ahli Majlis Tertinggi Parti Komponen Melayu Baru itu.

Pihak pembangkang yang sememangnya tidak menyukai suaminya itu telah menghentam, mengkritik dan ‘membelasah’ suaminya itu secara membuta tuli padahal suaminya itu langsung tidak pernah memberi persetujuan sama ada menerima atau tidak tawaran daripada Perdana Menteri itu.

Tetapi, musuh musuh suaminya telah mengeluarkan pelbagai kenyataan yang mencerca pelantikan suaminya itu. Ustaz Lazim seorang pendakwah yang terkenal, dihormati dan disegani. Hampir setiap minggu suaminya akan menjelajah ke seluruh negara untuk menyampaikan dakwah dan ceramah.

Dengan pelantikan Ustaz Lazim sebagai Ahli Majlis Tertimggi Parti Komponen Melayu Baru ini dikhuatiri akan menggugat sokongan yang diterima oleh Parti Islam Melayu Maju di mana suaminya sebagai ahli..

Walaubagaimanapun, suaminya sejak akhir akhir ini sedih dengan perjuangan Parti Islam Melayu Maju yang dilihat telah menukar haluan perjuangan mereka daripada sebuah Negara Islam kepada Negara Berkebajikan.

Ini dilakukan demi kesetiakawanan mereka dalam Pakatan Bersekutu Demi Rakyat bersama Parti Semua Kaum Maju yang terang terang menolak Islam dan Parti Rakyat Maju Adil yang ingin memperjuangkan ketuanya sebagai Perdana Menteri.

Parti Islam Melayu Maju dilihat sudah tidak sama lagi seperti dahulu. Mereka tega ‘melondehkan’ serban mereka demi untuk mendapatkan kuasa politik. Sebagai contoh, kalau dahulu mereka mengatakan bahawa Parti Komponen Melayu Baru sebagai kafir kerana tidak mahu melaksanakan hukum Hudud tetapi pada masa yang sama mereka juga menyokong calon calon yang beragama Islam mewakili Parti Semua Kaum Maju yang terang terangan menolak Hudud.

Justeru itu, Ustaz Lazim merasakan bahawa sokongannya terhadap Parti Islam Melayu Baru sudah tidak relevan lagi. Walaubagaimanpun, ini tidak bermakna Ustaz Lazim akan menyokong perjuangan Parti Komponen Melayu Baru. Ustaz Lazim bukan ahli politik. Dia merupakan seorang guru. Dia juga seorang pendakwah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience