KYS 2

Romance Series 26587

“Eh rayyan awal hari ni balik?” Tanya tengku ayuni yang baru turun dari tangga , “haah ma penat sikit hari ni tu yang balik awal sikit” jawab rayyan pula..

“Boleh ikut mama kejap ke tepi kolam? Mama ada benda nak cakap” ajak tengku dan jalan terlebih dahulu tanpa menunggu jawapan rayyan , nak tak nak terpaksa la rayyan ikut kan...

“I know what mama wants to say and my answer is still the same ma” ujar rayyan bila sampai di tepi kolam renang

“Boleh tak kali je mama minta tolong sangat dengan rayyan buka hati tu untuk orang lain? Mama nk tengk rayyan bahagia dengan perempuan yang betul betul sayangkan rayyan” kata tengku pula...

“Mama tahu betapa susah nya rayyan nk terima kenyataan yang karina tu bukan jodoh rayyan , rayyan kita sebagai manusia hanya mampu merancang tapi tuhan yang tentukan semua nya dan tertulis karina bukan hak milik rayyan so rayyan move on” pujuk tengku ayuni lagi..

“Ma kita bincang hal ni lain kali , rayyan penat nk rehat” blas rayyan dan terus naik ke atas sambil memikirkan apa yang di katakan mamanya...

********************
“Kak perlu ke akak pergi sabah sana tu? Adik tak ada jam loceng la gini kan?” Soal sarah dengn muncung nya..

“Amboii asal muka akk je jadi jam loceng kau kan? Adik akak ni ikut abang pian kau tu tau dia kan suami akak jadi akak kena la ikut kemana dia pergi” jawab aisyah sambil mengemas kain baju nya...

Aisyah dan jugak sufian akan ke sabah untuk beberapa bulan oleh kerana urusan kerja sufian disana ajak lama prosesnya jadi sufian bawak aisyah sekali bersamanya...

“Nanti adik dah kahwin adik akan faham , suami kita tu syurga bagi kita imam bagi kita jadi adik tak boleh sesekali melayan ataupun membantah tapi kalau suami tu buat hal adik kena la lawan untuk kebaikan rumah tangga faham” ujar aisyah yang bagi penjelasan pada sarah..

“Akak ingat adik ni bodoh sangt ke tak thu tu semua? Adik tahu la” jawab sarah lalu ambik semua novel yang ada di meja aisyah..

“Akak nk ke sabah kan so novel ni semua hak adik okey byeeee” sarah terus bawak novel novel tu ke bilik nya dan susun...

Sarah sangat gemar baca novel bila ada waktu lapang je dia akan baca novel mana yang belum dia habis baca....


*********************
Rayyan duduk di luar halaman sambil menikmati angin malam entah kenapa perkataan yang diucapkan tengku ayuni tu terus permain di fikirannya...
“Boleh abang duduk sekli?” Tegur kamal , “abang duduk je la bukan nya rayyan halang pun” jawab rayyan dan betulkan kedudukannya...

“Fikir pasal apa ni? Pasal mama ke?” Soal kamal , perlahan anggukkan rayyan kamal terus tersenyum..

“Rayyan kena faham kenapa mama nk sangat rayyan kahwin dan mulakan kehidupan baru rayyan dengan orang lain, rayyan tak boleh nk tunggu orang yang dah tinggalkan rayyan” ujar kamal...

“Mana tahu dengan rayyan terima cadangan mama hati rayyan tu akan terbuka untuk seseorng dan lebih mencintai orang tersebut dari cinta lama rayyan tu, abang bukan nk masuk campur hal rayyan tapi rayyan kena ingat semuanya terjadi dengan izinnya , abang tak nk la tengk adik abang bujang sampai ke tua” tambah kamal lagi...

“Tak ada la macam tu bang, rayyan nk juga rasa perkahwinan tu” blas rayyan dengn senyuman di bibir...

“Pilihan keluarga ni biasanya yang terbaik , tengk pilihan mama untuk abang everthing is fine alhamdulilah abang bahagia dengan isteri abang walaupun kami kahwin tanpa cinta , sebenarnya bercinta selepas nikah ni yang syok sebab dah halal kan” ucap kamal dengn sengihan...

“Rayyan nampak abang bahagia tapi bukan mudah untuk rayyan lupakan dia bang, walaupun semua ni perpunca dari dia”

“Fikir baik baik bila rayyan dah ada jawapan nya bagitahu mama dengan baik” pesan kamal dan di anggukkan rayyan...

Rayyan kemudian meminta diri untuk masuk ke biliknya sendiri , lalu dirinya terniat nak buka kotak simpanan kenangan dia dan karina....

“Dah smpi masanya untuk aku buka buku baru” bisiknya lalu bawak kotak tersebut ke stor...

*********************
“Eh kau okey tak ni? Asal aku tengk kau ni macam tk bermaya je?” Tanya shafie kawan baik rayyan , “aku pening sikit” jawab rayyan...

“Pasal apa pula kali ni? Pasal kahwin lagi ke?” Teka shafie yang dah faham dengn rayyan...

“Apa susah sangat kau ni nk buka hati kau tu , try kenal orang baru mana tahu dia lagi better dari karina” pujuk shafie...

“Kau tahu kan berapa lama aku dengn karina , bukan berbulan tau tapi dah bertahun shafie , 8 tahun tu lama tau” jawab rayyan pula..

“Yeah 8 tahun korang bercinta dan sekrng dah 5 tahun dia tinggalkan kau but kau still tak boleh nak move on , come on la rayyan umur kita ni bukan makin muda tau”

“Senang untuk kau bercakap tapi aku yang laluan semua benda tu” ucap rayyan dengn riak sedih..

“Cuba kau tengk mana yang kau berminat , tina? Qis? Puteri you PA? Or sarah?” Soal shafie sengaja menyakat rayyan...

“Sarah? Aku rasa dia tu tak sesuai langsung dengn aku” tolak rayyan..

“jangan cakap gitu mana la tahu dia tu la jodoh kau dan mana tahu sampai tahap kau gila dengan dia nanti” pesan shafie lalu menepuk bahu rayyan sebelum beredar...


Semua yang di office sibuk buat kerja masing masing dan tiba tiba mata mata mereka semua tertuju pada seseorang yang sexy dan cantik...

“Tengku elina ada apa ya?” Soal puteri pada tengku elina , “i nak jumpa rayyan you boss” jawab tengku elina...

“Tengku elina ada buat temu janji ke?” Soal puteri lagi , “Perlu ke i buat semua tu? Bgi je la i masuk apa masalah you” marah tengku elina dan terus masuk ke bilik rayyan...

“Maaf boss saya dah cuba halang tengku elina tapi dia berdegil” kata puteri takut dia pula di persalahkan nanti...

“Tak pe puteri awak boleh keluar” jawab rayyan dan terus puteri keluar dari bilik rayyan...

“Elina please lepasni hormat my PA , ada apa you datang sini bukan ke you dekat paris?” Kata rayyan sambil menutup fail yang dah siap di tanda tangan...

“I dah balik and i miss you so much rayyan” tengku elina terus pergi ke sebelah rayyan sambil tangan nya memegang bahu rayyan...

“Elina ni office tak elok kalau staff i nampak” rayyan terus alihkan badan nya kedepan supaya pegangan elina terlepas...

“Rayyan kenapa you ni jual mahal sangat dengan i eh? I dah lama tunggu you even masa you dengan karina lagi” marah elina...

“Cinta tu tak perlu dipaksa sebab dia datang dengn sendiri nya , sekrng i minta you keluar sekrg sebelum i panggil sekurity untuk heret you” ugur rayyan...

“Fine i keluar” kata elina dan terus keluar dengn perasaan marah...

Sarah yang baru nk masuk ke bilik rayyan terlanggar pula dengan si elina ni , “maaf kan saya” ucap sarah..

“buta ke ha? Ish” marah elina dan ters beredar....

Sarah hairan kenapa nk mengamuk pula kan tapi apa dia peduli tu bukan urusan dia jadi dia pun masuk ke bilik tengku rayyan...

“Tengku sila sign fail ni sebab esok saya akan passkan dekat naily” ujar sarah lalu letak fail tu di meja rayyan..

“Sarah awak dah kahwin ke belum ya? Atau awak dalam hubungan dengan sesiapa?” Soal rayyan dengan pantas sebelum sarah keluar...

Rayyan sendiri pelik kenapa soalan dia macam ni ish , “Saya tak ada hubungan dengan sesiapa tapi saya akn dijodohkan oleh family saya” jawab sarah buatkan rayyan memandang wajah sarah...

“Bila tengk betul betul cantik juga sarah ni cutee jeee” bisik rayyan....

“Abis tu awak terima ke? Perlu ke awak ikut cadangan mereka?” Soal rayyan dengan serius kerana dia mahukan jawapan untuk dirinya...

“Saya rasa pilihan keluarga adalah yang terbaik sebab tak ada seorng pun ibu ayah yang nk hidup anak dia rosak , jadi saya terima dengan hati yang terbuka sebab tu cara untuk saya balas jasa mereka” jawab sarah

Rayyan menganggukkan jawapan sarah , “Awak tak cintakan orang tu boleh ke awak hidup dengn dia sedang kan awak tk ada perasaan apa pun dekt dia?” Tanya tengku rayyan lagi...

Sarah terus duduk di hadapan tengku rayyan buat kan rayyan tersenyum kecil , “Apa susah boss, kan boleh bercinta selepas nikah ramai je yang cakap bercinta selepas nikah ni syok sebab waktu tu kita dah halal dan tak ada batas” ujar sarah dengan semangat...

“Jadi ni awak kena kahwin dengn pilihan mak ayah awak la ya? Awak tk kenal langsung ke?”

Sarah mengeleng , “langsung tak kenal , okey la boss saya pergi kerja dulu la ya ni dah macam mengosip la pula” kata sarah dan terus beredar...

Rayyan melepaskan keluhan perlahan , “sarah boleh takkan la aku tak boleh kan? Dia tu perempuan aku ni lelakii sebagai imam humm” bebel rayyan sendiri...


**********************
Tepat pukul 6.00 petang mereka semua sibuk mengemas meja masing masing untuk balik termasukla tengku rayyan sendiri...

“Sarah apa apa hal nanti bagitahu aku tau, aku pun nak tahu siapa bakal suami kau tu” ujar naily pada sarah..

“Ye naily aku bagi tahu kau , kau tu kan bff aku okey la aku balik dulu byee” jawab sarah dan terus meninggalkan naily..

Sampai je rumah puan shila dah menyuruh sarah untuk bersiap , “Bila diorang akan sampai ibu? Adik rasa lain macam la”..

“Adik jangan nak mengada eh akak ni esok dah gerak ke sabah” ujar aisyah sambil menolong puan shila menyusun pinggan mangkuk...

Sarah hanya tersengih dan terus naik ke atas untuk bersiap nak jumpa bakal suami yang dia sendiri tak kenal...

*************************

“Rayyan bersiap eh kita nk ke rumah kawan mama” ajak tengku ayuni , “cakap je la mama nk jodohkan rayyan dengan anak kawan mama kan? Rayyan tahu mama macam mna” jawab rayyan yang masih di ruang tamu...

“Rayyan please kali ni je , kalau rayyan tak nak dan rasa tk secocok mama tk paksa rayyan untuk kahwin dengn dia” pujuk tengku sambil mengusap bahu rayyan..

“I do it for you okey” blas rayyan dan terus naik ke atas....

Selesai solat maghrib dan dah bersiap rayyan ters turun ke bawah , “segak adik abang ni nanti cek betul betul pilihan mama tu nanti tau” pesan kamal rayyan pula hanya mengangguk malas...

Dalam perjalanan tengku ayuni tak habis habis nasihat pada rayyan supaya berkenal dahulu dengan beliau agar rayyan boleh menilai....Sampai je di rumah sarah mereka di sambut baik olehh keluarga sarah

“Kejap ya saya panggil kan sarah” kata aisyah dan berlalu naik ke atas , “sarah? Tak kan la sarah office aku pula?” Bisik rayyan..

“Jom la kita makan malam dulu nanti turun la tu si sarah nya” ajak puan shila dan mereka semua duduk di meja makan...

Rayyan memerhatikan tangga dengan jantung yang berdebar siapa sarah? , tak lama tu sarah dengan aisyah pun turun sarah tak sengaja memandang je arah rayyan yang tengah menatapnya dengan pandang yang sukar di baca...

“Sarah sini salam tengku ayuni” panggil puan shila , sara terpaksa melangkah ke arah meja makan....

Waktu makan sarah tak berani untuk pandang ke arah rayyan sebab rasa risau yang teramat , selesai makan sarah sibukkan diri di dabur dengn mencuci pingan mangkuk yang dah digunakan...

“So aku yang nak dijodohkan dengan kau? So macam mana nk ke terima semua ni?” Soal rayyan , dengar suara rayyan je buatkan sarah meremang...

“Macam yang saya dah cakap dengan boss apa pun pilihan keluarga saya , saya akan terima dengan hati yang terbuka” jawab sarah...

“Kau terima sebab keluarga atau sebab harta? Aku dah kenal dengan ramai perempuan dan kebanyakkan nya sebab kan harta so kau pun mesti salah satunya kan” ujar rayyan lagi..

Sarah hanya tersenyum sambil lap tangannya di kain yang kering , “awak rasa saya macam tu ke? Terpulang la kalau awak nk fikir saya macam tu tapi yang penting saya tk kesah pun pasal harta awak tu” blas sarah tapi masih tak berani untuk menatap rayyan...

“Bagi aku perempuan semua sama yang hanya mahu kan harta dari lelaki yang kaya dan aku rasa kalau aku kahwin dengan kau pun aku tak kan cintakan kau pun” kata rayyan dengan yakin...

Sarah beranikan diri untuk berdiri di hadapan rayyan , rayyan pula hanya memerhatikan tindakkan sarah...

“Kalau saya berjaya buat awak jatuh cinta dengan saya macam mna? Saya akan buat awak jatuh cinta dengn saya sampai awak sendiri minta untuk saya jangan tinggalkan awak” ujar sarah...

“Kita tengk sarah” jawab rayyan dengan singkat dan terus keluar dari dapur..

Sarah lepaskan keluhan entah kenapa dia boleh berani cakap macam tu dengan rayyan padahal dia sendiri tak tahu apa nk buat....

“Semua nya dah bincang perkahwinan kamu berdua akan berlangsung 2 bulan dari sekrng , minggu depan tunang” kata tengku adha..

“Tak terlalu awal ke tengku?” Soal sarah , rayyan yang dengar tu hanya tersenyum...

“Lagi awal lagi bagus kan ma” ucap rayyan , tengku ayuni yang dengar tu pun hairan kenapa rayyan tiba tiba macam suka dengan perjodohan ni padahal tadi dia yang bukan main beria nk menolak nya...

“Sengaja nk kenakan aku la tu ish” bebel sarah sendiri...

Selesai berbincangan keluarga rayyan pun balik , sebelum rayyan balik sempat dia pesan pada sarah untuk esok masuk ke biliknya...

“Untung la adik dapat suami yang handsome , tengku pula tu” sakat aisyah..

“Tak untung pun, adik terima pun sebab kan mama ibu dengan ayah je tau” jawab sarah dan terus naik ke atas....

Sarah rasa kehidupan dia lepasni akan berubah 390 darjah bila dia sah menjadi isteri tengku rayyan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience