KYS 9

Romance Series 26587

Sarah sudah bersiap dahulu dari rayyan dan sekrng sarah sibuk memasang anting anting , “Dah siap ke?” Soal rayyan yang keluar dari bilik pakaian mereka...

Rayyan agak terpegun dengn kecantikkan sarah pada malam ni , sarah memakai gaun warna merah paras lutut dan bahunya sedikit terdedah dan sarah pula terdiam kaku rasa malu dengan pandangan rayyan padanya...

“Humm ada yang kurang ni”ujar rayyan terus ambik sesuatu di laci meja , rayyan keluarkan rantai dan menyuruh sarah untuk pusing..

“Cantik” puji rayyan tanpa sedar , “awak puji saya ke?” Soal sarah...

“Mana ada aku puji kau jangan nak perasaan eh dah la jom lambat aku nanti” , Mereka sama sama turun ke bawah mereka di hantar oleh pakcik said ke tempat event tu berlangsung...

“Cantik cik sarah malam ni untung tengku dapat cik sarah” puji pakcik said , “Humm bagi saya biasa je kot” blas tengku rayyan yang menafikan..

“Tengku rayyan jaga cik sarah elok elok takut kena kebas pula dengan datuk datuk dekat sana” pesan pakcik said yang sengaja mengusik rayyan...

Tak lama mereka pun sampai ke tempat event tersebut , “pegang lengan aku ingat jangan nak merayap sesuka hati tempat ni bukan tempat kau” bisik rayyan dengan tegas..

“Yelah faham” jawab sarah dan terus memaut lengan rayyan , mereka masuk je dalam hotel dah nampak ramai ornag ternama yang ada disitu...

“Saya takut la risau pula” kata sarah perlahan yang hanya didengar rayyan , “kau tenang je jangan nak mengelabah sangat” ..

“Hi tengku rayyan” tegur tengku elina , “you datang sini?”..

“Mesti la i with my dad datang kenapa ada masalah ke?” Ujar elina sambil matanya memerhatikan sarah dari atas sampai la ke kaki..

“Ouhh you tak nak jumpa datuk datuk yang lain?” Tanya elina , “sarah you stay here , i nk jumpa yang lain jangan pergi mana mna” pesan nya dah terus pergi bersama elina...

“Kau tinggalkan aku dekat sini eh aku ni dah la tak tahu apa apa” jerit hati sarah yang blur sekejap....Sarah pergi ke tempat makanan untuk ambik minuman lalu duduk di meja kosong entah datang dari mana entah si aiman terus duduk di hadapan sarah

“Aiman? Awak ada dekat sini? Awak stalker saya ke?” Soal sarah bertalu talu , “Sarah awak ingat saya tak ada kerja lain ke?” Soal aiman pula..

“Saya datang sini sebab dijemput saya kan uruskan bussiness papa saya , awak datang dengan suami awak ke? Mana dia?” ..

“Ada tu tengh berbual” jawab sarah , “sarah awak nampak lawa sangat malam ni sangat lawa patut la dari tadi saya tengok lelaki lelaki mata keranjang semua tengk awak” puji nya..

Aiman tengk rantai yang ada di leher sarah dan pasti itu bukan la rantai yang di beri aiman , “awak tak pakai rantai saya bagi? Tak cantik ke?”..

“Suami saya yang suruh saya pkai rantai ni” ujar sarah , rayyan toleh ke tempat sarah duduk dan nampak sarah tengh berbual dengan lelaki yang tidak dikenali sebab lelaki tu membelakangkan rayyan...

“Saya minta diri dulu ya” kata rayyan pada mereka dan terus dia ke arah sarah tapi sayang nya lelaki tu pula pergi sebelum sempat rayyan kenal siapa dia...

“Ish perempuan tu memang saje je kan nk buat rayyan jauh dari aku , tak guna punya perempuan” bebel elina dengan menatap ke arah sarah...

“Siapa lelaki tu? Bukan main mesti kau bual dengan dia kan scandel kau ke?” Soal rayyan entah kenapa rasa tak tenang bila tengk sarah dengan lelaki tu nampak macam mereka dah lama berkawan...

“Dia kawan lama saya dia cuma nk tanya khabar je” jawab sarah , “hi tengku rayyan” tegur raysha bersma dengan harith merupakan kawan lama rayyan..

“Wow you wife so beautiful” puji harith , rayyan terus memeluk pinggang sarah..

“Chill la aku cuma puji je tak kan tu pun salah, tapi serius aku cakap isteri kau paling menarik malam ni” kata harith lagi..

“Stop harith you buat rayyan rasa marah” halang raysha lalu menolak sedikit harith kebelakang....”Sorry rayyan i tegur you and you wife bukan sebab nk cari gaduh tapi untuk bertanya khabar jarang kita dapat bertegur sapa ni” kata raysha..

“Aku tak ada masalah tapi kalau korang tegur hanya nk cari pasal baik tak payah aku takut malam ni ada event arwah pula nanti” baran nya...

“Sayang betul dengan isteri kan , hey what you name” kata harith pada sarah..

“Harith can you stop” marah raysha , rayyan malas nak lama lama dengan mereka dan terus menarik sarah jauh dari dua orang makluk tak berguna tu...


“Sarah saya tak kan biarkan awak dengan rayyan , saya mesti dapat kan awak semula sarah” bisik aiman yang dari tadi memerhatikan dari jauh....

Selesai event tu rayyan bawak sarah balik malas nak lama lama rasa macam nk cucuk je mata lelaki yang asyik memandang ke arah sarah...

“Lepasni aku tak nk kau pakai macam ni lagi terdedah bahu tu nk tunjuk siapa?” Ujar rayyan dlam kereta...

“Saya pakai ni pun sebab dipilih oleh puteri awak juga suruh saya cari gaun cantikkan sekrng awak nk marah saya pula” jawab sarah rasa baran bila dia pula yang dipersalahkan..

“Awak jeles kan sebenarnya, yelah saya tahu awak jeles sebab ramai lelaki tengk saya kan?” Usik sarah , pakcik said yang dengar hanya tersenyum manis dengan dua pasangan...

Sampai je rumah rayyan terus menarik sarah ke bilik belum sempat sarah nak tegur tengku ayuni dia dah ditarik suaminya..

“Kenapa tu said?” Soal tengku pada pakcik said , “biasa la tengku ada orang cemburu” jawab nya dan tengku senyum..

“Jangan la tarik sakit la” adu sarah , rayyan sarah rapat kedinding dan tangan nya pula terus memeluk pinggang sarah..

“Apa ni sakit la rayyan” sarah cuba menolak rayyan tapi apakah daya rayyan lebih kuat berbanding sarah...

“Aku nk hak aku sebagai seorng suami” bisik rayyan , sarah memandang tepat pada mata rayyan yang sarah nampak adalah kemarahan pada mata rayyan..

“Kalau awak nak hak awak sebagai seorng suami hanya disebabkan awak marah kan saya , saya tak nak dan saya tak nak awak layan saya disebabkan tu sahaja , saya nak dilayan dengan kasih sayang dan cinta bukan kerana kemarahan” ujar sarah..

Rayyan terus terdiam dan lepaskan pelukkan nya di pinggang sarah , entah kenapa dia rasa marah dan rasa sakit hati dengan lelaki yang tengk sarah...

“Saya akan jalankan tanggungjawab saya bila awak dah terima saya seikhlas awak , saya takut nanti saya yang akan menyesal” kata sarah lagi sebelum meninggalkan rayyan di situ....

Rayyan bangun terlebih dahulu dan dia toleh ke arah sarah yang masih terlena , perlahan lahan tangan nya menyelak rambut sarah dan diselitkan di belakang telinga...

“Aku akan cuba dan harap kau dapat bersabar dengan semua ni, aku terima kau sebagai isteri tapi aku masih tk boleh nak cintakan kau lagi , aku sendiri tak tahu kenapa aku susah sangat nk terima kau” kata rayyan lalu dengan berani dia mengucup lembut dahi sarah..

“Saya akan tunggu smpi waktu nya tiba” ujar sarah dan tu buatkan rayyan agak terkejut , “bila kau bangun?”

“Masa awak main rambut saya tadi, saya akan buat awak terima saya dan cintakan saya , maaf kalau perkataan saya semalam ada buat awak rasa marah terhadap saya tapi saya cuma nk yang terbaik untuk kita” ucap sarah lalu dia memeluk pinggang rayyan..

“Kau kenapa sarah, ni pagi lagi tau tak kan la kau nak jalan kan sekrng pula” usik rayyan terus sarah lepaskan..

“Ish orang saje je nk peluk pikiran tu kotor betul la” marah sarah dan bangun dari baring nya...

***************************

“Adik akak tak boleh tunggu lama lagi la, akak takut akak akan hilang rayyan” kata kirana pada aiman..

“Akak tolong faham keadaan adik boleh tak? Apa apa hal nanti aiman bagi tahu akak” jawab aiman dan terus matikan panggilan tersebut...

“Aku kena buat sarah terima aku dulu sebelum akak balik sini, kalau tak susah aku” bisik aiman dan terus masuk ke bilik air..

Sarah sediakan pakaian rayyan ia tugas biasa yang sarah akan buat dan tak di bantah oleh rayyan , “Awak baju ni okey kan untuk hari ni?” Soal sarah pada rayyan..

“Pilih je la apa apa , aku pakai je” , “awak saya ada permintaan boleh?” Kata sarah sambil langkah ke arah rayyan...

“Apa benda kau nak?” , “saya cuma nk awak ubah kau aku tau boleh? Kata awak nak cuba kan so start pertama ubah cara panggilan tu” ujar sarah..

“Abis kau nak aku panggil apa? Monyet? Makcik?” Blas rayyan sarah terus menepuk perlahan lengan rayyan..

“Ish betul betul la , panggila sayang ke my love ke ha baru sweet” , “ehh geli la aku” tolak rayyan..

“Okey macam ni awak panggil saya sayang dan saya panggil awak abang, ini untuk permulaan kalau awak tak biasa juga terpulang la awak nak panggil apa” idea sarah dan diterima rayyan..

Sarah menyuruh rayyan tundukkan sedikit kepala nya lalu berbisik , “abang mandi dulu say nak siapkan sarapan untuk abang mandi cepat sikit ya” bisik sarah lalu mengedipkan matanya..

“Sarah kau mengada eh siap kau” jerit rayyan supaya sarah dengar... Rayyan mengelengkan kepalanya dan senyuman mekar dibibirnya ini ke perasaan bila kau dah mula angau dengn isteri sendiri...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience