KYS 40

Romance Series 26587

Rayyan sampai di melaka dengan selamat dan rayyan terus ke hotel yang dah di book oleh puteri , selesai bersihkan diri dan juga solat rayyan terus hubungi sarah...

“Assalamuailaikum , hi sayang awak buat apa? Dah makan ke?” Soal rayyan

“Waalaikumusalam , hi abang sarah dah makan ni tengh duduk dekt bilik je ni rasa penat sangat badan ni bang”

“Sorry sayang abang tak ada dekt sna untuk urutkan awak , awak pergi rehat ya ingat jangan lupa minum susu sebelum tidur ya” pesan rayyan sebelum mereka menamatkan panggilan nya...

Baru sarah nak buka pintu tegku ayuni dan pun sampai di depan bilik sarah dengan bawak cawan berisi susu , “Nah mama tahu sarah nk ke bawah buat susukan”

“Tak payah susah susah turun naik mama ada nah minum ya” kata tengku lalu bagi susu tu pada sarah...

“Terima kasih ma , susah susah je” ujar sarah dengan mencapai susu tersebut

“Tak ada susah pun la , ni pun cucu mama juga dah papa dia amanahkan mama untuk jaga sarah dengan baby ni” jawab tengku dengan menyentuh lembut perut sarah....

Sarah tersenyum rasa beruntung bila dapat mertua yang sangat menyayangi dirinya dan ambik berat tentangnya....

***************************
Hari rayyan agak busy dengan kerja nya tanpa ada pembantu di sisinya agak serabut untuk rayyan nak handle semua kerja disini.....Selesai meeting rayyan terus pergi ke cafe untuk lunch sendiri

“Rayyan hii ah tak sangka jumpa you dekt sini” kata ros bersama ariq

“Ouh hii , buat apa sini? Honeymoon again?” Soal rayyan

“No , i teman ariq dia ada kerja dekt lagipun i ni tak boleh jauh dengn dia , mana isteri you?”

“Sarah dekt Kl i tak boleh nak bawak dia sebab dia pregnant and i dekt sini pun sebab kerja je” jawab rayyan , ariq mengajak rayyan makan bersama mereka supaya rayyan tak rasa keseorangan...

“So berapa bulan? I ni yang kahwin dulu pun belum pregnant lagi tau , cepat you buat kerja ya” usik ros

“3 bulan , belum rezeki you agaknya” ucap rayyan dan mereka berbual kosong sampai la pukul 3.00 petang rayyan terpaksa beredar oleh kerana dia ada kerja lagi...

“See you later” ujar rayyan sebelum pergi dari mereka....

“Hari ni dia tak keluar la , aku dah kat depan umah dia ni dekat 4 jam masih tak ada gerak geri sarah” adu roslan pada elina

“Tak pe kau perhati je aku tak nak peluang kau terlepas faham” arah elina dan roslan mengangguk setuju....

************************
“Hi cik akak rindu si abang ke?” Tegur sofea dengan dukung tengku khalid....

“Eh akak tak ada la sarah tengk tengk cerita best ni” kata sarah , “alah awak tengk tv ke tv tengk sarah? Sarah tak call rayyan ke? Mana tahu dia tunggu panggilan dari sarah?”
“Tak kot kak , sebab dia sibuk dekt sana jadi sarah tak nak la kacau dia buat kerja” jawab sarah sambil bermain dengan khalid...

“Esok sarah scan untuk due kan? Pergi dengan siapa?” Soal sofea

“Rayyan suruh sarah pergi dengan pakcik said , kenapa kak? Akak ada nak keluar ke dengan pakcik said? Kalau ada sarah boleh drive sendiri?”

“Eh tak ada la akak tanya je , lagipun akak ni masih pantang jadi akak tk berani nak keluar takut mama marah pula” ucap sofea dngan senyuman....


Selesai makan malam sarah terus masuk ke bilik untuk berehat , “sayang mama rindu papa la humm apa papa awak buat sekrang ya?” Ujar sarah sendiri

“Mama call papa la eh , tapi takut papa busy pula” ucap sarah lagi..

Sarah buang niat nya untuk hubungi rayyan tu jauh jauh takut rayyan busy dengan kerja nya jadi sarah terus baring dan cuba lelapkan matanya....

“Mama tak boleh la macam ni , nak dengar juga suara papa” sarah terus ambik phonenya dan cuba hubungi rayyan..

Panggilan pertama rayyan tak angkat dan cuba kali kedua juga sama masih tak dijawab rayyan, “mesti papa busy dah la” sarah letak phonenya semula dan terus tidur....

*************************
Oleh kerana kepenatan rayyan tertidur semalam sehingga pagi smpi tak ingat yang dia perlu hubungi sarah semalam....

“Ya allah macam mana aku boleh lupa ni , sarah hari ni dia kan scan adeh rayyan rayyan” ujar rayyan pada dirinya sendiri dan terus hubungi sarah...

“Hello sayang , sorry pasal semalam abang penat sangat sampai tertidur semalam sorry ya sayang” kata rayyan...

“Abang tak pe sarah faham , abang pergi la buat kerja apa yang patut dulu ya sarah nk bersiap pergi klinik ni nanti apa apa sarah call abang ya , jangan lupa sarapan tau love you”

“Love you too sayang” balas rayyan dan matikan panggilan dengan senyuman rasa lega bila dengar suara sarah yang ceria...


“Pakcik said dah siap ke?” Soal sarah pada pakcik said , “Sarah boleh tunggu sekejap tak? Pakcik said kena ambik tengku kamal dulu kereta dia tiba tiba mati dekt tepi jalan pula”

“Lah yeke ? Tak pe pakcik said pergi la tengk kan abang dulu sarah boleh drive sendiri ke klinik” ujar sarah...

“Eh tak boleh la macam tu nanti tengku rayyan marah pula pada pakcik said , tengku dah arahkan pakcik hantar sarah sampai ke klinik” halang pakcik said..

“Tak pe pakcik , nanti saya yang jawab dengan tengku ya lagipun tengku kamal lagi penting sebab dia ada meeting penting hari ni dekt office , sarah drive sendiri lepas sarah pergi klinik sarah nak singgah rumah ibu” kata sarah...

Oleh kerana sarah tetap berdegil jadi pakcik said tak boleh nak halang jadi dia terus pergi ambik tengku kamal , manakala sarah pula pergi sendiri ke klinik.....

Sampai di klinik sarah terus masuk , “cantik peluang aku ni” kata roslan dan terus buat kerja nya untuk rosakkan break kereta sarah.... Selesai kerja roslan terus pergi ke keretanya bersembunyi...

“Kerja aku dah siap jangan lupa duit aku” mesej nya pada elina , “bagus aku nk kau follow dia tengk sendiri kejadian kemalangan dia tu” blas elina....

***********************
“amboi masak sedap nampak , kenapa ni?” Tanya tuan fuad

“Adik nak balik sini , lepas dia check up dia terus ke sini tu yang saya masak lauk kesukaan adik” jawab puan shila...

“Suka la awak kan adik nak balik” , “suka la bang kakak bulan depan baru balik sini saya ni rindu pada adik sejak dua menjak ni saya asyik mimpi pasal adik aje” kata puan shila..

“Ha yelah , awak masak la saya nk tengk bola” ujar tuan fuad lalu pergi ke ruang tamu...

Selesai check sarah pun masuk ke keretanya dengan senyuman alhamdulilah anaknya sihat dan kandungannya pun baik baik sahaja...

“Nanti sampai umah mama call papa ya , mama bgithu papa pasal awak ya sayang” kata sarah sendiri dengn mengusap perutnya...

Sarah balik dengan senyuman dan terus dia menuju ke rumah ibunya , sarah tekan break untuk berhenti akibat lampu merah jadi sarah perlu berhenti tapi entah kenapa break nya tak berfungsi...

Lalu terjadi la kemalangan di situ , sarah berlanggaran dengan sebuah kereta dan kereta sarah agak terus di langgar kereta tersebut.....Roslan yang turut menyaksikan kejadiaan tersebut tersenyum...

*******************************

“Awak ni pun duduk la dulu kejap lagi sarah sampai la tu awak ni pun” ujar tuan fuad , “sarah kata dia dalam perjalanan ke sini tapi kenapa sampai sekrang tak sampai lagi ni” kata puan shila dengan riak risau...

Baru tuan fuad nak membalas phone bimbit nya berbunyi dan terus tuan fuad angkat , “ya saya ayah nya kenapa ya?” Soal teluan fuad

“Ya allah baik la saya kesana sekrang” kata tuan fuad terus puan shila duduk disebelah tuan fuad , “kenapa? Apa jadi? Kakak? Adik?” Soal puan shila...

“Adik , dia kemalangan” jawab tuan fuad , “ya allah bang anak kita” mengalir air mata seorang ibu bila dapat tahu anaknya kemalangan...

Mereka sampai di hospital dan mereka di arah supaya tunggu di ruang kecemasan lalu tak lama keluarga rayyan pun sampai bersama dengan tengku kamal...

“Shila sabar ya” pujuk tengku ayuni , “macam mna kita nk bagitahu rayyan ni?” Kata tengku kamal pada mereka...

“Rayyan kena tahu sebab sarah dan juga anak dia dalam keadaan kritikal” kata tuan fuad pula , “Biar pakcik hubungi rayyan sendiri” tambah tuan fuad pula..

“Lebih baik kita tunggu keputusan doktor dulu bang” sampuk puan shila dan disetujui mereka...

**************************
“Akhirnya selesai kerja aku , 2 hari tanpa sarah rindu nya aku dengan dia” kata rayyan sendiri...

Rayyan kemas semua barang baranynya dan beberapa barang untuk sarah di beli dari melaka untuk di hadiahkan pada sarah....

“Macam mna keadaan anak saya doktor?” Tanya tuan fuad pada doktor yang baru keluar dari bilik kecemasan...

“Puan sarah mengalami koma tapi keadaan dia stabil dan beberapa luka ringan di badannya , puan sarah juga mengalami keguguran oleh kerana hentakkan yang kuat pada badannya jadi kandungan puan sarah lemah , kami akan pantau keadaan puan sarah” kata doktor shamsul...

“Anak saya akan sedar kan doktor?” Tanya puan shila , “itu semua tergantung pada puan sarah yang kita boleh buat doakan kebaikkan untuk puan sarah” jawab doktor shamsul lalu meminta diri...

“Ya allah abang macam mana ni , kalau sarah bangun mesti dia sedih dengan kehilangan anak dia bang” kata puan shila dengan tangisan...

“Semuanya dah takdir , kita kena redha” pujuk tuan fuad pula..

“Saya rasa kita boleh bagitahu rayyan dah ni” , tuan fuad mengangguk lalu keluar dari hospital untuk hubungi rayyan....

“Assalamuailaikum rayyan” ucap tuan fuad , “waalaikumusalam ayah , kenapa ayah?”

“Ayah minta kamu bertenang dah jangan panik ya , sarah dia kemalangan dan sekrang sarah koma” kata tuan fuad yang terus terang...

“Ayah jangan la main main , rayyan baru je cakap dengan sarah pagi tadi yah , tak kelakar ayah macam ni” ujar rayyan yang tak dapat menerima...

“Ya allah rayyan , benda macam ni tk boleh dibuat main kamu balik la dan terus ke hospital kami tunggu kamu di sini” kata tuan fuad...

Rayyan terus kemas kain baju nya , “no awak tk boleh tinggalkan saya sarah , saya tak sedia untuk tu” kata rayyan dengan kelam kabut mengemas...

Rayyan memandu dengan kecepatan oleh kerana dia nak kan kepastian dengan bercakapan ayah sarah tadi...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience