“Abang okey tak? Kalau tak okey biar sarah je drive?” Soal sarah yang risau dengan keadaan rayyan , “abang sarah tanya ni” ujar sarah lagi bila soalannya di abaikan..
“Boleh diam tak? Bising la” marah rayyan yang terus meninggikan suara , “Abang sarah cuma tanya je sarah risau dengan keadaan abang” kata sarah..
“Dah diam je” ucap rayyan dengan memegang kepalanya , sarah terus terdiam sampai la di office rayyan terus naik ke biliknya tanpa pedulikan sarah...
“Aku ada buat salah ke? Kenapa dia ni?” Bisik hati sarah yang hairan dengan rayyan....
Sampai je bilik rayyan terus duduk dan memegang kepalanya . kepalanya terasa berat dengan bahu yang sakit tengah urut kepala tiba tiba phone rayyan berbunyi..
“Kirana?” Soal rayyan lalu menjawab panggilan kirana , “rayyan i nk jumpa you boleh? I tahu yang you dah tahu pasal i lempang sarah jadi i nk jumpa you”m sekejap” ujar kirana..
“Jumpa i pukul 2.30 nanti” jawab rayyan lalu matikan phonenya dan sambung memecit kepalanya....
“Senang nya kalau macam ni dari dulu aku dah buat dah tk payah susah susah kejar dia , tunggu jela sarah kau akan kalah” ujar kirana dengan senyuman jahat dia...
*********************************
Tepat waktu lunch sarah masuk ke bilik rayyan untuk ajak lunch bersama , “abang jom kita lunch abang pun tadi tak sarapan kan” ajak sarah..
“Pergi la sendiri abang ada hal” tolak rayyan dengan fokus menghadap fail fail , “abang tak sarapan pagi tadi nanti perut masuk angin”
“Sarah tak faham bahasa ke? Nk suruh abang ulang berapa kali?” Tengking rayyan smpai terangkat bahu sarah bila ditengking rayyan...
Rayyan yang tersedar terus bangun dan berdiri di depan sarah yang menunduk kan kepalanya , “sayang sorry abang tk sengaja nk tengking sayang sorry sayang” pujuk rayyan lalu memeluk sarah..
“Kalau abang tak nk lunch dengan sarah bgithu la elok elok jangan nak tengking macam ni , sarah tahu abang busy maaf sebab sarah ganggu abang” kata sarah lalu melepaskan pelukan rayyan dari dirinya..
“Sayang abang btul btul tak sedar tadi sorry sayang, jom kita lunch sama eh” , “tak payah la abang buat la kerja dulu sarah lunch sorang je” balas sarah dan terus keluar dari bilik rayyan...
Rayyan meremas rambutnya entah kenapa perasaan dia asyik nk marahkan sarah saja macam tk nk rapat dengan sarah....
Rayyan tengk jam tangan sudah pukul 2.00 jadi dia terus ambik kunci kereta dan pergi ke tempat yany dia janji nk jumpa dengan kirana , bila smpi sahaja dia nampak kirana yang sudah tunggu dia...
Sarah makan sendiri di cafe yang dekat dengan office supaya senang untuk balik ke office tapi tak sangka pula dia akan jumpa dengan doktor syukri...
“Sarah hi boleh saya duduk sini?” Tegur doktor , “eh duduk la doktor” jawab sarah
“Awak sorang je ke? Mana husband awak?” , “dia ada kerja sikit tu yang saya sorng je ni doktor pula sorang ke?” Ujar sarah..
“Saya sorang je la mana ada isteri lagi masih mencari yang sesuai” kata syukri sambil menatap wajah sarah...
**********************^**********
“Rayyan thanks sebab you sudi jumpa i” ucap kirana lalu memegang tangan rayyan tpi rayyan menarik semula..
“Cakap je apa yang you nk cakap tk payah pegang pegang” , “okey macam ni i ceritakan apa yang terjadi pada i 5 tahun lalu biar you tak salah sangka pada i” ujar kirana..
“5 tahun lepas i di rogol dengan keadaan i tak sedar kan diri sebab waktu tu you pergi luar negara bersama keluar you jadi i nk happy kan diri i dengan kawan i tapi tk sangka jadi macam ni , lepas beberapa minggu i di sahkan pregnant and i buat keputusan untuk tinggalkan you sebab i tak sanggup nak hadap muka you dengan keadaan i yang kotor” cerita kirana dengan muka sedih..
“I tak ada niat pun nk pisah dengan you tpi keadaan yang memisahkan kita , i still love you rayyan so sekrng baru i bersedia untuk jumpa dengan you sebab i tahu i perlu ceritakan perkara betul ni oada you sebab i love you so much” kata kirana lagi..
“So mana budak tu sekrg? Mana lelaki yang dah buat you?” Soal rayyan , “bila i bagitahu lelaki tu yang i pregnant dia terus tinggalkan i sebab dia tk nk bertanggungjawab jadi i pindah ke dubai dengan family i , i sedih bila keluarga you batalkan contrak bersama company papa i” jawb kirana..
Kirana memegang tangan rayyan tapi kali ni rayyan hanya membiarkan sahaja , “I love you so much rayyan please bagi i peluang kedua” ujar kirana...
**************************************
Sudah seminggu perangai dingin rayyan pada sarah sampai sarah sendiri tak tahu mana silap dia pada rayyan ada aje benda tak kenal bila sarah buat...
“Abang nak ke mana? Ni dah malam dah bang” soal sarah bila tengk rayyan bersiap
“Abang sarah tanya ni?” , “eh diam la jangan nak memekak boleh tak? Rimas” marah rayyan..
“Abang tengk wajah sarah sekrng , ada benda yang abang tak puas hati ke?” Soal sarah smbil memegang kedua pipi rayyan untuk pandang ke arahnya...
“Abang sarah mohon pada abang cerita pada sarah apa sebab abang macam ni? Abang tk pernah buat sarah macam ni kenapa?”
Rayyan tengk kedua biji mata sarah perasaan benci yang muncul , “lepaslah” tepis rayyan dan buatkan badan sarah kebelakang sikit
“Abang sarah tk nk keadaan ni berlarutan , sarah tk nk kehilangan abang” kata sarah smbil menahan airmatanya
Rayyan hanya buat tidak peduli pada sarah dan terus keluar dari bilik , rayyan berjumpa dengan kirana di tempat biasa mereka jumpa selama seminggu ni..
“Kenapa lambt?” Soal kirana , “biasa la sarah tu makin lama i makin rimas dengan dia i pun tak thu la kenapa” jawab rayyan pada kirana...
“Susah susah you pisah je la dengan dia, apa guna kalau kahwin tapi ada perasaan benci tu kan” hasut kirana...
*****************************************
Setiap pagi sarah akan rasa loya dan pening dan setiap pagi tu la rayyan tiada di sisinya bila diperlukan , “kenapa ni asyik loya je” kata sarah dan terus baring di katil..
Sarah check kalendar di phonenya rasa nya bulan ni sarah datang lambat bukan macam selalu , Sarah terus ambik test pregnant di laci dan terus masuk ke biliknya...
“Nervousnya” kata sarah dan lepas test pregnant tu di meja solek lalu dia duduk di katil , cukup 3 minit sarah pergi ke meja solek dan tengk ia double line..
“Alhamdulilah” ucap sarah , “Abang sarah pregnant sepatutnya berita ni kita sambut berdua” ucap sarah terus air matanya mengalir semenjak seminggu rayyan akan keluar sebelum pukul 8 dan itu buatkan sarah selalu dihantar oleh drive...
“Pakcik boleh hantar sarah ke klinik tak?” Soal sarah , “eh boleh je kenapa ni sarah skit ke?” Soal pakcik said
“Tak la saja nk check kesihatan dah lama sarah tk check” bohong nya , sarah dihantar oleh pakcik said ke klinik dan itu klinik syukri...
“Macam mana? Betul ke saya pregnant?” Soal sarah pada syukri , “alhamdulilah awak akan jadi ibu , kandungan awak baru 3 minggu jadi saya pesan supaya awak jangan buat kerja yang berat berat ya” ujar syukri yang turut gembira walaupun hatinya sakit..
“Mana husband awak? Sepatutnya berita ni kena smbut dengn husband awak tau” , “dia busy ada meeting urgent pula tu yang saya datng sorng” bohong sarah...
*************************************
Rayyan baru masuk ke pejabat selepas bersarapan dengan kirana baru je dia duduk shafie pula masuk dengan menepuk tangan..
“Wah wah bagus ek kau , jilat balik ludah kau” kata shafie yang terasa baran..
“Apa benda kau mereka ni? Dah la baik kau keluar kalau rasa nak bebel” , “see bagus perangai kau sekrng macam mana rasa nya syok tak? Yelah sekrng kau kan dah jilat ludah kau balik untuk kirana” kata shafie..
“Jangan sibuk hal aku la shafie keluar la” marah rayyan ...
“Kau berubah rayyan serius kau berubah, apa benda yang dah rasuk kau eh smpi kau boleh breakfast dengan dia , lunch dengan dia wahh” tanya shafie...
“Dia cuma nk kawna je dengan aku tk lebih, dia sendiri tahu yang aku dah ada isteri dan dia akan jaga batas so salah ke berkawan” lawan rayyan
Sarah dengar segala percakapan mereka ini la sebab kenapa rayyan berubah dari dia ini semua disebabkan kirana...Sarah megesat airmata yang baru nak mengalir dan kuatkan diri untuk masuk ke dalam dengan senyuman..
“Sarah” kata shafie bila tengk sarah masuk , “ni fail yang perlu tengku semak sila semak dan bila tengku dah siap semak beritahu saya” ujar sarah
“Sayang awak dengar ke apa yang” belum sempat rayyan habis kan perkataannya sarah terus memotong..
“Mulai hari ni saya akan lunch sendiri dan dinner sendiri tanpa tengku jadi tk perlula tengku nak bohong saya lagi lepasni ya” ucap sarah..
“Macam ni ke awak ckp dengan suami awak sarah? Biadap awa eh” , “biadap? Habis awak tu curang tak salah ke? Opss sorry tengku ni office jadi tak payah la cakap pasal hal peribadi ya” kata sarah dan terus keluar...
Shafie memandang ke arah rayyan lalu mengeleng kepalanya dan terus keluar dari bilik rayyan , “argh kenapa dengan aku ni? Bila jauh dari sarah aku rasa rindu dengan dia tpi bila dah dekt ada je rasa nak marah” bisik rayyan sendiri...
********************************
Sarah lunch sendiri , naily ada ajak sarah untuk lunh bersamanya tpi di tolak sarah kerana tak nak mengangguk shafie dan naily lunch..
“Sorang je ke mak buyung” tegur syukri lalu duduk di hadapan sarah , “ish terkejut saya tau”
“Sorry la tak sengaja , kenapa awak mcm sedih je ni? Ada apa apa ke?” Soal syukri
“Tak ada apa cuma entah la rasa hormon ni tk menentu sekejap rasa marah sekejap rasa sedih” , “biasala orng pregnant memang macm tu okey hari ni awak makan la apa pun saya belanja ya” ucap syukri pada sarah..
Rayyan balik lewat sedikit manakala sarah sudah sampi di rumah sejak pukul 6 ptg tadi di ambik oleh pakcik said....
“Tengku dah balik? Ouh ha tadi pagi saya hantar sarah ke klinik rasanya dia tak sihat tu apa kata tengku tengk kan sarah” kata pakcik said..
“Ouh yeke ke pakcik, ha kalau macm tu saya naik dulu la ya” jawab rayyan dan terus berlari ke biliknya...
Masuk je bilik tengk sarah baru selesai solat maghrib , “Pergi la mandi lepastu solat saya nk ke bawak” kata sarah tapi ditahan oleh rayyan.
“Tak sihat kan tak payah la turun” halang rayyan , “saya sihat ke tak sihat ke awak ada kesah ke? Saya sendiri yang tanggung jadi awak tk payah sibuk”
“Susah sangat ke nk dengar cakap saya sarah? Saya cuma suruh awak rehat tu pun susah ke?” Marah rayyan dan menhempas tangan sarah..
“Perangai awak berubah, berubahan awak ni ada kena mengena dengan kirana ke? Atau awak nk balik semula ke kirana? Awak ckp dengan saya”
“Saya tak pernah berubah tpi awak tu ha , awak yang menyakitkan hati saya lepastu awak tuduh saya berubah” jawab rayyan dengan nada tinggi..
“Saya malas nk pergaduh saya penat” kata sarah dan duduk dikatil , rayyan terdiam seketika lalu duduk disebelah sarah..
“Saya cuma nk tahu awak ada apa apa ke dengan kirana? Cakap je dengan saya rayyan tak perlu nak bohong” soal sarah dan memandang tepat ke wajah rayyan..
“Saya tak ada apa apa hubungan pun dengan dia , tu je yang saya boleh cakap” blas rayyan lalu berdiri dan ambik tuala untuk mandi...
Sarah hanya mampu menahan air mata nya rasa sakit bila rayyan layan dia sebegitu rupa , “maafkan mama ya sayang mama tk boleh nk bgithu sekrng yang awak ada tpi bila tiba masanya mama akan bagitahu papa” ujar sarah sambil mengusap perutnya....
Share this novel