“Saya dah siapkan baju awak , saya turun bawah dulu” kata sarah tanpa memandang rayyan yang hanya memakai tuala paras pinggang..
“Hari ni bawak kereta sendiri , aku tak pergi office hari ni ada kerja luar” ucap rayyan sebelum sarah keluar dari bilik...
“Kereta apa saya nk bawak? Kereta sayakan dekat umah ibu lagi?” Soalnya , “bawak la kereta BMW aku tu aku boleh bawak kereta lain” jawab rayyan..
“Akak dengan abang dah nak balik landon ke?” Tanya sarah pada mereka yang sibuk angkat beg ke bawah , “haah abang ada banyak urusan lagi dekat sana insha allah nanti kami blik la sini lagi” jawab sofea..
“Mama hati hati tau jangan buat kerja berat berat jaga kesihatan apa apa bgitahu sofea ya” pesan nya pada tengku ayuni , tengku mengangguk faham sofea memang menantu yang baik dah selalu ingatkan tengku tentang kesihatan...
“Mama dah ada menantu dekat sini jadi sofea tak payah risau sangat ya” ujar tengku lalu memandang wajah sarah...
Selesai kamal letakkan beg di bonet mereka pun berangkat di hantar oleh pakcik said drive mereka yang dah lama kerja dengan keluarga tengku adha..
***************************
“Bosan nya bang tak ada anak anak” keluh puan shila , “nak buat macam mna masing masing dah berkahwin kena la ikut suami awak oii” jawab tuan fuad pula...
“Along dekat sabah adik pula dekat rumah mertua humm saya rindu dengan diorng la bang” , “kalau rindu call lah kan ada telefon tu ha call whatsapp pun boleh” ujar tuan fuad...
Sarah sampai di office dan ramai mata yang memandang padanya ini mungkin sebab dia bawak kereta milik rayyan....
“Kahwin dengan tengku sebab harta la tu seronok la dia kan hidup senang lenang je” bisik staff sesama sendiri tapi sarah mendengar nya..
“Nak hidup senang ambik jalan singkat apa la agaknya dia buat pada tengku kan sampai tengku nk kahwin dengn dia ni” bisik staff lain pula..
Sarah agak sakit hati dengar apa yang mereka kata tentang dirinya tapi apa daya dia tak mampu nk tutup mulut busuk yang ada di office rayyan jadi dia mengabaikan setiap perkataan yang dia dengar walaupun menyakitkan...
“Sarah kau tak marah ke dengan diorng? Sedap mulut je cakp macam tu eh diorng tu siapa nk mengata bini boss ha” marah naily...
“Aku malas la naily nanti bila aku marah diorng kata aku ni guna kuasa pula , baik aku diam je nanti diorng penat berhenti la nanti” jawab sarah...
naily pula mengelengkan kepala sahaja , sarah terlalu baik sampai tak nak ambik tindakkan pada mereka yang kata tidak baik tentang sarah...
“Eh shafie awak bukan ke ikut rayyan hari ni?” Soal sarah pada shafie yang lalu di tempatnya , “memang saya nk pergi ikut pun saya kena drive pergi ke tempat dia sendiri ni ha” ujar shafie..
“Jangan lupa lunch nanti ya pesan dengan rayyan sekli” pesannya diterima shafie , “untung kau rayyan dpat bini yang caring pasal kau tpi kau pula buat tak tahu humm” bsik shafie sendiri...
Waktu dalam lift shafie terdengar ada 2 orang perempuan mengata tentang sarah , “aku rasa sarah tu tak sayang pun dengan tengku dia nak kan harta je tu” kata nya..
“Yelah kau tengk hari ni dia bawak kereta BMW milik tengku pula tu senang hidup dia kan , ke diorng ni kahwin bukan sebab cinta ha kita mana la tahu kan?” Tambah yang lain pula...
Shafie pusingkan badan ke arah mereka , mereka yang nampak shafie ada disitu terus menundukkan kepada...
“Kalau rasa nak kerja sini lama baik jaga mulut tu jangan sibuk hal orang lain, yang korang kutuk tu bini boss tau ni kalau boss dengar habis korang” kata shafie dan smpi di tempat yang shafie nk turun terus dia keluar lift...
*********************************
“Encik aiman hujung minggu ni encik aiman ada event dengan orang penting” , “Tengku rayyan ada ke?” Soal aiman sebelum qis menghabiskan ayatnya..
“Ada encik aiman , tengku rayyan ada lah orang yang pertama di jemput ke event tu kenapa ya ada apa apa encik aiman nak saya buat ke?” Soal qis..
“Ha tak ada apa saya cuma tanya je sebab dah lama tak jumpa tengku rayyan” , “tak silap saya nama sarah adila turut ada dalam senarai event tu” tambah qis lagi...
Qis sebut je nama sarah terbit senyuman di bibir aiman , “okey qis awak boleh keluar” arahnya ....
Selesai meeting dengan beberapa orang penting rayyan dengn shafie pun pergi ke cafe berdekatan tempat meeting seterusnya sambil mereka makan lunch...
“Sarah ada pesan dengan aku suruh kau lunch jangan tak lunch pula sakit siapa susah” kata shafie sambil menjamu selera..
“Kau jumpa dia ke?” Soal rayyan , “Waktu aku nk keluar office aku lalu tempat dia ha time tu la dia tegur aku untuk ingatkan kau”..
“Humm lagi satu aku nak cakap yang kesian dengan sarah , sebab dia jadi topik hangat office kita tau” ucap shafie buatkan rayyan berkerut dahi...
“Topik hangat? Asal? Aku tak fham la?” Soal rayyan.
“Topik hangat sebab staff yang lain syak sarah kahwin dengn kau sebab harta dan sarah ada guna guna kan kau untuk kesenangan dia sendiri , aku bukan nak kau ambik tindakkan pada siapa yang kutuk sarah aku cuma nk kau buat satu benda yang buatkan staff kau berhenti kata buruk pasal sarah” cerita nya...
“Aku yakin sarah tu adalah jodoh kau , terbaik untuk kau dan aku cuma minta kau hargai sarah tu sebelum terlambat” pesan shafie lagi...
“Aku cuba” jawab rayyan singkat , “Hum kau dengan sarah kena pergi event hujung minggu ni kan? Kau dah bagitahu sarah?”..
“Belum lagi , tak pe nanti malam aku bagitahu dia hal ni” , “aku dengar aiman adik kirana pun ada sekali waktu event tu so aku harap kau tenangkan diri kau waktu tu ya jangan jatuh kan air muka sendiri” pesan shafie terlebih dahulu....
Shafie tahu sangat yang rayyan memang anti bila berjumpa dengan ahli keluarga kirana dengan apa yang kirana buat itu buatkan rayyan tak suka dengan keluarga kirana...
Rayyan balik tepat pada pukul 9.00 dan rumah agak sunyi sebab abang kamal dah pun balik landon jadi rumah agak sunyi...
“Awak dah balik? Nak makan tak saya siap kan?” Tegur sarah yang baru keluar dari dapur menuju ke rayyan...
“Aku dah makan dekat luar” jawab nya lalu sarah ambik beg dan mereka sama sama naik ke bilik , “hujung minggu ada event dan aku nk kau ikut sekli sebab kau pun tersenarai dalam tu” ujar rayyan..
“Perlu ke saya ikut? Kenapa saya tersenarai pula saya ni bukan siapa siapa pun la” kata sarah dengan buka pintu bilik mereka..
“Kau memang bukan siapa siapa tpi kau tu menantu tengku adha dan isteri kepada tengku rayyan jadi kau kena hadir , isteri isteri diorng pun datang juga bukan kau sorang je event ni sahaja di buat dengan orang ternama” blas rayyan...
“Saya tak ada baju la , so saya tk nk ikut oke” , “kau ni degil snagt kenapa? Baju tak payah la risau nanti aku suruh puteri settle kan” ujar rayyan lalu masuk ke toilet..
“Argg tak suka laaaaa tak nakk” bisik sarah sendiri dengan buat muka mengada....
*******************************
Hari ni sarah dan rayyan naik satu kereta ni pun disebabkan rayyan yang suruh kalau tak mereka berasingan juga....Sampai je office rayyan terus bawak sarah ke biliknya lalu menyuruh puteri untuk masuk ke biliknya...
“Puteri saya nk awak carikan baju untuk sarah , and buatlah apa yang patut untuk dia yang penting tip top” kata rayyan pada puteri..
“Sekrang ke tengku?” , “besok puteri, apa punya soalan la awak ni sekrg la lusa saya kena pergi event tu kan” blas rayyan terus tersengih puteri...
Puteri bawakk sarah ke mall puteri belikan macam macam untuk sarah dan upah rambut sarah pergi ke spa untuk wajah sarah dan macam macam lagi untuk sarah..
“Penat la puteri , aku tk suka la macam ni pening” adu sarah , “kau tu isteri tengku memang la kena tip top sikit nanti kalau dekat sna mesti kau akan jumpa yang lagi lawa dan yang paling over tau” kata puteri..
“Puteri ni dah banyak la ni semua ni bukan aku pakai pun la dah la balik office aku penat” ajak sarah...
“Ehh kau tak payah balik office kau terus balik sebab ni arahan dari suami kau so kau blik dengan pakcik said aku balik dengan kereta aku sendiri okey dah jom” puteri terus menarik lengan sarah untuk keluar dari mall...
“Banyak shopping ni sarah ada apa apa ke?” Tanya pakcik said , “saya tak thu la pakcik ni semua sebab rayyan la dia suruh pa dia make over saya” blas sarah..
“Sejak rayyan kahwin dengan sarah pakcik dapat rasa berubahan rayyan , dulu dia jenis yang susah untuk di ajak bual tapi sekrng pakcik rasa dia makin ramah mungkin sebab sarah dah berjaya buat rayyan kembali ke rayyan yang kama dahulu” ucap pakcik said..
“Pakcik tahu ke kisah lama dia dulu? Cuba pakcik cerita apa sebenarnya?” , “pakcik tak nak la buka aib tengku rayyan baik sarah tanya sendiri pada suami ya” pesan nya...
Sarah makin bersemangat nak tahu siapa perempuan yang buat rayyan macm tu smpi rayyan anggap semua perempuan sama dan susah untuk menerima dia di dalam hati rayyan...
Share this novel