Rate

BAB 66 - DIMANA INAS?

Romance Completed 454604

Sampailah mereka di perkarangan Hotel.. Raif memakirkan kereta yang dipandunya di dalam petak khas yang disediakan.. atas arahan daripada Hamzi.

Di dalam hotel di kaunter penyambut tetamu, ada dua wanita berpakaian kemas berwarna merah hati menjenguk ke arah pakir kereta yang baru diisi oleh kereta silver berjenama buatan luar negara.

''eh! siapa yang paking kereta dekat tempat VVIP tu..? '' tanya wanita yang bertubuh kecil molek memandang ke arah kereta berwarna perak .. Lambang kereta itu turut diperhatikannya..

''mana?..'' menjenguk pula sahabatnya yang ada berdiri disampingnya..

Keluarlah Hamzi dari sebelah pemandu.. Manakala di sebelah pintu pemandu ada Raif.. Hamzi melemparkan pad ais yang tadinya ditempelkan di wajahnya kedalam kereta..

''tuan tu!'' sahabatnya menyiku rakan kerjanya yang masih tetap dengan posisi mengintai ke arah dua lelaki itu..

''hah! Tuan?'' katanya cemas.. Cepat-cepat dia menarik pakaiannya kembali kemas terletak di tubuhnya..

''bukan ke Jamie kata, tuan Hamzi ada datang tadi..'' kata si gadis yang bertubuh kecil itu.

''biarlah hotel dia.. Suka hati dia lah nak datang berapa kali pun.. Betul tak?'' kata sahabatnya..

'' betul jugak tu.. '' mengangguk setuju gadis itu.

''siap-siap! jangan ada yang salah yang datang dari kita..'' kawannya memperingati lagi..

Hamzi dan Raif yang sedang berjalan menuju ke kaunter penyambut tetamu dipandang oleh dua gadis itu.. Sebaik saja Hamzi ada di kaunter mereka sama-sama menunduk hormat dengan sopan kepada Hamzi dan juga Raif..

''selamat datang.. Tuan hamzi..'' tegur mereka mesra bersamaan.

''kenalkan ni Tuan Raif Althaf..'' kata Hamzi sambil menunjukkan tangannya ke arah Raif yang ada disampingnya..

''selamat datang .. Tuan Raif Althaf..'' sekali lagi dua gadis itu mengucapkan kata aluan buat Raif pula.. Raif sekadar mengangguk.. Kemudian melihat ke arah Hamzi semula.

Hamzi mengangguk lalu berlalu pergi.. Menghayun kan langkahnya ke arah koridor luas itu menuju ke lif.. Di ikuti oleh Raif di belakangnya..

''tuan apa tadi?'' tanya gadis yang bertubuh kecil molek itu.. Berbisik kepada kesahabatnya..

''tuan Raif.. Raif Althaf..'' jawap sahabatnya..

''ohhhhh.. Tu lah tuan Raif Althaf .. Pertama kali tengok muka dia.. Boleh tahan..'' pujinya.. Terpikat dengan raut wajah Raif..

''laki orang lah tu.. Bini dia ada dekat atas.. Dekat penthouse .. Berani lah kau nak kacau hak orang tu.. Tempah kubur sendiri namanya tu..'' balas sahabatnya.

''alamak.. Melepas.. Ingatkan single mingle tadi.. Baru nak pasang angan-angan.. Kenapa semuanya yang elok mata memandang sudah jadi milik orang....'' keluhnya.. Wajah yang tadinya manis bagaikan madu betukar menjadi pahit umpama hempedu.

''itulah.. Nak berangan tu boleh.. Tapi jangan berangan tinggi sangat.. Takut jatuh.. Makan diri...'' tegur kawannya.

''salah tu..''potong nya dengan pantas..

''salah?'' tanya sahabatnya..

''berangan biarlah tinggi sama seperti bermimpi.. Setinggi langit.. Kalau kamu jatuhhhhh.. Itu bererti.....''

''tidurnya kurang ketengah..''

''sebab tu lah jatuh katil..'' ketawa gadis itu, kerana dapat mengenakan sahabatnya yang dari tadi sedang fokus kepadanya.. Menunggu setiap bait kata yang bakal dikatakan olehnya..

''hantu betul..! Aku ingat betul lah tadi.. Rupanya pepatah mengarut juga yang keluar dari mulut kau.. Malas aku nak melayan kau.. Tak pasal pasal bagi aku marah je pagi-pagi ni..'' bebel sahabatnya..

''alah.. Jangan lah marah..'' pujuk nya..belakang tubuh sahabatnya digosok-gosok meminta maaf..

Kini sampailah Hamzi dan Raif ke tingkat yang paling tinggi di aras hotel tersebut.. Hamzi yang sememangnya sudah mengambil kad sentuh untuk masuk ke bilik khas itu tadi pagi mengeluarkan kad sentuh itu dari poket seluarnya..

Tit..tit.. Pintu utama sudah merenggang dan terbuka dengan sendiri..

''masuklah..''

''abang tunggu disana.. '' kata Hamzi menunjuk ke satu arah yang ada balkoni ..

''okay.. Terima kasih abang..'' ucap Raif.. Dia baru tersedar yang dari tadi dia belum mengucapkan terima kasih kepada Hamzi kerana telah membawa Inas kesini dengan selamat..

''it's okey.. Don't mention it.. Pergilah pujuk dia.. Jangan nak sambung bergaduh pula dalam tu.. Tempat ni tinggi tau..!'' usik Hamzi menepuk bahu Raif.. Lalu, menolak Raif untuk masuk kedalam..

Sebaik melihat Raif masuk kedalam .. Dia berjalan ke arah yang dia tunjukkan tadi.. Sambil mengeluarkan sebatang rokok.. Lalu diselitkan di celah bibirnya..

''haish! Rumah tangga mana yang tak berselisihan faham manja..! Semuanya macam tu... '' hujung rokok di nyala kan..

'satu masalah dah selesai.. Sekarang satu lagi masalah besar.. Mama!'

Raif masuk kedalam .. Melangkah dengan senyap tanpa ada sedikit pun bunyi yang dihasilkan oleh langkah kakinya... Matanya meliar melihat segenap ruangan yang ada terbentang di hadapannya..

Satu ruangan yang luas terbuka tanpa ada dinding pun di ruangan itu.. Melainkan dinding kaca yang memisahkan ruang itu dengan ruang mandi..bilik air. Kakinya di hayun lagi bila matanya belum lagi melihat kelibat insan yang dicarinya..

''manis..'' akhirnya Raif bersuara memanggil Inas.

Ruangan itu sunyi sepi .. Insan yang diseru namanya tidak juga menyahut panggilan darinya..

''manis..''

''manis..''

''manis..''

''Inas Auliya..''

Dari ke nama gelarannya bertukar ke nama asal yang diberikan oleh kedua orang tuanya.. Pemilik nama itu, tidak juga menyahut panggilan itu..

Plak.. Pintu utama ditolak kasar.. Raif keluar dari situ.. Berpaling lah dia ke kiri dan kanan... Mencari Hamzi..

''ABANG!!''

''oiit!'' tersentak Hamzi yang sedang asyik melayan perasaan sambil menikmati menyedut asap rokoknya..

''kenapa ni?'' dia berpaling melihat ke arah Raif yang sedang berjalan bagaikan berlari ke arahnya..

''abang kata Inas ada didalam.. Tapi didalam tu kosong..!'' kata Raif.

''kosong?!'' membulat mata hamzi.. Tak percaya dengan apa yang baru dikatakan oleh Raif tadi.

''mana boleh kosong.. Abang sendiri yang bawa dia kesini pagi tadi..'' rokok yang masih bersisa itu di tekan ke atas tanah di mana ada pokok berpasu disitu..

''tapi bilik tu kosong..'' ulang Raif.

''mustahil!''

Berlari mereka berdua ke arah pintu bilik itu.. Pintu itu ditarik.. Tapi pintu itu sudah sedia terkunci secara automatik..

Titt..titt..

Sekali lagi kad itu disentuh.. Sebaik pintu itu merenggang.. Hamzi terus merempuh masuk kedalam.. Bersama dengan Raif .

'' tengok ni.. Pinggan ni.. Ini buktinya yang abang ada bawa Inas kesini..'' kata Hamzi menunjuk ke arah pinggan yang sudah siap di basuh terletak elok di meja bulat..

''ke mana pula dia pergi ni?'' Hamzi berjalan di sekitar ruangan itu..

''tak payah cari abang.. Dia memang tak ada.. manja dah cari dekat semua tempat.. Tapi Inas tak ada..'' kata Raif.

''dia.. Mungkin balik ke rumah keluarga dia..'' teka Hamzi..

''ya-ya!'' Hamzi memetik jarinya beberapa kali..

''sebab dia awalnya kata nak balik ke rumah keluarga dia.. Mungkin dia balik ke sana..'' kata Hamzi menyokong kata dari asal tekaannya..

''Raif nak kesana..''

''jomlah kita kesana..'' sokong Hamzi. Berjalan keluar mereka dari situ bersama-sama..

''manja ada cuba call Inas ?'' tanya Hamzi sambil menekan tombol lif untuk turun ke bawah..

''dah.. Manja dah call banyak kali.. Tapi dia tutup..'' balas Raif..

''padanlah.. Manja selalu buli dia.. Tengok sampai dia tutup phone.. Lepas ni.. Inas akan block no manja.. Tak percaya tengoklah..'' kata Hamzi dengan yakinnya..

''kenapa perlu block nombor manja?'' tanya Raif tak puas hati.. Mereka berdua melangkah masuk kedalam kotak lif..

''memang selalu macam tu..'' balas Hamzi..

''selalu macam tu? Cakap macam abang berpengalaman je?'' tanya Raif..

''biasalah semua tu.. Lepas block nombor.. Dia akan balik rumah keluarga dia.. Lepas tu, apa lagi.. Mula lah sesi pujuk memujuk.. Siaplah manja lepas ni.. Selamat masuk kedalam alam perkahwinan.. Selamat tadah telinga manja nanti..'' usik Hamzi..

''manja harap dia ada di rumah orang tua dia..'' kata Raif sambil melihat arah lampu L.E.D yang sedang menyala menandakan lantai aras kedudukan mereka.

''insya Allah .. Inas ada disana..'' kata Hamzi.

Keluar mereka dari kotak lif itu terus saja mereka berjalan dengan pantas melewati lobi utama hotel tersebut. Pekerja yang sedang memberi tunduk hormat kepada dua lelaki itu sekadar dibiarkan begitu saja.. Terus saja dua lelaki itu berjalan ke arah pakir kereta VVIP yang ada dekat dengan ruang masuk ke pintu hotel tersebut.. Mengaum enjin kereta itu sebaik saja dihidupkan .. Terus bergerak meninggalkan perkarangan hotel..

Kereta yang dipandu Raif mula membelah jalan.. Memasuki jalan utama terus pulang ke kampung.. Bagaikan jalan itu miliknya seorang .. Tanpa mengira had laju yang ditetapkan oleh undang-undang lagi.. Raif menginjak pedal minyak memandu mengikut sesuka hatinya.. Hamzi yang ada di sebelah sekadar duduk santai memegang pad ais yang sudah tak sesejuk tadi..

Melayang berterbangan daun-daun kering sebaik Raif membelok masuk selekoh untuk menuju ke rumah orang tua Inas.. Sebaik sampai.. Raif dan Hamzi saling berpandangan.. Kerana pagar besi lusuh itu masih utuh berantai dan diloketkan satu mangga berwarna tembaga di hadapan mereka.

'ke mana Inas pergi?' dahi Raif jatuh lemah diatas stering kereta.. Sakit memikirkan keberadaan isterinya di mana..

Alhamdulillah.. Selesai untuk harini.. Terima kasih para pembaca yabg disayangi.. Muaahhh muahh muaahhh.. Terima kasih sudi luangkan masa baca MANJA.. Love you all...... InshaAllah esok kita sambung lagi.. (^_-)

Share this novel

K Monalissa
2020-11-05 16:36:15 

hye dear... boleh sambung chapter tk

Durra shuhada
2020-11-04 21:07:40 

Suatu penyeksaan nk tggu esokk... Huawwaaaa... Tq update


NovelPlus Premium

The best ads free experience