SIAPA YANG HULUR SPANAR TU? [2]

Horror & Thriller Completed 1482

Cutter!” jerit Rizman lagi. Sekali lagi tangan halus tadi perlahan menghulurkan cutter kepada Rizman. “Bagi cutter besar! Aku taknak cutter ni!” jerit Rizman.

Senyap. Lama Rizman menunggu. “Oi! Cepat bagi aku cutter besar!” jerit Rizman. Senyap lagi. Tiada yang menyahut atau menghulurkan peralatan yang diminta.

Aku tiba di tempat hisap rokok dalam keadaan riuh rendah dengan suara ketawa mereka bercerita. Aku memerhatikan mereka seorang demi seorang.

“Eh, lama dah ke kamu semua kat sini?” tanya aku.

“Lama tu tak lama jugalah. Kenapa?” jawab Sudin.

“Rizman mana?” tegur aku setelah melihat kelibat Rizman tiada di situ.

“Oi! Man masih kat dalam tangki minyak!” jerit Sudin. kemudian, barulah kami semua tersedar yang Rizman telah ditinggalkan di dalam tangki minyak tanpa memberitahu kami mahu rehat.

Masing-masing bangun dan ingin masuk kembali ke hangar. Yalah, takut juga kalau terjadi apa-apa. Kes naya dibuatnya. Baru sahaja kami mahu melangkah, kelihatan satu kelibat menuju ke arah kami.

“Oi lahanat! Pergi rehat diam-diam, tak bagitau aku!” jerit Rizman. Masing-masing memohon maaf kepadanya sebab terlupa.

Macam mana mereka boleh terlupa pun aku sendiri tidak tahu. “Kalau kau orang semua ada kat sini? Dah siapa pulak yang tolong bagi peralatan kat aku tadi?!” tanya Rizman kepada kami.

“Apa kau cakap ni Man?” tanya aku. Dan Rizman pun terus bercerita tentang apa yang telah berlaku sebentar tadi.

Cerita yang memang menaikkan bulu tengkuk kami semua. Lebih-lebih lagi ketika itu waktu sudah hampir menginjak ke pukul tiga pagi.

Sejak dari hari itu, kami berazam tidak akan tinggalkan sesiapa yang berada di dalam tangki minyak. Tentang siapa yang menghulurkan peralatan kepada Rizman?

Ia masih kekal misteri sehingga hari ini. Yang lebih misterinya misteri tahu pulak ‘dia’, peralatan apa yang diminta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience