LEGENDA KAPTEN JOHN [2]

Horror & Thriller Completed 1482

Ada sekali tu, sorang member aku cerita yang dia pernah sekali terserempak dengan Kapten John semasa tengah bertugas sebagai sentri malam. Pada masa itu die belum tamat latihan rekrut di Port Dickson.

Masa awal-awal dia sentri tu semuanya ok saja. Tapi tidak lama selepas itu, dia pun rasa bosan sebab dia sorang-sorang je kena jadi sentri pada malam itu.

Untuk hilangkan rasa bosan itu, dia pun hisaplah sebatang rokok. Untuk mengelakkan dari kantoi merokok dalam kem dengan jurulatih, member aku ni pun pergi la panjat ke atas bumbung dan lepak kat tepi tangki air. Tengah syok layan asap rokok tiba-tiba terdengar bunyi tapak kasut kat belakang dia.

Pada mulanya, dia ingatkan buddy bilik yang datang cari dia sebab nak join hisap rokok sekali. Sekali dia menoleh ke belakang, tengok-tengok bukan buddy dia tapi orang takda kepala!!!

Apalagi, member aku pun terus bukak langkah seribu. Macam mana die boleh sampai kat bilik pun dia sendiri tak ingat. Lepas itu member aku demam.

Satu lagi cerita ialah pasal buddy skot aku yang bernama Khairizal. Khairizal ni pernah terjumpa Kapten John masa baru lepas escort seorang pegawai graduan yang baru habis duty ke bilik. Pada masa itu kami masih dalam Basic Junior Officer Course.

Pada malam kejadian, tiba-tiba je pegawai graduan tu ketuk pintu bilik member aku ni dan meminta untuk temankan dia balik ke penempatan senior.

Member aku pun takdalah hairan sangat, mungkin sebab pegawai tu perempuan, jadi member aku pun ok je la untuk temankan dia balik.

Sepanjang perjalanan itu, pegawai graduan perempuan itu langsung tidak bersuara sedikit pun. Padahal perempuan itu sebenarnya memang jenis mulut kepoh.

Lepas selamat hantar pegawai graduan tu, member aku pun balik la ke Cadet Mess atau OUT 3. Jauh jugakla jarak dari OUT 1 ke OUT 3 tu.

Terpaksa lalu blok OUT 2 yang kosong (penempatan pegawai kadet kanan) sebab penghuninya pergi latihan laut dan kena lalu bangunan pengurusan.

Si Khairizal ni membuat keputusan untuk lalu di padang kawad kerana kat situ terang sikit. Semasa turun dari tangga menuju ke padang kawad tu, dia sempat tengok jam. Waktu itu menunjukkan lebih kurang pukul 1.30 pagi.

Apabila dia pandang ke depan semula, haa tu dia!!! Ada seseorang yang tengah terpacak berdiri berdekatan tiang bendera dalam keadaan tabik hormat, lengkap dengan baju nombor satu berwarna putih.

Pada mulanya member aku ingat skot-skot aku jugak yang kena buli atau kena taji dengan senior. Tapi apabila semakin dekat, barulah member aku perasan yang orang itu tidak ada kepala.

Apalagi, tanpa membuang masa angkat langkah seribu la. Keesokan harinya, kecohlah jugak cerita itu.

Lepas kecoh cerita tu, barulah pegawai graduan tu pun bukak cerita kenapa dia minta member aku tu temankan dia balik ke blok OUT 1. Mase dia habis bertugas lebih kurang pukul 12.30 malam, dia pun bersiap-siap la nak balik ke bilik.

Masa lalu di tengah padang kawad tu, dia dah ternampak ada seorang lelaki duduk kat tepi tangga. Dia ingat ada Leftenan Muda tengah tuang duty. Kemudian, dia perasan mamat tu tidak ada kepala. Jadi dia pun ke belakang pusing, cepat lari!!!

Ade banyak lagi sebenranya cerita pasal Kapten John ni. Paling kelakar yang aku pernah dengar ialah kalau tak gantung kelambu, sedar-sedar esok pagi dah ada kat tengah padang kawad atau padang bola.

Pengalaman aku pula, aku sendiri tak pernah jumpa dengan Kapten John ni. Tapi masa aku pergi ke Kem Tebrau, Johor Bahru ada lah satu malam tu aku terdengar bunyi tapak kasut orang tengah berjalan.

Bayangkanlah pukul 2 pagi waktu tu, tiba-tiba boleh pulak dengar orang berjalan. Terus aku berpeluh-peluh. Lepas tu bunyi tu boleh berhenti betul-betul depan katil aku.

Memang lagi lah mencurah-curah peluh aku. Aku pun bacalah ayat Kursi berulang-ulang kali. Sedar-sedar dah azan subuh. Nasib aku baik agaknya.

Lagi satu, yang aku dengar Kapten John ni cukup pantang kalau ada orang simpan telur rebus kat dalam loker. Pasti kena haruk satu bilik. Silap haribulan, boleh terbang loker dibuatnya.

Dia mengamuk sebab tak sempat nak makan telur rebus terakhir dia kot.

Tentang siapa sebenarnya Kapten John, aku pun tidak berapa pasti sangat la. Setakat itu saja la cerita yang dapat aku kongsi pasal lagenda Kapten John yang menghantui kem-kem tentera.

Kredit kepada penulis asal cerita ini iaitu Razmanosaurex.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience