PENGALAMAN SERAM DI ISTANA BILLAH, PAPAN, PERAK

Horror & Thriller Completed 1482

Aku nak ceritakan tentang pengalaman seram aku pasal Istana Billah ni. Masa diploma dulu, aku pernah datang ke Istana Billah tapi waktu tu aku langsung tak tahu bahawa istana ini berhantu. Nama Istana Billah ni pun aku tak pernah dengar langsung masa tu. Kiranya memang naif sangat-sangat la.

Aku dengan kawan-kawan aku, seramai 7 orang semuanya datang ke istani ni selepas terjebak dengan kata-kata seorang kawan aku ni. Syawal nama dia. Pada masa tu kami kena buat kajian tentang rumah melayu lama (ukiran, corak dan seni bina).

Sebelum tu, biarlah aku perkenalkan nama kami semua tapi nama samaran je lah. Lelaki 4 orang, termasuk aku (Qushairi), Suhaimi, Erman dan Wan. 3 orang lagi tu pelajar perempuan, Habibi, Nana dan Anizah.

Masa ni kami kena buat tugasan berkumpulan. Pada asalnya kami nak ke negeri Melaka atau Pahang tapi dah ada kumpulan lain yang dah ke sana, jadi kami pun pilih la negeri Perak. Kebetulan pulak rumah makcik Anizah ni ada kat Perak.

Cadangannya boleh la risik-risik ngan makcik Anizah ni rumah yang best-best kat sana untuk wat kajian ni nanti. Tapi sayangnya masa kami sampai kat rumah makcik Anizah, dia nak kenaoutstation pulak. Dengan kebenaran makcik Anizah, kami tinggal la kat rumah dia sementara nak buat kajian tu.

Dipendekkan cerita, kami tak sempat pun nak tanya makcik Anizah tentang rumah yang cantik atau best kat sana. Seingat aku, masa kami datang ke rumah dia tu, tengah cuti.

Selepas berbincang, kami satu kumpulan ni sebulat suara naik van nak ke rumah yang si Syawal kata “best” tu. Rumah yang dia maksudkan itu adalah Istana Billah.

Hampir sejam selepas brpusing-pusing kat kawasan Papan, Perak, akhirnya kami jumpa jugak tempat yang Syawal maksudkan tu. Masa sampai tu dalam pukul 10 pagi kalau tak silap aku.

Jalan nak masuk ke tempat tu memang terpencil sikit tapi yang aku ingat lagi, cuma ada satu sahaja rumah melayu kat situ. Yang lain semuanya rumah cina.

Untuk masuk kawasan Istana Bilah tu pulak kami kena lalu pagar. Masa kami sampai tu, pagar itu tak berkunci, jadi kami redah aje la masuk. Sampai saja kat sana, si Suhaimi yang bawak van terus parking.

Lepas tu, kami semua pun keluarlah dari van. Masa mula-mula tengok tempat tu aku dah rasa lain macam, seram sejuk je badan aku. Pastu boleh la pulak kat dinding pagar tu tulis perkataan Istana Bilah.

Suhaimi yang terbaca tulisan tu terus naik angin. Sebabnya dia kata kami semua dah kena kencing ngan Syawal. Aku pun tanya lah kenapa.

Kemudian, dia cakap lah yang kami ni sepatutnya kaji pasal rumah melayu lama dan yang ada kat depan kami sekarang ni ialah istana dan bukannya rumah!!

Bila aku fikir-fikirkan balik, betul jugak cakap si Suhaimi ni. Habibi masa tu cuba untuk tenangkan keadaan. Alang-alang kami dah pun sampai di sini, Erman mencadangkan supaya kami masuk ke dalam untuk melihat-lihat keadaan istana itu.

Suhaimi, Wan dan Erman terus bergerak nak masuk ke dalam istana tu manakala aku, Habibi dan Anizah menyusul di belakang. Tiba-tiba aku perasan yang si Nana tak ikut sekali.

Aku pun suruh la Habibi panggil si Nana ni yang masa tu masih lagi duduk kat dalam van. Tapi tiba-tiba Habibi menjerit panggil aku.

Mendengar jeritan Habibi, aku pun terus pergi kat tempat dia berdiri berdekatan dengan van. Kemudian, aku ternampak si Nana masa tu dah diam semacam sambil mulutnya terkumat-kamit seperti tengah membaca sesuatu.

Mata dia pula terbeliak merah. Aku cuba buka pintu van tetapi ia dikunci dari dalam.

Masa ni aku betul-betul dah mula rasa cuak sebabnya aku tahu ada benda lain dalam badan Nana ni. Dengan semangat yang ada, aku baca 3 QUL.

Betul-betul lepas aku habis baca 3 KUL ni, si Nana terus berlari keluar dari van dan terus berlari menuju ke belakang istana tu. Kami cuba tangkap dia tapi tak dapat.

Aku panggil semua budak group aku balik. Aku menceritakan apa yang dah terjadi kat Nana. Aku, Suhaimi, Wan dan Erman akan cuba cari si Nana.

Manakala Anizah dan Habibi pula, diminta untuk tinggal kat van sebab kebetulan pula masa tu mereka berdua tengah ‘datang bulan’. Sebelum pergi, aku pesan kat mereka supaya buka tape yassin dan mengaji kuat-kuat.

Apabila sampai kat depan istana tu, tiba-tiba kami terdengar bunyi bising kat tingkat atas. Tanpa membuang masa, Suhaimi, Wan dan Erman terus redah naik ke tingkat atas. Aku ni sebenarnya penakut sikit, jadi aku tinggal aje la kat bawah.

Semasa semua kawan aku dah naik atas tu, tiba-tiba aku ternampak Nana tengah berdiri di sebelah tiang dan betul-betul pandang tepat kat muka aku.

Memang berderau habis jantung aku masa tu. Dan kebetulan pulak aku ternampak Suhaimi tengah dukung Nana turun dari tangga.

Aku jadi bertambah cuak sebab aku nampak ada dua Nana, satu yang kawan aku tengah dukung dan satu lagi yang kat tepi tiangtu. Tanpa mempedulikan Nana yang berdiri kat tiang tu, aku terus pergi ke arah kawan-kawan aku.

Dan yang lagi “best”nya, kami masih lagi dapat dengar bunyi bising kat tingkat atas tu masa kami nak gerak dari situ. Aku tak gitau pun kawan-kawan aku yang aku nampak dua Nana tapi aku sempat lagi menoleh ke arah tiang tu masa nak blah, dan “dia” masih lagi ada di situ.

BERSAMBUNG..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience