SIAPA YANG HULUR SPANAR TU?

Horror & Thriller Completed 1482

Malam itu, kami berlapan ditugas untuk bekerja pada syif malam. Kebetulan waktu itu hanya ada dua buah kapal terbang sahaja di dalam hangar.

Tugas kami malam itu cukup mudah, iaitu membuat pemeriksaan biasa dan melakukan sedikit pembaikian di dalam bahagian tangki minyak.

Persiapan dan peralatan semuanya telah disediakan dan dibuat seawal pagi oleh pekerja syif pagi. Jadi, malam itu apabila masuk kerja kami boleh terus melaksanakan tugas yang sepatutnya.

Bekerja syif malam bukanlah mudah. Mengantuk dan lapar silih berganti mengusik kami lapan orang. Menguap pula jangan ceritalah, acapkali sehingga tidak terkira.

Semua peralatan dan alat ganti telah kami persiapkan. Menjelang tengah malam barulah kami dapat memulakan tugas masing-masing.

Disebabkan tugasan itu jatuh pada pesawat A320, tangki minyaknya agak kecil untuk dimasuki oleh dua orang serentak. Justeru hanya seorang sahaja yang akan masuk ke dalam tangki minyak itu untuk melakukan pembaikian yang diperlukan.

Tugasan aku pula agak mudah. Aku cuma perlu memastikan semua bekalan eletrik tidak disambung kepada badan pesawat. Selebihnya aku hanya perlu menunggu jika ada apa-apa bantuan yang mereka perlukan berkenaan eletrik.

Rizman mula memasuki tangki minyak, sementara tujuh yang lain termasuk aku berada di bahagian luar kapal terbang untuk memberi bantuan seperti menghulurkan peralatan dan selebihnya kami hanya berborak.

Tidak lama kemudian, aku meninggalkan mereka dan masuk ke Bilik Perancangan untuk menyiapkan sedikit kertas kerja dan menyemak e-mel.

Lama juga aku rasa aku berada di dalam bilik tersebut. Selepas itu, aku keluar dari Bilik Perancangan dan aku lihat tidak ada seorang pun yang berada di bawah kapal terbang tadi.

Memandangkan tidak ada orang di situ, aku memutuskan untuk berjalan menuju ke tempat hisap rokok. Dalam fikiran aku, pasti mereka semua berada di sana.

Tanpa aku sedari, Rizman tinggal keseorangan di dalam tangki minyak. Dari keadaan tadi yang riuh rendah mula menjadi sunyi. Rizman yang masih berbaring di dalam tangki minyak sambil melakukan tugasnya mula merasa lain macam.

Tetapi ditepisnya semua anggapan yang bukan-bukan itu. Walaupun dia pelik kenapa keadaan tidak seriuh tadi tetapi niat mahu menyiapkan tugasan begitu tebal di dalam dirinya.

“Spanar!” jerit Rizman meminta peralatan dari rakan sekerja yang disangkanya masih berada di bawah kapal terbang itu.

Dengan perlahan-lahan satu tangan halus menghulurkan spanar kepada Rizman. Tugas Rizman disambung semula setelah menerima spanar tadi.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience