Get the app for full experience
PAGI itu, seawal pukul 8.00 pagi, Tihani ke pasar raya seorang diri untuk membeli barang dapur. Tina memberitahu Tihani bahawa kawannya akan datang makan malam di rumah Zainab. Senarai barang di baca satu per satu. Dia berjalan sambil menolak troli dan matanya meliar melihat ke arah rak-rak yang tersusun di kiri kanannya. Tiba-tiba... “Assalamualaikum, sweetheart,” sapa Megat Ariff yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Bahu Tihani sedikit terangkat kerana terkejut di sapa begitu. Semakin terkejut apabila melihat lelaki yang tak diundang, berada di situ. Dia tidak mengendahkan kehadiran lelaki itu. Troli ditolak selaju yang mungkin. Langkah Megat Ariff seiring dengan Tihani. “...