Gantung 2 (Bukan Syurga Pilihan)

AHClans

Romance Completed 53495
5
(113 ratings)

Synopsis

Apabila lafaz dimeterai bermulalah tanggungjawab seorang suami melindungi isteri. Namun, angkara fitnah dua hati mula menjauh dan seorang Megat Ariff menggantung isterinya Tihani yang sedang sarat mengandung. Rahsia akhirnya terbongkar. Niat buruk Toh Puan Ulya diketahui Megat Ariff. “Tergamak Bonda rancang semua ini, untuk pisahkan Ariff dengan Hani?” “Bukan Bonda yang hancurkan rumah tangga Ariff. Ariff sendiri yang lakukan semua itu. Ariff sendiri yang menghalau perempuan itu dan Ariff sendiri yang menghancurkan hidup dia. Bukan Bonda.” Sesal kemudian memang tidak lagi berguna bila seorang wanita sudah berjauh hati. Hanya pujukan dan rayuan saja yang mampu diberikan oleh Megat Ariff. “Hani masih isteri abang. Abang tak pernah lepaskan Hani. Hani tak boleh menolak kemahuan abang.” “Masih berselera ke tuan dengan wanita hina seperti saya ni?” Megat Ariff mula susah hati. Tihani yang dia kenal tidak sekeras sekarang. Dia tidak nampak sinar mata wanita itu tatkala dia merenung ke dalam anak mata Tihani malam tadi. Tihani seolah-olah telah meletakkan tembok yang paling tinggi dan keras antara mereka. “Tuan mungkin dapat tubuh dan jasad saya, tapi tidak hati dan jiwa saya.” “Hani beritahu abang, apa yang perlu abang lakukan untuk dapatkan kemaafan dari Hani?” “Ceraikan saya. Itu sahaja permintaan saya.”


Share this novel

Rate this story


Comments

Nurhidayah MK
2023-12-24 

Donated 400 nCoins

Ummu
2023-02-08 

Donated 200 nCoins - ,??

Ummu
2023-02-08 

Donated 200 nCoins - ,??

AHClans

4740 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience