Gantung 2 - Bab 45

Romance Completed 54093

“HANI!!” Megat Ariff terjaga dari lenanya. Dahinya berpeluh halus. Jantungnya berdegup laju. Sudah beberapa malam dia bermimpikan Tihani. Dia bangun dari pembaringannya. Sofa tersebut dibasahi peluh lelaki itu. Penghawa dingin langsung tidak terasa. Megat Ariff menoleh ke kiri. Sekali lagi dia terkejut melihat Puteri Laila sedang merenungnya. Dia menggosok dadanya tatkala melihat wanita itu duduk di dalam gelap.
“Apa you buat di sini?” soal Megat Ariff cuba membetulkan degupan jantungnya yang berdegup laju itu.Dia meraup wajahnya berkali-kali.
“You dah bermalam-malam mimpi begini. Masih tak jumpa ke wife tersayang you tu?” soal Puteri Laila sambil tersenyum sinis. Sudah seminggu dia bermalam di rumah Megat Ariff dan setiap malam itulah dia akan terdengar Megat Ariff mengigau dan menyebut nama Tihani.
“You pun buat apa duduk tercongok di situ? Buat terkejut I je. I ingat hantu bedak sejuk tadi,” usik Megat Ariff sambil menahan senyum melihat wajah Puteri Laila yang ditepek dengan bedak sejuk. Puteri Laila membaling bantal kecil yang berada di sebelah kirinya itu ke arah Megat Ariff. Dia menjeling tajam sambil bangun daripada duduknya. Megat Ariff ketawa kecil.
“I nak minum.” Puteri Laila terus berjalan menuju ke arah dapur. Megat Ariff menyandarkan tubuhnya ke dada sofa. Dia menarik nafas dalam dan dihela perlahan. Matanya di alih ke arah jam yang tergantung di dinding. Pukul 3 pagi.
“Nah.” Puteri Laila menghulurkan segelas air kepada Megat Ariff. Lama lelaki itu merenung wajah Puteri Laila yang masih berdiri di sebelah kirinya.
“You jangan risau. I tak letak apa-apa dalam minuman you.” Puteri Laila seakan-akan dapat membaca fikiran Megat Ariff. Mahu tidak mahu, Megat Ariff terpaksa mengambil juga air tersebut. Diteguknya sedikit demi sedikit. Puteri Laila duduk semula di tempat tadi sambil memerhatikan Megat Ariff.
“Next week, I akan ke Italy. I tidak akan pulang ke sini dalam jangka masa yang lama. Jadi, tolong selesaikan penceraian kita secepat mungkin,” tutur Puteri Laila sambil merenung wajah Megat Ariff. Lelaki itu hanya mengangguk perlahan. Kemudian, Megat Ariff bangun daripada duduknya.
“You nak ke mana?” soal Puteri Laila sambil matanya mengekori susuk tubuh lelaki itu. Megat Ariff tidak menjawab. Dia terus menuju ke bilik air. Selepas 5 minit, lelaki itu keluar semula. Dia menoleh ke arah Puteri Laila.
“Pergi ambil wuduk. Solat dengan I,” arah Megat Ariff. Puteri Laila terkedu. Namun, dia bangun dan menuruti arahan lelaki itu.
Usai bersolat sunat berjemaah, Megat Ariff menadah tangan dan berdoa. Puteri Laila yang menjadi makmum, kelihatan tenang. Dia merenung lelaki di hadapannya. Sungguh, sehingga kini, hatinya masih dengan lelaki itu.
Selesai berdoa, Megat Ariff bangun sambil melipat sejadah. Puteri Laila pula menghampiri Megat Ariff. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
“Bolehkan I nak salam husband I?” soal Puteri Laila sambil tersenyum manja. Megat Ariff tersenyum nipis.
“Boleh selagi I masih suami you.” Megat Ariff menyambut tangan wanita itu. Puteri Laila mencium tangan Megat Ariff. Kemudian, lelaki itu meletakkan satu tangan di ubun-ubun Puteri Laila. Sebaik mengangkat wajahnya, kelihatan mata wanita itu berkaca.
“Dont cry. Bukan salam hari raya pun,” tutur Megat Ariff sambil mencuit dagu Puteri Laila. Puteri Laila ketawa kecil. Megat Ariff menyimpan semula sejadah ke tempat asal.
“Ariff, benci sangat ke you pada I?” soal Puteri Laila dengan tenang. Telekungnya dibuka dan dilipat. Megat Ariff terdiam seketika. Dia memusingkan tubuhnya menghadap ke arah wanita itu.
“Dulu, iye. Sekarang tidak. Kenapa?” soal Megat Ariff pula. Puteri Laila tersenyum sambil mengigit bibirnya. Megat Ariff melarikan pandangan matanya dari melihat wajah Puteri Laila. Perbuatan wanita itu mengingatkan Megat Ariff kepada Tihani.
“Kenapa tak tengok I? Takut tergoda ke?” usik Puteri Laila sambil mendekati Megat Ariff. Lelaki itu nampak tenang.
Manalah tahu rezeki malam ini!
“No. Perbuatan you itu, mengingatkan I pada Hani,” balas Megat Ariff perlahan. Dia meraup wajahnya sambil melepaskan keluhan. Senyuman Puteri Laila mati. Dia tahu, dalam hati Megat Ariff sedikit pun tiada ruang untuk dirinya. Hanya wanita yang bernama Tihani.
“Memang dalam hati you itu, tiada ruang untuk I ke?” Puteri Laila memberanikan dirinya menyoal tentang perkara tersebut. Megat Ariff menggosok dagunya perlahan. Dia mendekati Puteri Laila.
“Ada. As a sister,” balas Megat Ariff ringkas. Dia tahu kata-katanya bakal melukakan hati Puteri Laila. Tetapi, cinta tidak boleh dipaksa.
“I masih berharap, one day you akan terus kekal sebagai Puteri Laila. Bukan sebagai Thalia,” tambah Megat Ariff lagi. Dia nampak riak wajah Puteri Laila suram.
“It’s too late.” Perlahan wanita itu mengungkap kata. Wajahnya ditundukkan ke lantai. Megat Ariff menghampiri Puteri Laila. Dagu wanita itu dipegang dan didongakkan wajah Puteri Laila agar memandang dirinya.
“Tiada apa yang terlambat dalam dunia ini. If you want me to help you, tell me,” tutur Megat Ariff dengan nada suara yang gemersik. Dia mengucup lembut dahi wanita itu. Puteri Laila kaku seketika. Jantungnya seakan-akan mahu meletup.
“Good night.” Megat Ariff terus keluar dari ruangan bilik. Dia kembali ke ruang tamu untuk tidur.
Puteri Laila masih kaku berdiri di situ. Air matanya mengalir perlahan. Kucupan Megat Ariff membuatkan Puteri Laila termangu seketika. Dia berharap masa terhenti tatkala dahinya dikucup. Dia mengesat air matanya dengan telapak tangan dan dia kembali ke katil.

KEESOKKAN harinya, Megat Ariff masuk ke pejabat agak lewat. Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik, dia melihat di atas coffee table pejabatnya, ada sebungkus makanan. Dia teringat akan mimpinya malam tadi. Bungkusan makanan itu diambilbil. Dia membelek ikan keli yang berbungkus di dalam plastik. Keluhan berat dilepaskan dari mulutnya. Sudah beberapa minggu tidurnya tidak lena. Setiap kali itu jugalah Tihani muncul bersama masakan ikan keli tersebut. Makanan kegemarannya. Lantas makanan itu diambilbil dan dibawa keluar dari bilik.
“Daphine, you makanlah nasi ni. I dah makan sebelum sampai ke sini tadi,” bungkusan makanan di letakkan ke atas meja Daphine. Wanita itu memandang wajah Megat Ariff.
“Alright, boss. Eemm... Are you okay?” soal Daphine sambil merenung wajah Megat Ariff. Dia tersenyum segaris. Pembantu peribadinya itu sangat prihatin setiap kali wajahnya kelihatan suram.
“I okay. Thanks for asking. You bila due?” soal Megat Ariff sambil melihat ke arah perut wanita itu yang sudah kelihatan memboyot. Daphine mengusap perutnya sambil tersenyum.
“Hujung bulan depan. I start cuti awal bulan depan tau boss. You jangan lupa pula,” balas Daphine. Dia mengambil bungkusan makanan dan membelek-belek isi di dalamnya.
“Alright. You dah pesan pada Kathy kan untuk ambil alih tempat you sementara waktu?” soal Megat Ariff lagi. Tangannya di masukkan ke dalam poket seluar.
“Sudah. I dah pesan pada dia, if anything, I suruh dia call I, kalau mahu tanya apa-apa,” jelas Daphine. Megat Ariff menganggukkan kepalanya tanda faham.
“Semua kelengkapan baby you dah cukup?” soal Megat Ariff prihatin dengan keadaan wanita itu. Setiap kali dia melihat wanita mengandung, Megat Ariff akan teringat akan Tihani.
“Ada sikit-sikit lagi yang I tak beli sebab tak cukup duit. Tunggu gaji baru I beli,” cerita wanita itu. Megat Ariff mengangkat kedua belah kening. Tangan kirinya menyeluk poket seluar belakang sambil mengeluarkan dompet. Dia mengambil beberapa keping note seratus dan dihulurkan kepada Daphine.
“Beli untuk baby you,” ujar Megat Ariff sambil meletakkan duit tersebut ke atas meja Daphine. Daphine menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.
“Baru last week you beri I duit. Now, you nak beri lagi. Cukuplah boss,” balas Daphine. Dia tidak menyentuh duit tersebut. Megat Ariff hanya tersenyum nipis.
“Ambil. You doakan I dapat jumpa my wife and my baby,” tutur Megat Ariff perlahan. Wajah Daphine berubah riak. Dia merenung ke dalam mata Megat Ariff. Dia keliru kerana setahunya, Megat Ariff baru sahaja mendirikan rumah tangganya bersama wanita yang bernama Puteri Laila. Baby? Baru beberapa bulan berkahwin, tak kan sudah bersalin?
“Okaylah. I masuk dulu.” Megat Ariff kembali semula ke dalam bilik pejabatnya. Dia menghenyak tubuhnya ke kerusi kerja. Nafas di tarik dalam. Dadanya mula terasa sesak. Pandangannya sedikit kabur dek air mata yang bergenang di dalam kolam matanya. Di kesat dengan belakang tangan.
“Sweetheart, where are you?” ucap Megat Ariff sendiri. Dia terlalu mahu berjumpa dengan wanita itu. Tetapi, mahukah Tihani bertemu dengannya setelah apa yang berlaku. Megat Ariff takut, segala kata-kata Toh Puan Ulya itu menjadi kenyataan. Tihani tidak akan memaafkan dan tidak akan menerima dirinya semula.

Setahun kemudian.
SUDAH tiga kali Megat Ariff berpusing di sekitar kawasan parking. Namun, tiada langsung parkir kereta yang kosong. Dia mula menggosok lehernya yang mula tegang dek stres mencari parking. Tidak lama selepas itu, dia ternampak sebuah kereta yang mahu keluar. Cepat-cepat Megat Ariff menunggu di situ sehingga kereta itu keluar dari parkir kereta.
Setelah dia masuk ke dalam parkir kereta, Megat Ariff duduk sebentar di dalam kereta. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya sambil mendail nombor telefon Tina. Matanya meliar memandang sekeliling kawasan itu. Tiba-tiba matanya terpaku ke arah Tina yang baru sahaja turun dari sebuah motosikal. Jantung Megat Ariff berdegup laju apabila melihat penunggang motosikal itu.
Tihani!
Dia melihat penunggang tersebut sehingga hilang dari pandangan matanya. Tangan Megat Ariff menggigil. Rentak jantungnya mula tidak menentu.
Tina! Dia harus bertanya kepada Tina tentang Tihani. Tetapi, bagaimana dia harus mulakannya? Megat Ariff cuba menenangkan dirinya. Wajahnya diraup berkali-kali. Kemudian, dia keluar dari kereta dan berjalan mengekori langkah Tina. Dia menuju ke arah tempat yang mereka janjikan untuk bertemu.

SETELAH pelayan menghantar makanan, mereka berdua menjamah makanan tersebut. Megat Ariff yang sejak tadi mahu bertanya tentang Tihani, masih mencari ayat yang sesuai untuk memula kata.
“Aaa... you datang dengan siapa tadi?” soal Megat Ariff cuba berlagak tenang. Tina yang sedang menjamah makanan, menghentikan perbuatannya. Dia menumpukan pandangannya kepada Megat Ariff.
“My housemate. Dia lah yang masak waktu projek kita tahun lepas,” balas Tina. Air jus oren diambilbil dan disedut perlahan. Kemudian, dia meletakkan kembali air tersebut ke atas meja.
“Siapa nama dia?” soal Megat Ariff mahu mendapatkan kepastian. Benarkah wanita yang dia lihat itu Tihani Zahira. Atau pelanduk dua serupa?
“Tihani. Tihani Zahira,” jawab Tina tanpa mensyaki apa-apa.
ZAP!
Dada Megat Ariff terasa perit tiba-tiba. Hatinya meronta-ronta ingin tahu lebih lanjut tentang kehidupan isterinya itu. Bagaimana dengan anak mereka?
“Dia tinggal dengan you?” soal Megat Ariff lagi. Tina mengangguk perlahan. Selama hampir setahun lebih, Megat Ariff dan Puteri Uzma cuba mencari Tihani, namun gagal. Rupa-rupanya wanita itu tidak jauh darinya. Dia bersyukur Tuhan mendengar doanya. Cuma dia tidak boleh terburu-buru untuk mendekati Tihani. Dia perlu tahu perasaan wanita itu. Adakah Tihani sudah membenci dirinya?
“Hani tu, I jumpa dia di Jalan Tunku Abdul Razak. Masa tu, team I busy anjur program gelandangan. Time tu I dah nak balik, hujan lebat sangat. I nampak Hani tepi jalan. Dengan darah penuh dekat kain dia,” cerita Tina tiba-tiba. Wajah Megat Ariff berubah riak apabila mendengar cerita Tina.
“I kesian sangat tengok dia waktu tu. Dengan hujan lebat, dia seorang diri tahan sakit nak bersalin. Kain penuh darah,” tambah Tina lagi. Megat Ariff menahan perasaannya. Riak wajah cuba dikawal. Tina yang masih bercerita sambil menjamu selera itu dipandang. Dia menanti wanita itu menyambung cerita tentang Tihani.
“Then, apa jadi?” soal Megat Ariff ingin tahu. Makanan yang baru sedikit dijamah itu, ditolak tepi. Putus terus seleranya.
“I bawa dia pergi hospital. Kesian dia. Husband halau dari rumah angkara fitnah..Eeeiii.. I kalau jumpa husband dia tu, I parangkan! Lepas tu I sunat dia sampai habis! Pandai menyemai benih je. Ada akal tak guna!!” marah Tina penuh emosi. Megat Ariff terkedu. Tina memaki diri dia. Air liur ditelan terasa berpasir.
“Sudahlah dia bersalin anak istimewa. Haaa... Tarif yang you pernah jumpa, tu lah anak Tihani. Nama Tarif tu ayah I yang beri. Maksud Tarif tu istimewa,” tambah Tina lagi. Kali ini wajahnya sedikit manis kerana teringatkan Tarif yang sudah mencecah setahun lebih usianya.
ZAP! Sekali lagi dada Megat Ariff terasa perit. Tarif! Tarif anak aku!!
“So, dia memang duduk dengan you lah? Dia hantar you tadi, anak dia di mana?” soal Megat Ariff dengan suara yang bergetar. Dia mahu tahu Tarif berada di mana. Tina yang sudah menghabiskan makanannya memandang Megat Ariff.
“Mak dengan abah I jaga,” jawab Tina ringkas. Megat Ariff hanya menganggukkan kepalanya tanda faham. Dia mula mengatur rancangan untuk bertemu Tarif, anaknya. Tetapi, dalam masa yang sama, dia harus berhati-hati agar Tina tidak mengsyaki apa-apa.
“Sewaktu mula-mula Tihani bersalin, dia ambil masa untuk terima Tarif. Berminggu-minggu dia diam tidak mahu bercakap dengan siapa-siapa. Tak mahu makan, puas I dengan mak I pujuk. Susu pun dia tak mahu bekal pada Tarif. Asyik menangis je Tihani waktu itu,” cerita Tina dengan nada sedih. Kemudian, dia mula mengeluarkan dokumen perbincangan di dalam beg galas yang di bawanya tadi.
Megat Ariff menahan perit di dada tatkala mendengar kesedihan yang Tihani lalui seorang diri. Sungguh dia merasa terlalu berdosa.
Maafkan abang Hani. Abang kejam pada Hani, rintih Megat Ariff dalam hati. Matanya mula berkaca. Tetapi, dia cuba menahan agar Tina tidak perasaan.
“Then abah I pujuk. Bagi kata-kata semangat. Tak lama selepas itu, barulah dia nampak ceria dan mula terima Tarif sampai sekarang,” tambah Tina lagi. Tina turut tersenyum apabila terkenangkan wajah Tihani yang sudah ceria berbanding dulu.
“I bertambah geram bila Tihani beritahu I yang suami dia tak lepaskan dia. Malah gantung dia tak bertali! Tak guna punya jantan! Menganiaya isteri je tahu. Time bersedap tak ingat!” sekali lagi Tina beremosi. Megat Ariff hanya mendiamkan diri. Takut dia mahu bersuara. Kalaulah wanita itu tahu yang dia adalah suami Tihani, entah apa yang akan Tina lakukan kepadanya.
“Banyak kali I suruh dia minta fasakh. Sebab suami keparat macam tu!” tambah Tina lagi. Baru sahaja Megat Ariff mahu meneguk air jus applenya, terus dia tersedak tatkala mendengar kata-kata Tina itu.
“Sorrylah, Ariff. I emosi pula.” Tina tersipu malu. Dia tahu tak sepatutnya dia ucapkan kata-kata sebegitu di depan Megat Ariff. Tersedak lelaki itu dibuatnya.
“Its okay,” balas Megat ariff cuba bertenang. Dia mencapai tisu di atas meja dan mengesat mulutnya dengan perlahan. Tisu diletak ke tepi. Fikirannya menerewang jauh mengingatkan Tihani. Dia perlu lakukan sesuatu untuk berjumpa dengan wanita itu.
“Okaylah. Back to our work. Dalam file ini, ada kertas kerja untuk program gelendangan yang terbaru. You boleh baca. Then, if you nak tambah apa-apa syarat, let me know. Nanti I ubah.” Tina menyerahkan dokumen tersebut kepada Megat Ariff. Megat Ariff mengambilnya dan membelek serba sedikit file tersebut. Dia sudah tidak boleh menumpukan fikirannya terhadap perbincangan itu. Hatinya tidak sabar mahu bertemu Tihani dan Tarif.
“Alright. Mari I hantar you balik.” Tiba-tiba Megat Ariff menawarkan diri untuk menghantar Tina pulang. Tina terpinga-pinga seketika. Inilah pertama kali, Megat Ariff mahu menghantarnya pulang ke rumah.
“Tak apa ke? You tak busy?” soal Tina dengan hati yang berbunga-bunga. Megat Ariff tersenyum nipis.
“I tak busy. Can we go now?” ajak Megat Ariff. Dia sudah tidak sabar mahu mengetahui di mana tempat tinggal Tina. Dia akan menunggu masa yang sesuai untuk berdepan dengan Tihani.
Tina tersenyum lebar sambil bangun daripada duduknya. Kemudiannya mereka beredar dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience