BAB 4

Romance Completed 1784

“ Faham.Gaya awak boleh jadi ustazah pilihan.” Puji Sufi sambil berseloroh.Dia kagum dengan ilmu agama Sofia Sofia bukan perempuan-perempuan sebarang.Walaupun luarannya nampak cukup sedarhana tetapi penuh ilmu didada.Tiba-tiba dia rasa begitu kedil dan berasa insaf dengan semua kelakuannya selama ini.Ya Allah ampunilah hambamu ini!

“ Mana ada.Ilmu itu kita yang cari.” Sofia merendah diri.

“Katakanlah kalau awak dapat suami yang pernah minum arak,tapi dia dah meninggalkan tabiat itu.Awak boleh terima?” Soal Khusairi.

“Semua orang boleh bertaubat sehinggalah matahari terbit sebelah barat.Jadi siapa saya untuk menghukum.Insyallah saya boleh terima dengan syarat dia benar-benar bertaubat.”Jawab Sofia jujur.Sufi mengangguk faham.

“ Sofia,sebenarnya saya dibesarkan dengan kemewahan hidup tapi bukan dengan kemewahan ilmu agama.Hidup saya sekarang seolah-olah tiada pegangan yang kuat.Saya rasa saya terlalu banyak buat dosa.”Luah Khusairi.Selama ini ibubapanya terlalu sibuk mengejar dunia sehinggakan lupa untuk memberinya ilmu akhirat.

“Belum terlambat untuk belajar.Insyallah Allah sentiasa mengampunkan dosa hambanya yang benar-benar ingin bertaubat. Allah akan bantu.”Sofia cuba memberi galakan.

“ Kalau lepas ini kita jumpa lagi boleh?Saya nak belajar tentang agama.Walaupun Shiha dan Hazama tak keluar sekali. Saya nak jumpa awak lagi.” Tutur Khusairi.

“ Insyallah saya akan tolong awak.” Jawab Shiha lembut.Selepas makan dan berjalan-jalan sekitar pusat membeli belah.Mereka pulang ke rumah sewa mereka semula.

Semenjak hari itu hubungan Sufi dan Sofia semakin baik.Sofia banyak mengajar Sufi tentang ilmu agama. Selalunya mereka akan ke kuliah agama bersama-sama. Alhamdullilah,kini Sufi sudah tidak lagi meneguk air itu lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience