BAB 6

Romance Completed 1784

Sofia sudah tersenyum.Beberapa orang kawan yang rapat dengan mereka semua ada membawa sebiji kek dan belon.Sofia terperanjat.Dia tidak menyangka yang mereka semua ingat hari lahirnya.Selesai sahaja mereka semua makan kek,mereka yang lain semua meninggalkan Sofia dan Khusairi di tengah padang itu.Hazama dan Shiha berada dihujung padang sedang berlari-lari berkejaran. Sofia yang melihat cuma tersenyum sahaja. Bahagia betul pasangan itu.

“ Kita jumpa sebab teman mereka berdua dating kan?”Tutur Khusairi.Sofia mengangguk.

“ Terima kasih sebab buat semua ini untuk saya.”Sofia mengucapkan terima kasih atas kejutan yang dilakukan oleh mereka semua. Sofia tahu ini semua rancangan Khusairi.

“ Sama-sama.Awak kena balas balik tau.”

“ Balas?”Soal Sofia semula.

“ Awak kena kawin dengan saya.” Tutur Sufi selamba sambil memandang ke hadapan.Sofia terperanjat.Dia mencari keikhlasan kata-kata itu dari mata Khusairi.

“ Tak lawak.”Sufi memang suka membuat lawak hambar begitu.

“ Saya serius.Sudah hampir setahun kita kenal.Saya rasa sudah tiba masanya kita ambil satu langkah lagi kehadapan.Awak yang banyak mengubah saya Sofia Lagipun tak lama lagi kita sama –sama dah nak habis belajar.” Tutur Sufi romantik sambil memandang Sofia Sofia tidak membalas pandangan itu. Selama setahun mereka berkawan ini pertama kali Sufi meluahkan rasa padanya.

“ Saya masih ada ibu bapa.” Sofia menjawab ringkas sebelum meninggalkan Sufi terpinga-pinga dengan jawapan Sofia itu.Moga bahagia menjadi mereka berdua selamanya.Dia Encik Double Date!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience