BAB 3

Romance Completed 1784

“ Nak aiskrim?Saya belanja.” Soal Sufi yang kebetulan mereka berdua sedang melalui sebuah kedai Buskin Robins.Cepat Sofia menggeleng.Dia tidak mahu terhutang budi dengan lelaki yang berada didepannya ini.

Tanpa mempedulikan gelengan Sofia,Sufi melangkah ke kedai tersebut dan membuat pesanan.Selesai membuat pembayaran,satu mangkuk diserahkan kepada Sofia Sofia teragak-agak untuk mengambilnya. ‘Mahal gila aiskrim ini’. Seumur hidup dia ini kali pertama dia merasai ais krim berjenama Buskin Robins itu.Sedap!

Mereka melangkah duduk dimeja yang disediakan di luar kedai itu.

“Awak asal mana?” Soal Khusairi.

“Pahang.”Jawab Sofia sepatah.Sufi mengangguk.Dia tidak tahu apa tajuk yang boleh dibawa berbual dengan gadis manis didepannya ini. Selama ini, sepanjang dia keluar dengan perempuan,dia sahaja yang banyak menjawab.Tapi berlainan apabila dia keluar dengan Sofia

“ Apa pendapat awak kalau orang islam minum arak.”Soal Khusairi tiba-tiba.Dia ingin mendengar pendapat gadis didepannya ini.Entah mengapa banyak-banyak soalan,soal minum arak yang ingin dipersoalkan.Kadang-kadang dia juga meneguk air setan itu.Dia ingin mendengar pendapat perempuan yang bertutup litup seperti Sofia ini kerana dia pasti perempuan ini tidak pernah meneguk air setan itu.

Kalau dia ingin bertanya pada perempuan-perempuan yang dia pernah keluar, hampir semua mereka meneguk air setan itu.

“ Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa arab dinamakan khamar,berasal dari kata khamara ertinya menutupi.Seseorang yang minum arak,biasanaya dia akan mabuk,hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.Firman Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 90 yang bermaksud,Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah,adalah semata-mata kotor(najiskeji) dari perbuatan syaitan.Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.Faham?” Terang Sofia dengan penuh semangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience