BAB 2

Romance Completed 1784

‘Pergh! Minah ini dah dapat berkepit dengan teman lelaki dia, aku dia ditinggal terpingga-pingga dekat sini.Siap dia balik nanti!’. Marah Sofia didalam hati.

“So,mereka berdua itu dah tinggalkan kita,kita nak pergi mana.?” Tanya Sufi pada Sofia yang masih diam membatu di tempat parking kereta itu.Dia sudah menganggak perkara ini akan terjadi bila tiba-tiba sahaja Hazama mengajaknya keluar.

“ Entahlah,saya pun tak tahu ikut awaklah.”Tutur Sofia perlahan.Serius! dia tidak selesa untuk berjalan-jalan dengan orang yang tak dikenali ini.Mereka terus bergerak.Berjalan-jalan sekitar pusat membeli-belah itu.Makan aiskrim.Main bowling.Sofia lebih banyak berdiam. Sufi ada juga bertanya itu ini. Tetapi disebabkan respon yang diterima dari Sofia seperti hendak tak hendak, akhirnya dia pun diam.

“ Awak tak selesa ke?” Soal Khusairi.

“ Tak. Saya tak pernah keluar dengan lelaki berdua macam ini.” Jawab Sofia jujur.

“ Owh …patutlah.Ada lagi anak dara macam awak dalam dunia millennium ini ea.” Sufi kagum.Sepanjang dia keluar dengan ramai perempuan,dia tidak pernah jumpa ada perempuan yang tidak pernah keluar berdua dengan lelaki.Ini first time kut.!

“ Ramai je..Awak je yang tak tahu dan tak kenal kut.”Tutur Sofia Tak pelik pun kalau tak pernah keluar dengan lelaki ajnabi berdua. Ramai sahaja sahabatnya begitu.Dari segi pakaian Khusairi,Sofia tahu yang Sufi seorang lelaki yang metroseksual yang mementingkan penampilan dan mesti uptodate.Barang-barang berjenama yang ada di badannya pun Sofia tahu, lelaki ini bukan anak orang sebarangan.Sudah tentu dia selalu keluar dengan perempuan sepertinya juga.

“ Owh, mungkinlah.Habis itu biasanya hari minggu macam ini awak buat apa je kat bilik.?”Soal Khusairi.Entah mengapa dia ingin mengetahui mengenai wanita yang bertudung sopan dihadapannya ini.

“ Buat assigmentlah.”Jawab Sofia Memang betul,hujung minggu dia akan duduk sahaja dibilik.Dia malas mahu keluar.Jika keluar pasti menggunakan duit yang banyak. Dia bukan dari kalangan orang senang pun untuk membazirkan wang untuk berpeleseran di pusat membeli itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience