BAB 5

Romance Completed 1784

“Dulu aku tengok macam krik-krik je kau dengan Sufi itu,tapi sekarang macam belangkas.Hazama cakap Sufi dah banyak berubah semenjak kenal dengan kau.” Usik Shiha.Selepas pertemuan mereka hari itu,perhubungan Sofia dan Sufi nampak positif.

“ Tak lah kami selalu bersama pun mungkin untuk bincang benda yang dia tak faham tentang agama. Biasanya kami tak keluar berdua pun ada je kawan-kawan dia yang ikut.”Jawab Sofia

“Takkanlah cakap tentang itu je? Pasal hubungan korang berdua?” Soal Shiha seperti polis pencen sedang menyiasat.

“Mana ada hubungan.Hubungan tak lebih dari seorang sahabat.” Jawab Sofia cuba berselindung.Dia mengakui Sufi telah mendapat dalam hatinya.Hati Khusairi?Entah Sofia sendiri tidak mengetahui. Dia seorang perempuan,takkan dia ingin memulakan.Memang tak lah!

“Cliché nya jawapan.” Shiha tidak berhenti mengusik sahabat baiknya itu.

Dua bulan selepas itu….

“Sofia tunggu !!!” Jerit Shiha. Sofia yang baru sahaja ingin melangkah keluar dari dewan kuliah terhenti.

“Kenapa kau jerit nama aku satu kampus ini?” Soal Sofia pelik.

“Sufi nak jumpa kau dekat padang.”Shiha menyampaikan pesanan sambil termengah-mengah.

“ Kenapa dia tak telefon aku sendiri?”Soal Sofia pelik.Shiha Cuma menjungkit bahunya.Dia sendiri tidak mengetahui. Baru sebentar tadi Hazama menelefonnya.Sofia dan Shiha beriringan ke padang.Keadaan sunyi sepi.

“ Tak ada pun.Kau main-mainkan aku.” Soal Sofia memandang Shiha. Entah-entah kawan dia ini ingin memainkannya. Tiba-tiba ada satu suara datang dari arah belakang dengan petikan gitar.

Selamat hari jadi!

Selamat hari jadi.!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience