Bab 1

Romance Series 10104

selepas amira dan puan mastura makan tengahari di sebuah restoran ala thai di curve mutiara damansara, mereka pun bergerak ke butik Pengantin qaisara yang terletak tidak jauh dari restoran tadi untuk mencari baju Pengantin untuk majlis abg khai nanti. abg khai telah bagi 100% kepercayaan kepada mama dan adik perempuannya untuk menyiapkan majlisnya itu nanti.

setibanya mereka di dalam butik tersebut, telah muncul susuk tubuh yang mereka sendiri pun kurang kenal."Assalammualaikum puan, ada apa-apa yang boleh saya bantu" akhirnya si susuk tubuh itu pun bertanya kepada kami yang berada di situ. "ye, saya nak jumpa dgn pemilik butik ini sebab saya dah buat appointment dgn dia untuk majlis anak bujang saya"jawab puan mastura.Amira sekadar mengangguk sahaja. pekerja itu pula berkata"sebentar ye puan saya panggilkan dia, puan dan cik dipersilakan duduk dulu sementara saya panggilkan bos kemari".tanpa berlegah lagi amira dan puan mastura pun duduk sebab memang mereka keletihan pun setelah penat berjalan.

10 minit kemudian kami melihat susuk tubuh wanita yang berumur dalam lingkungan 30 tahun dan berpakaian formal mungkin itu adalah pemilik. Dia menyapa kami dengan penuh mesra."Assalammualaikum puan, selamat datang ke butik saya.puan inginkan tema yang macam mana untuk majlis anak bujang puan". sungguh mesra layanannya terhadap kami.

Dalam masa 1 jam setengah akhirnya kami sudah pun membuat tempahan untuk majlis abg khai nanti. dan abg khai dan kak mariana mempunyai lebih kurang 3 bulan sahaja untuk majlis itu nanti. mungkin abg khai dan kak mariana sedang nervous atau takut kalau majlis itu tak berjalan dengan lancar.

sedang asyik amira mengelamun tiba-tiba puan mastura menyergah dia "mira ni dah kenapa? penat ye ikut mama pergi sini?" amira diam "aduh mama ni macam tahu jer"bisik amira dalam hati."eh mama ni mana ada kan mira dah janji dengan mama yang mira akan teman mama harini" sempat menyelamatkan diri dari persoalan mamanya.

sudah hampir makgrib kami berjalan membuat tempahan untuk majlis abg khai dan kak mariana.semuanya sudah hampir selesai, dari baju, pelamin, hantaran dan lain-lain. kami amat gembira sekali kerana tempahan semua telah dibuat.jadi kami dalam perjalanan pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience