proloq

Romance Series 10104

Setelah seminggu SPM berakhir amira masih lagi tidak dapat melepaskan keenakkan tilam dan bantal dia kerana ibubapanya telah berjanji pada dia setelah SPM tamat dia boleh buat apa sahaja yang dia nak buat dan salah satunya adalah bangun lewat tetapi pada hari ini tidak tahu kenapa ibunya memarahinya dan menyuruh dia bangun.Amira adalah satu-satunya anak perempuan Dato' Hisyam dan puan mastura. Dan mungkin sebab itulah amira boleh buat semuanya ikut suka dia sahaja.

"Amiraaaaaaa"pekik puan mastura dari bawah ke bilik amira tetapi tidak didengari oleh amira. Akhirnya puan mastura masuk kedalam bilik amira lalu terkejut dengan penglihatan nya. "Astaga budak ini, dah pukul berapa dah ni tak bangun lagi.anak dara jenis apa kamu ni". inilah mamanya kalau satu hari tak membebel tak sah. kalau dia tak bangun ni mampuslah dia terpaksa mendengar bebelan mamanya dari pagi sampai malam tak berhenti. Dengan keadaan yang kusut masai dan wajah yang masam mencuka dia bangun dan capai tuala.


setelah hampir dua jam di dalam bilik akhirnya amira keluar bilik dan menuju ke arah dapur untuk menikmati sarapan pagi walaupun jam sudah menunjukkan tengahari. sampai sahaja di dapur dia tidak kelihatan mamanya mungkin mamanya di luar kerana mamanya suka berkebun berbeza dengan dirinya. Dia pun berjalan ke meja makan dan melihat sarapan yang terhidang di atas meja. dia pula mencapai pinggan dan sudu lalu mencedok nasi goreng sotong ke pinggannya. "haaa, buat apa tue?" sedang dia menikmati nasi gorengnya tiba-tiba kelihatan mamanya sapa dari belakang. Dia terkejut lalu berkata "ishh mama ni terkejut mira tau, nasib baik mira tak tertelan sudu dgn garpu ni kalau tak mama juga yang susah nak hantar mira pergi hospital" sambil mendengus marah.

"takpelah biar mira masuk hospital so nanti xdelah mama nak kena membebel setiap hari sebab mira bangun lambat, kan" kata puan mastura.. Dengan selambanya amira berkata "ala mama ni boleh ke hidup tanpa mira, mira ni kan anak kesayangan mama dgn papa" dan dengan muka tanda soal puan mastura bertanyakan kepada amira "kamu nak kemana lawa-lawa ni, bukan kamu dah janji dgn mama ke nak tolong mama siapkan hantaran abang khai harini". amira tersentak dan baru teringat yang dia sudah buat perjanjian dengan mamanya tapi dia sudah berjanji dengan kawan baiknya untuk melakukan aktiviti hariannya iaitu pergi shopping. "alamak mama mira lupa lah tapi mira dah janji dgn zura nak pergi shopping dgn dia" sedang amira berfikir tiba-tiba dia terdapat satu idea "haa mama apakata kalau mira tolong mama esok, harini mira pergi shopping dulu, ok mama lagipun " belum sempat amira menghabiskan percakapannya puan mastura terus menyampuk "eh tak payah nak mengada mira kena tolong mama harini, mama dah bagi peluang pada mira 2 hari untuk pergi shopping semalam, barang apa lagi yang mira nak beli." amira menjawab "tapi mama mira nak teman zura beli barang". mamanya pun tak nak kalah "ah itu sahaja alasan mira kan.boleh tak mira fokus pada majlis kahwin abg khai itukan abg mira, satu-satunya abg yang mira ada.". Amira mendengus kuat dan secara terpaksa amira berkata "iyalah2 harini mira ikut mama k tapi mama kena janji dgn mira esok mira boleh keluar dengan zura" dengan perasaan gembira puan mastura tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience