Bab 15

Romance Series 10104

harini genap 2 bulan amira dan kawan-kawannya berkerja di syauqi katerer dan dalam masa 2 bulan berkerja amira tidak memberitahu ibubapanya lagi kerana takut akan kemarahan orang tuanya cuma abangnya sahaja yang mengetahuinya. amira cuma selesa berbicara dengan abangnya khai kerana mereka memang rapat sejak kecil lagi.

mereka katering seperti biasa tapi kali ini di tempat yang berbeza. "ok girls kali ini kita katering di tempat lain so u guys kena ikut dalam 2 kereta ok"kata abang faizal kepada amira dan kawan-kawannya. " ok tapi bang kali ini kat mana?best tak?"tanya amira kepada abang faizal. "nak kata best tu ermm bolehlah.dia dekat rumah dato'.so korang kena behave lah semasa kat sana nanti"jelas abang faizal. "huu wow.rumah dato'.mesti best ni"kata amira seperti excited. Dalam mereka sedang berbual dengan abang faizal tiba-tiba amirul mencelah "ni korang ni datang sini sebab nak bergosip saja ke?kalau macam tu baik korang balik jer"seakan memarahi mereka. "hey hello,kitorang tanya abang faizal apa yang perlu kitorang buat so apa masalahnya?"balah amira kembali. "ada saja mulut tu nak menjawab kan.dah pergi sambung kerja"arah amirul. "kau tahu tak kau adalah lelaki yang paling annoying yang pernah aku jumpa.aku benci kau"marah amira lalu pergi meninggalkan amirul dan kawan-kawannya. amirul mengerutkan dahinya "haa aku salah cakap ke?"keluh amirul dalam hati.

mereka bertolak dari kedai ke tempat katering itu dengan menggunakan 2 kereta 1 lori. kebiasaannya amira dan kawan-kawannya akan naik dengan amirul tapi kali ini mereka naik dengan abang faizal dan adik kepada amirul iaitu aliff. tidak tahu kenapa bila amira pandang muka amirul hati dia rasa nak marah saja.perasaan benci di wajahnya semakin tebal.

sampai sahaja di rumah dato' itu mereka melakukan kerja seperti biasa cuma kelainannya disini adalah mereka katering di bawah khemah yang selalunya di dewan.amira yang hendak mengeluarkan kotak pinggan dari lori ke meja tapi masa itu cuma tinggal dia dengan amirul sahaja kerana kawannya yang lain buat kerja lain.dia mengabaikan amirul kerana kebencian nya muncul apabila dia melihat wajah annoying amirul. "nak saya tolong?"tanya amirul.amira hanya diam sahaja lalu cuba mengangkat tanpa pertolongan daripada amirul.amirul hanya senyap dan memegang kotak pinggan itu untuk menolong amira tetapi ditolak oleh amira dan secara tidak sengaja dia tersentuh jari jemari lembut amira ketika hendak memegang kotak itu.mereka memandang antara satu sama lain.degupan jantung amira berdengup dengan kencang sekali. "tak apa biar saya tolong ok.sebab saya tak suka tengok orang perempuan angkat benda berat"kata amirul dengan suaranya yang agak annoying. amira ikutkan sahaja kerana malas hendak berbalah lagi dengan bosnya itu dan amira juga tak suka bila dia dilabelkan pekerja yang biadap walaupun wajah marahnya semakin jelas kelihatan.

3 jam kemudian,

semuanya sudah selesai tinggal menunggu tetamu datang sahaja untuk dilayan. amira berdiri di hadapan meja kaunter makanan bersama dengan syira. tiba-tiba aliff datang kepada mereka dan menyuruh amira ke belakang. "haa kenapa pula?"soal amira. "hishh pergi je lah banyak songeh pulak"jawab aliff. 'huhh abang dengan adik sama annoying,menyampah aku'kata amira dalam hati dan tanpa berlengah lagi amira berjalan menuju ke belakang dan terkejut melihat susuk tubuh lelaki. 'errr maybe dia lah orang yang panggil aku agaknya,siapa ha anak raja kot' omel amira dalam hati. "arghh awak panggil saya ke?"tanya amira.lelaki itu diam dan memusingkan tubuhnya dan kelihatannya adalah amirul. "haa kau.what are u doing here?macam kau boleh ada kat sini?"soal amira kepada lelaki annoying itu. Dengan riaknya amirul berkata "oh saya yang suruh aliff untuk panggil awak kemari sebab saya nak tahu kenapa awak dengan kawan-kawan bersikap dingin dengan saya setiap kali berdepan dengan saya"tanya amirul seperti tidak puas hati dengan kelakuan amira dan kawan-kawannya. "haa itu sahaja yang kau nak cakap pada aku..hahaha"geli hati amira dengar pertanyaan amirul. "eh saya serious okay.kenapa korang bersikap dingin dengan saya dan kenapa korang tak bermesra dengan saya macam korang bermesra dengan abang faizal korang tu?".soal amirul lagi dengan nada marah. "i rasa jawapan itu ada pada u sendiri.please watch up yourself because its comes from yourself so bubye"selamba amira berkata seperti itu pada majikannya. belum sempat amirul menghabiskan kata-katanya amira telah berlalu pergi ke tempat katering. amirul dengan muka tak puas hati dengan jawapan amira tadi mengekori amira dari belakang untuk ke tempat katering itu. Dari mula katering sehingga habis, mata amirul tidak lepas dari melihat amira. kalau boleh dia buat apa-apa mesti kena ada amira.

amira dengan muka lesu dan nampak pucat kerana dari pagi lagi dia tidak makan apa-apa pun dan kebiasaannya mereka akan dapat makan bila tetamu semakin berkurang. "eh mira kau ok tak?"tanya yaya dengan nada risau. "haa ok aku okay,kenapa"soal amira kembali. "betul ke kau ni ok sebab muka kau pucat sangat ni"kata syira yang juga ada di situ. "aku okay.aku oooo.........."belum sempat amira menghabiskan ayatnya dia telah jatuh pengsan. "eh mira.kenapa ni?mira bangun mira.tolonnnggg!!!"nisha jerit pinta pertolongan. amirul dan aliff terus berlari kepada amira. abang faizal juga terus ke tempat amira jatuh. "heyyyy mira ok tak?"tanya abang faizal begitu cemas. amirul mengangkat amira ke belakang untuk merawatnya. "arrr mirul bawa dia ke belakang cepat.korang jaga sini eh abang nak tengok mira jap"kata abang faizal lalu berjalan ke belakang. amirul meletakkan amira di atas pondok kayu yang disediakan di situ.

keadaan amira separuh sedar tetapi mukanya makin pucat. "arrghh saya kat mana ni?kenapa kau kat sini?"soal amira. "mira kau okay tak?"tanya syira. "aku okay tapi kenapa dia ada kat sini"amira rasa pelik sebab amirul ada di situ. "haa dah sedar dah.alhamdulillah nasib baik berbadan kecil senang nak angkat"kata abang faizal. lagi amira pelik siapa yang berani mengangkat diri dia. "siapa yang angkat saya?"tanya amira sambil mengerutkan dahi. amirul telah beredar dari situ. "mira kau nak tahu tak masa kau pengsan tadi si mirul tu risau sangat kat kau dan dialah yang angkat kau ke sini"jelas nisha. amira terkejut dan 'arrgghhhhh' separa menjerit. "dia yang angkat aku.seriuslah?". "iya,kau tahu dia berlari ke tempat kitorang terus angkat kau.sampai kitorang kena soal dengan dia kenapa kau pengsan"jelas syira. "wey aku pening sekarang ni.aku tak dapat nak fikir doe"jawab amira sambil mengurut kepalanya. jelas kelihatan amirul berjalan ke arah amira membawa sepinggan nasi dan sepinggan buah tembikai dan menghulurkannya kepada syira "ni suruh dia makan dan habiskan.jangan bagi dia berjalan.lepas korang bagi dia makan ni pergi tolong abang faizal korang tu"arah amirul. syira pun dengan tiada perasaan menghulurkan pinggan itu kepada amira "nah tuan puteri,putera awak suruh makan"perli syira kepada amira. "eaa aku tak nak makan lah sebab aku tak ada selera sekarang,aku makan buah jelah"jawab amira. "hisshh kau dah lah gastrik pastu tak nak makan nanti kitorang yang kena marah dengan putera kau tu bukannya kau"marah yaya. "yelah2 nanti aku makan"jawab amira.

amira datang kepada kawan-kawannya hendak menolong kerana dia rasa serba salah pula. "mira kenapa datang sini pergi rehat sana kang pengsan lagi"suruh abang faizal. "eishh mira oklah bang takpelah mira nak tolong abang.kang nanti orang lain cakap mira ni makan gaji buta pulak"jawab amira. "ermm suka hati mira lah.kalau mira pengsan lagi abang hantar mira dekat tanjong rambutan"gurau abang faizal. gelak tawa mereka memecahkan suasana di dalam khemah itu.

selesai sahaja kerja katering dan mereka pun sudah mengangkat barang-barang ke dalam lori dan kereta jadi mereka perlu menunggu untuk dibawa pulang ke hostel. amira berjumpa dengan amirul dan ucap terima kasih. "arghh mirul thank you sebab dah tolong aku tadi"kata amira dengan nada lembut. amirul tersenyum lalu berkata "kan best kalau awak cakap macam ni dari dulu". "kenapa aku ni kasar ke?"tanya amira. "tak,kan awak bersikap dingin dengan saya setiap kali jumpa"jelas amirul. amira cuma diam sahaja. "awak,saya nak minta maaf kat awak sebab dah buat awak marah dan dah langgar awak haritu"ucap amirul. amira diam sahaja. "saya nak ucap haritu tapi tak berkesempatan lagi satu sebab saya malu nak cakap kat awak"ucapnya lagi lalu mengengam jari jemari amira. amira menarik tangannya dari gengamannya. "kalau nak minta maaf sekali pun tak pegang tangan boleh kan."perli amira. "sorry"ucapnya sekali lagi. "sokay.saya pun nak minta maaf sebab saya bersikap kasar kat awak.i'm sorry"jelas amira lagi. "okay so kita boleh jadi kawan"tanya amirul sambil mengangkat tangan. "yes kawan" amira menyambut salam amirul.

mereka tidak sangka dari stranger telah menjadi kawan dan amira harap cuma persahabatan.tidak akan ada perasaan cinta atau sebaliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience