Bab 11

Romance Series 10104

Baru sebulan amira tinggal di apartment itu sudah ramai yang mengenali dirinya dan ramai juga yang ingin berkenalan dengannya cuma mungkin bagi amira dia datang ke situ hanya untuk belajar dan bukannya dia sedang cari jodoh.dan yang hendak berkenalan dengannya itu bukan calang-calang orang.semuanya yang handsome dan berharta.

selepas tamat kelas amira dan kawan-kawannya ke gerai makan favourite mereka iaitu Restoran syauqi katerer yang terletak tidak jauh dari apartmentnya.bukan sekadar gerai makan malah restoran itu juga menyediakan pelbagai perkhidmatan antaranya adalah katering untuk kenduri kahwin,jamuan makan dan banyak lagi.

Amira memesan nasi goreng sotong dan teh ais untuk makan tengaharinya.dan kawan-kawannya dengan menu masing-masing.mereka juga telah berkenalan dengan seorang jejaka yang berumur dalam lingkungan 30an yang bernama faizal harriz yang berwatakan lembut seperti perempuan tapi agak gentleman.mereka memanggilnya dengan panggilan abang kerana jarak umur antara mereka adalah jauh dan mereka menganggap jejaka itu adalah abang mereka.

Tiba-tiba abang faizal bertanyakan kepada amira "hey korang nak kerja tak?"dengan nada suaranya yang agak lembut."ha kerja?kerja sebagai apa bang"jawab amira sambil menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya."ala kerja sebagai katering.angkat pinggan kotor,buang sampah dan macam-macam lagi lah"jelas abang faizal panjang lebarnya."ermmm boleh juga.lagipun saya belum pernah kerja sebelum ni.so apa salah nya kalau saya ambil kerja ni sebagai pengalaman baru saya.kan"ya memang amira tak pernah kerja sebelum ni kerana amira anak gadis yang paling manja dengan papa dan mamanya."Serious lah awak tak pernah kerja sebelum ni?"tanya abang faizal seakan tidak percaya."abang kitorang nak tau"kata nisha memotong cakap abang faizal."kenapa abang tak percaya ke yang saya tak pernah kerja sebelum ni?"jawab amira dengan nada merajuk."abang mira ni anak manjalah dia mana boleh buat kerja mak dengan ayah dia tak bagi"kata syira seakan memerli amira.ruang suasana menjadi riuh dengan gelak tawa dari abang faizal dan kawan-kawanya.amira hanya tersenyum sahaja kerana memang tak dinafikan dia memang seorang gadis yang manja.almaklumlah dia adalah satu-satunya anak gadis dalam familynya jadi tak hairan lah dia jadi manja kerana abang dan kedua ibubapanya memang selalu manjakan dia.

abang faizal tiba-tiba berkata"oklah.so kalau korang nak sabtu nanti kita jumpa di sini ye.pagi jam 8 korang dah ada di sini ok.jangan lambat"abang faizal sempat mengingatkan mereka."ok abang faizal"kata yaya dengan nada suara yang agak lembut seakan memerli abang faizal.gelak tawa kami sekali lagi memecahkan hening kedai itu yang agak sunyi sebelum itu.

Dalam hati amira berkata 'yes tak sabar rasanya aku nak dapat pengalaman kerja.akhirnya segala keinginan aku hendak berdikari akan tercapai esok'sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience