Bab 14

Romance Series 10104

kebiasaannya hari isnin kelas begitu padat sekali.dari pagi sehingga petang. nasib baik batch amira cuma 7 orang sahaja dan yang paling seronoknya ialah kesemuanya adalah perempuan dan tiada seorang lelaki pun.

tepat jam 12 tengahari seperti biasa mereka akan makan di kedai makan syauqi katerer kerana tiada banyak pilihan di kawasan itu. mereka semua memasuki ke dalam kedai makan itu dan memesan makanan. disitu mempunyai dua pilihan makanan,makanan lauk-pauk dan masakan panas dan kebiasaan mereka hanya makan masakan panas sahaja.

mereka juga berkenalan dengan pekerja di situ dan jadikan seperti family sehingga seorang mak cik indon yg bernama erna berkata mereka sangat happening,ceria saja kalau siapa yang berkawan dengan mereka.amira dan gengnya hanya tergelak sahaja kerana rasa terkejut.

sampai sahaja makanan ke meja,mereka terus melantak sampai tak ingat dunia.tiada satu suara yang keluar kerana masing-masing dalam kelaparan.maklumlah dari pagi mereka belum makan hanya minum susu sahaja.amira hanya mengambil masa dalam 5 minit sahaja untuk menghabiskan makanannya."huisshh mira cepatnya kau makan,kau kunyah ke telan?"gurau syira kepada amira."ala aku laparlah.kau pun bila nak habis.dah sejam ni"omel amira."kau kena faham aku kunyah 44 kali.memang lah lama"canda syira kembali.masing-masing gelakkan syira.

lalu amira bangun dan berjalan menuju ke sinki untuk membasuh tangan serta mulutnya. sedang amira membasuh tangan dia merasa ada sepasang anak mata sedang memerhatikannya tetapi tidak diendahkannya kerana amira malas hendak layan orang disitu. amira mengemaskan rambutnya yang agak berselerak. selesai sahaja amira di singki amira berjalan ke tempat duduknya dan tiba-tiba amira hampir terjatuh dan sekali lagi disambut oleh amirul,seorang lelaki yang melanggarnya tempoh hari. mereka berpandangan antara satu sama lain. apabila amira tersedar dari lamunan dia terkejut lalu menolak susuk tubuh lelaki itu."please dont touch me again.i pelik lah kenapa i boleh jumpa dengan u lagi"marah amira.amirul hanya tersenyum lalu pergi meninggalkan amira. "dasar lelaki annoying.tak gentleman langsung..errrr aku benci kau"kata amira lagi. amira berjalan ke kaunter untuk membuat pembayaran lalu keluar terus dari kedai itu dan tidak menghiraukan siapa yang dia kenal kerana marahnya kepada lelaki itu.

"eh mira tunggulah,lajunya kau jalan"kata yaya. ''errr aku bencilah dengan jantan tadi tu langsung tak ada perkataan maaf sikit pun.tak gentleman langsung,errrr"marah amira sambil mengengamkan tangannya. kawan-kawannya hanya diam sahaja kerana mereka sudah kenal kalau amira marah jangan bercakap mesti ada saja jawapan nya nak bercakap.

pada malam itu, amira mengambil angin di swimming pool sambil meneman temannya mandi-manda kerana dia tiada mood hendak mandi hanya disebabkan lelaki tadi dia hilang semua mood dia."eh mira jom lah terjun.kau ni memang dah tak nak join kitorang ke apa?"tanya nisa seolah-olah merajuk. "eisshh kau ni aku tengah tak ada mood lah nak swimming.nanti-nanti lah"jawab amira. "ni mira kan tak ada mood sebab tadi putera dia ada kat kedai tadi.main peluk-peluk lagi.mana nak ada mood"perli nad. "ehh please lah tak ingin aku dah lah doraemon.eerr benci aku kat dia dan sampai bila-bila pun aku tetap benci perangai annoying dia"jelas amira."eh mira kau cuma benci perangai dia tapi kau tak benci dia kan.ke kau dah start sayang dia?"tanya syira. "eh memang tak lah.tak nak aku.kalau kau nak sangat apa kata kau saja dengan dia.jangan babitkan aku"marah amira kalau kawan-kawannya ajuk dia dengan amirul."yela.tapikan mira macam mana kalau si mirul tu ada hati kat kau.yelah hati lelaki ni lain macam sikit.dia kalau suka seseorang dia akan senyap saja"kata yaya. amira tersentak lalu berkata "eisshh kau ni jangan lah cakap macam tu tak mungkin dia jatuh hati kat aku". "tapi mira aku dapat rasa dia ada hati kat kau lah"kata wani.wani memang ada firasat dan selalunya firasatnya itu benar. "kalau dia betul suka aku biar saja lah dan bila dia dah luahkan kat aku time itu aku akan cakap yang aku benci dia dan tak akan terima dia.it's simple kan dan memang tak lah aku terima lelaki annoying macam dia"kata amira dengan selamba.kawan-kawannya hanya diam sahaja dan masing-masing sambung swimming tanpa menghiraukan amira.

'wahai amirul, kau kena tahu yang sampai bila-bila pun aku akan tetap benci kau.dan aku harap kau tak akan ada apa-apa perasaan pun dekat aku sebab aku tak boleh terima lelaki macam kau.dari awal aku jumpa kau,aku yakin kau bukan jenis lelaki yang aku ingikan.kau sangat annoying.aku benci lelaki macam kau' jelas amira dalam hati dan amira memang tak boleh terima lelaki seperti amirul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience