Rate

BAB 59 - SAMPAI BILA

Romance Completed 454604

Mereka makan malam bertiga pada malam itu.. Bukan main lagi dua beradik itu berborak selepas makan sampaikan naik sama- sama keatas.. Inas yang di bawah itu melirik saja matanya memandang keatas melihat ke arah mereka berdua..

'tinggal aku sorang - sorang dekat sini..' keluh Inas.. Makanan di suap kemulut..

"tak baik tau makan sambil mengeluh.." tegur Rohana. Inas sekadar membalas dengan senyuman.

''Assalamualaikum ..'' kedengaran satu suara memberi salam dari arah hadapan..

''waalaikumsalam ''..sahut Inas dan Rohana bersamaan..yang ada di ruang makan..

Rohana cepat-cepat mengatur langkahnya berjalan dengan pantas ke ruang tamu rumah itu.. Dia sudah dapat mengagak, siapa si pemilik suara itu.. Siapa lagi kalau bukan Tun.

''Inas, makan seorang saja?''

''mana semua orang?'' tanya maya kepada Inas.. Bila melihat hanya ada Inas di meja makan.

''mama .. Manja dan abang ada di atas.. Mereka baru je naik tadi..'' jawab Inas sudu ditangannya sudah diletakkan ke bawah.. berpaling kearah Maya.. Ada Rohana mengikut di belakangnya..

''hamzi dah sampai lah yea.. Mama ingat dia nak datang esok.. '' kata Maya melihat kearah makanan yang terhidang di meja makan..

''Tun nak makan? Saya panaskan lauk yang saya simpan untuk Tun..?'' tanya Rohana..

''tak payahlah.. Saya tak nak makan malam.. Lagipun saya dah makan tadi.. Rohana bungkus saja semuanya, bawa balik.. Rasanya tak ada siapa yang nak makan.. Semuanya dah nak tidur nanti..'' arah Maya..

''baik Tun.. Terima kasih Tun..'' Rohana berucap sambil menundukkan kepala sedikit.

''inas.. Mama naik atas dulu ya.. Inas sambung lah makan.. '' kata Maya menepuk lembut bahu Inas..

''ya mama..'' balas inas..

Maya berjalan ke arah tangga dan naik keatas..

''Inas nak akak simpankan sikit makanan untuk Inas ke? Mana tahu Inas lapar nanti? '' tanya Rohana..

''kerana kak tanya macam tu?'' tanya Inas.. Rohana menutup mulutnya dengan tangan... Menyembunyikan gelaknya.

''akak tahu yang Inas bangun tengah malam untuk makan... Kan.. Kan..? '' usik Rohana.. Bahu Inas di cucuk lembut dengan hujung jarinya..

''ma.. Mana ada!'' Inas menafikan.. Padahal memanglah dia yang bagun tengah malam untuk mengisi perutnya yang lapar..tak boleh tidur setiap malam.. Tapi, tak ada siapa pun yang tahu kegiatannya yang satu tu di tengah malam.

''eh! .. Yea ke? Kakak tahu tau.. Dalam rumah ni hanya Inas seorang je yang minum malt tu..'' kata Rohana.. Menggoyangkan jari telunjuknya di hadapan Inas ..

''mana ada.. '' tangan kiri Inas mengaru belakang kepalanya..

''tak payah nak tergaru - garu sangat.. Akak bukannya nak marah Inas ke apa.. Siapa lah akan ni.. Nak tegur inas.. Akak cuma nak cadangkan je.. Dekat dapur tu ada flash air panas kecik tu.. Inas bawa lah Air panas naik keatas tak la kena turun naik banyak kali.. '' kata Rohana..

''hmm.. Tak apa ke kak..? '' tanya Inas..

''ikut Inas lah.. Rasa tak apa.. Nak kak Ann isikan air tu siap - siap ke?'' tanya Rohana .

''alah akak ni.. Buat Inas malu..'' kata Inas sambil menguis makanannya yang masih bersisa di dalam pinggan menggunakan sudu.

''tak payah nak malu.. Akak dapat agak apa yang Inas rasa bila tinggal di rumah mertua.. Semuanya tentu terbatas kan..'' kata rohana.. Membuatkan senyuman di wajah Inas tambah melebar.

Maya masuk ke biliknya untuk membersihkan diri.. Kemudian dia keluar semula menuju ke bilik Raif.. Pintu bilik iu diketuk berulang - ulang kali..

''manja..'' pintu bilik itu dibukanya.. Ditolak pintu itu terbuka melebar..

''mana pergi budak - budak ni..'' katanya sambil berjalan masuk kedalam..

'lama dah rasanya tak masuk kedalam bilik ni.. Sejak Inas sudah balik semula ke sini..' Maya berjalan mengelilingi ruangan bilik itu.. Kemudian dia berhenti bila melihat ada sekeping gambar yang terselit di celah buku yang terletak di meja kecil di sisi katil.

'sebelum ni.. Tak ada buku dalam bilik ni..' Maya mengambil buku tersebut.. Lalu menarik kepingan gambar yang hanya kelihatan separuh itu..

''afiya..!'' nama sahabat baiknya itu disebut.

''Rasyiqul!'' kini nama arwah suaminya pula disebut..

''kenapa Manja boleh ada gambar ni? Aku dan buang semuanya gambar afiya sebelum ni.. Dia sepatutnya tak boleh ada gambar ni..! Aku tak akan benarkan sikit pun manja teringat kepada afiya.. Yang perlu dia tahu.. Hanya aku! Aku mamanya.. Sampai bila pun hanya ada aku sebagai mamanya..! '' gambar itu digengam didalam tangan Maya..

Buku yang tadinya ada ditangannya diletakkan semula di tempat asalnya. Maya terus melangkah keluar dari bilik itu.. Berjalan menuju ke biliknya tanpa dia sedar ada Inas sedang bersembunyi disebalik dinding sana.. Inas asalnya sudah berada di pintu masuk bilik Raif dan mendengar semuanya.. Dia berlari bersembunyi di dinding sana sebalik melihat maya meletakkan buku itu dengan perasaan yang penuh amarah dan benci.

'mama! 'Inas memegang dadanya.. Organ jantung didalam tubuhnya sedang dipalu hebat.. Wajah Inas menjadi pusat lesi..

'pertama kali aku melihat mama dalam keperibadian yang sangat jauh beza begitu.. Aura yang ditunjukkan juga berbeza.. Aura dendam itu jelas kelihatan di wajah mama.. Bukannya seperti kebiasaannya sebelum ini.. Bukan seperti mama yang berperwatakan wanita berkarisma selalu dijulang dengan pangkat yang ada di depan gelaran namanya.. Mama berbeza.. Sangat-sangat berbeza.. ' Inas bersandar di dinding itu..

'kenapa mama terlalu benci kan bonda? Aku harus tanya uncle widad.. Dia tentu tahu sebabnya kenapa.. ' Inas berpaling dengan hati - hati ingin melihat ke arah koridor.. Seram pula rasanya.. Takut jika terlihat Maya masih ada disana..

Wajah yang sedang berpaling itu terus bertembung dengan sesuatu.. Inas mendongak melihat keatas, ternyata itu adalah dada Raif yang tiba-tiba ada di situ..

''apa ni! Kenapa tiba-tiba... Berdiri disini?'' tanya Inas sambil menggosok hidungnya yang berlaga dengan dada Raif tadi..

'dada dengan dinding sama saja kerasnya..' rungut inas.

''manis buat apa disini?'' tanya Raif.

'sekarang baru nak tanya? Tadi bila dengan abang Hamzi.. Tak pula dia teringatkan kita.. Sampai tinggal kita sorang-sorang makan di bawah tu..'

''sekarang baru nak tanya! Ingat dah lupa..'' perli Inas .. Berjalan melepasi Raif .

''manja rasa kan.. Dalam diri Inas sekarang ni penuh dengan rasa marah.. Marah.. Marah..'' rungut Raif .

''biarlah..!'' balas Inas.. Memeluk flash kecil di dalam dakapannya..

''ehh.. Tunggu! bilik ni! .. Bukan bilik tu.! .'' Raif menarik tangan inas..

''bukan tadi orang tu tak ingat isteri sendiri sampai dia tinggal.. dekat bawah sorang-sorang ..'' Inas berpaling dan menjeling kepada Raif.

''ck.. Marah lagi..'' keluh Raif..

''tidur sendiri malam ni.. manis mengantuk sangat ni.. Perut pun dah kenyang.. Jadi nak tidur...'' Inas mengelus perutnya..

''byeee... Sweet dream..'' Inas menarik tangannya semula, melangkah kakinya berjalan masuk kedalam biliknya..

Diam terpaku Raif di luar seorang diri.. Lama baru dia bergerak ke pintu bilik Inas.. Tombol pintu itu dipulasnya .. Senyumannya melebar bila pintu itu tak berkunci.. Pintu bilik itu dibuka dan dia mengintai kedalam.. Inas sedang berdiri disamping katil.. menepuk-nepuk bantal dan juga tempat tidur.. Raif jangan mendekat memeluk Inas dari belakang..

''manja!'' jerit Inas yang tersentak dengan pelukan yang diterimanya..

''manja nak tidur sini dengan manis..'' Raif menyangkut dagunya di bahu Inas.. Berbisik dekat dengan telinga Inas.

''manja.. Manja tidur bilik manja lah.. Nanti manja tak selesa tidur disini..'' kata Inas..

'kenapa hatiku kuat mengatakan yang dia sudah pulih.. Arggghh! Manja kenapa? Kenapa masih tak nak mengaku.. Manis pasti manja dah pulih.. Sebab ubat yang manja makan sekarang ni.. Bukan ubat yang mama bagi..'

''manja.. Boleh tak manis nak bagi tahu manja sesuatu..'' Inas menarik tangan Raif.. Membuka pelukan di pinggangnya.. dan segera berpaling mengadap ke arah Raif..

''manja boleh tak stop ambil ubat yang mama minta manja makan tu? Itu tak baik untuk manja..'' kata inas.. Tanganny menyentuh rahang Raif di kedua-dua belah kiri dan kanannya..

'' tapi kalau manja tak ambil ubat tu.. Manja akan gelisah.. Didalam kepala manja ada ada suara - suara yang bercakap.. Tu semua buat manja sakit.. Sakit kepala manja macam nak pecah..'' kedua tangan inas yang ada di rahangnya di sentuh..

'' boleh tak manja stop berlakon macam ni.. Manis tahu.. Manja dah semakin sembuh.. Bukannya manja yang di bawah kawalan ubat tu.. Bukannya manja yang perangai seperti anak -anak kecil tu.. Manja tu dah layak jadi seorang ayah..!'' Inas berkata dengan keras.. Teketar- ketar bibir bawahnya menahan satu rasa yang di sendiri tidak pasti apakah ia... Yang pasti dia sedang marah dengan lelaki yang sedang berdiri di hadapannya.. Sangat marah dengan kepura- puraan yang sedang ditunjukkan oleh lelaki itu..

''manis..! Kenapa manis kata yang manja ni sedang berlakon? Apa? Sedang bermain? Kenapa? Manis ingat manja sedang berseronok dengan semua ni?'' bahu Inas di cekam dan digoyang-goyangkan sehingga Inas tersentak beberapa kali..

''manja tipu!'' tangan Raif yang ada di bahunya ditepis kuat oleh inas.. Tajam mata Raif memandang ke arah Inas yang tiba-tiba bertindak sekasar itu kepadanya..

''manja sedarlah.. Ada orang dalam rumah ni nak aniaya manja.. Ubat yang manja makan selama ni.. Itu penyebab utama manja halusinasi.. Sebab utama manja terus kekal menjadi manja.. Kenapa Manja tak nampak semua tu.. Kenapa Manja masih tak sedar..'' Inas tetap menyatakan semua itu walaupun mata tajam Raif tepat memandang ke arahnya dari tadi.

''manis letih kan.. Tidurlah.. Manja tak ganggu manis..'' Raif berjalan melintasi Inas.. Menuju ke pintu dan keluar dari bilik itu.

Inas berpaling melihat ke arah pintu yang sudah kembali ditutup rapat oleh Raif..

'baby.. Mama yakin yang papa dah sembuh.. Tapi kenapa dia nak rahsiakan dari kita.. Selagi dia tak mengaku yang dia dah sembuh.. Mama akan rahsiakan kewujudan kamu baby.. ' tangan Inas menyentuh perutnya.. dalam tak sedar air matanya menitis di pipi.. Menahan sebak di dada.. Letih dengan seorang lelaki yang bernama Raif Althaf..

'sampai bila...'

'sampai bila kau nak terus berpura-pura.. Sampai bila aku harus simpan rahsia ni...'

Assalamualaikum... Hai.. Jom sambung satu lagi-->

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience