Bab 7

Romance Completed 12939

“Puan. Anak puan mengalami obesiti. BMI nya melebihi dari yang sepatutnya remaja yang berumur sepertinya atau lebih senang puan faham, Berat badannya ‘overweight’.” Jelas Dr Firdaus iaitu Doktor peribadi keluarga kami.

“ Seperti yang kita semua tahu , Obesiti merupakan keadaan perubatan di mana lemak badan berlebihan yang terkumpul sehingga ke satu tahap yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang.” Sambungnya lagi. “Oleh itu saya sarankan supaya anak puan dapat mengurangkan berat badannya sekurang-kurang 10kg.”

Aku,emak dan Abang Faiz tergamam mendengar penjelasan doktor Firdaus. Kami mengangguk faham.

Nampaknya terpaksalah aku mengucapkan Selamat Tinggal kepada makanan kesayangan aku. Huhu. ‘Selamat Tinggal sayang.’

***

“Adik!! Jangan putus asa! Cepat. ” Laung Abang Faiz.

“Abang. Adik tak larat.” Hish abang ni pun dah tahu aku tak mampu. Ish Tak habis-habis aku membebel harini jadinya

“Takleh macam ni Adik. Cepat adik. “ Jerit Abang Faiz yang jauh berada di depan meninggalkan ku yang jauh ketinggalan di belakang. Ish Abang Faiz ni. Dia pula yang excited.

Hari berganti hari. Semakin hari semakin tidak bertenaga ingin meneruskan aktiviti mengurangkan berat badan. Dahlah sekarang ni Aku tak dibenarkan makan makanan ringan dn terpaksa makan ikut masa. (Tapi kadang-kadang aku tak makan ikut masa sebab aku ade sembunyikan makanan dalam bilik aku hehe) Lepas tu aku dipaksa oleh Abang Faiz untuk bersenam. Huhu.

“Adik kenapa ni?” Tanya Abang Faiz

“Adik tak larat dahlah. And Adik malas hehe. Tak seronoklah bersenam ni abang. Takde cara lain ke nak kurus?” Jawabku. Abang Faiz gayanya seperti sedang memikir sesuatu. Mungkin sedang memikir cara lain kot? Hehe!

“Ahh! Abang tau nak buat apa!” Teriak Abang Faiz tiba-tiba. Boleh sakit jantung dibuatnya. Nasib aku takde penyakit jantung. Kalau tak dah lama aku jadi arwah.

“Apa abang nak buat?” Tanyaku. Abang Faiz segera mengeluarkan telefonnya dari kocek seluar. “Abang nak telefon siapa?” Hairan. Siapa agaknya Abang Faiz nak telefon.

Abang Faiz menekan-nekan skrin telefonnya. Mendail sesuatu.

“Hello ? Amir?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience