Bab 8

Romance Completed 12939

“Janganlahhhh buat Adik macam ni!!!!” Marahku

Kedua-dua lelaki yang berdiri depanku hanya tersenyum sinis.

“Dah dah. Kayuh basikal ni. Kitorang duduk kat sini.” Jawab Abang Faiz

Adakah sanggup Abang Faiz mengikat troli di belakang basikal kemudian menyuruh aku mengayuh. Lepas itu mereka dua pula duduk di troli itu. Dahlah berat! Rasanya lebih berat daripada berat badanku. Ingatkan ada aktiviti yang lebih menarik daripada bersenam. Rupanya lebih teruk. Lepas tu dipanggilnya lagi si mamat sewel tu. Saja je Abang Faiz ni.

“Go Myra ! Go Myra ! Go Myra boleh!” sorak Amir. Allah! Dah aku bagitau yang sebutan nama aku ‘Maira’ tetap dia sebut ‘Mira’ . Ini yang aku pantang bila orang sebut nama aku salah.

“Berapa kali aku nak kata! Sebutan nama aku ‘Maira’” marahku. Tengok. Asal aku betulkan sebutan nama aku, boleh-boleh dia tersengih.

“Dahlah. Kesian adik abang ni penat. Jom gi makan.”kata Abang Faiz .

“Yeyyy!! Makan!!” sorakku riang.

Ciss! Mereka sedap-sedap makan nasi ayam. Aku disuruh makan roti je. Sungguh menyeksakan. Huarghhh Mama!!

“Kenapa adik abang ni muka masam je?” tanya Abang Faiz. Mamat sewel tu pula? Apa lagi kalau bukan tersengih.

“Korang makan sedap-sedap, adik disuruh makan roti je. Tak guna punya abang” Geram

“Alahai adik ni. Macam mana nak kurus kalau melahap nasi pepagi ni. Sekarang baru jam 8:30 . Tadi pagi pun adik dh banyak makan kuih yang mak masakkan? Sampai tinggalkan abang sisa je.”jawab Abang Faiz. Lahai merajuk ke? Hehe takpe. Senang je nak pujuk nanti kat rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience