Bab 4

Romance Completed 12939

“Eee. Adik geram dengan abang. Asal abang tak bagitau adik yang abang nak gi jumpa ngan mamat sewel tu?”Marahku. Tak pasal-pasal aku berjumpa dengan mamat sewel itu lagi. Huh!

“Lahh. Adik yang beriya-iya. Abang pun belum habis cakap adik dah potong.”

**

*flashback*

Mata Abang Faiz asyik mencari-cari kelibat seseorang dari tadi.

“Abang tunggu siapa? Dari tadi mata Abang meliar-liar cari seseorang. Siapa orangnya tu.” tanyaku hairan.

“Haaa tu pun dia..”Kata Abang Faiz tidak menjawab pertanyaanku. Aku menoleh ke arah yang dilihati Abang Faiz.

Bila lihat sahaja orang yang Abang Faiz tunggu tu, tiba-tiba hati aku membara! Ya membara kerana geram/meluat/benci. Apa-apa je la yang buat hati kita panas bila nampak seseorang yang kita benci.

“Hai Faiz. Maaf lambat.” Kata seorang pemuda lelaki sambil menepuk bahu Abang Faiz.

“Takpe. Amir, silakanlah duduk” pelawa Abang Faiz. Amir duduk di bangku bersebelahan Abang Faiz. Sejak dari tadi dia tersengih-sengih memandangku.

“Wow Myra.Makin kurus Myra sekarang. Dalam proses diet ke?” kata Amir sambil tersenyum sinis

“Huh! Macam perli jer. Kau takde keje lain ke? Asal jumpa kau, tak habis-habis kau perli.”Aku menjelingnya geram.

“Eh mane ade aku perli. Memang pun kau nampak kurus sekarang” katanya lagi

“Huh whatever” aku malas hendak melayan. Kalau aku semakin melayan, semakin panaslah aku nnti. Dia ni bukan pandai faham perasaan aku

Aku menghabiskan makananku. Taklah bosan aku menunggu Abang Faiz selesai urusannya bersama mamat sewel itu. Tapi mamat sewel itu juga tidak habis-habis buat aku panas.

Bencinyaa!!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience