Bab 6

Romance Completed 12939

Malam itu aku tak boleh tidur. Asyik terfikirkan Amir.

Ishh! Takkan aku suka kat dia kot?! Tak mungkin tak mungkin.

Tak mungkin terjadi. Sedar-sedarlah Myra. Engkau tu gemok! Tak layak ada kekasih. Lagipun tak mungkinlah Amir suka kat kau. Asal jumpa je pasti dia perli kau kan? Huhuhu

Sebenarnya sejak dulu lagi. Sejak kali pertama aku jumpa dia pun, dia tak habis-habis perli aku. Punya aku benci ! Stress aku dibuatnya.

Abang Faiz pun asyik tersengih je kalau mamat sewel tu perli aku. Kalau bukan tersengih, dia akan turut perli aku. Huh! Dia ni bukannya pandai sokong adik tersayangnya ni. Hish!

2 kali 5 sama je perangai mereka.

Sabar Myra sabar. Itulah aku. Terpaksa menyenangkan diri sendiri. Kalau bukan diri sendiri siapa lagi nak diharapkan? Semua sama je nak perli aku. Kecuali Mak dan Ayah. Sebab tu aku sayangkan mereka ! hehehehe.

*Keesokkan harinya.*

Buat masa ni , Jam lonceng aku rosak. So aku terpaksa pakai ‘alarm’ bergerak. Iaitu suara mak aku hehe.

“Myra!! Faiz !! Bangun!!” teriak suara lantang mak aku.

Lepas aku dengar suara mak aku. Aku pun terus terbangun. Kalau aku lambat-lambat bangun, habis aku dimarahi nanti. Huhu. Aku pun cuba berdiri untuk melaksanakan tugas setiap pagi tetapi gagal!! Aku tidak dapat berdiri!! Apa yang terjadi dekat aku?!

“Makk!! Makk!! Tolong!! Mak!!” teriakku memanggil mak.

Emak cepat-cepat mendapatkan ku dibilik. “Allah adik. Kenapa ni?”

“Mak..Adik takleh berdirikan badan Adik. Tolong makk!” Aku menangis.

“Ya Allah! Faiz. Tolong telefon doktor peribadi kita sekarang!!” arah mak. Tanpa melengahkan masa, abang Faiz segera menelefon doktor peribadi keluarga kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience