Bab 9

Romance Completed 12939

5 Bulan berlalu.

Alhamdulillah. Akhirnya aku telah berjaya mengurangkn berat badan sebanyak 14kg. Memang nampak mustahil. Tapi hakikatnya memang benar! Berat badanku dari 69kg berjaya kurang hingga ke 55kg! Sungguh dahsyat!

“Mama bangga dengan adik. “ ucap mak.

“Tahniah dik. Tak sangka adik abang berjaya harungi dugaan semua ini.” Ucap Abang Faiz pula.

“Terima kasih Mak.. abang..Adik nak ucapkan ribuan terima kasih. Terima kasih sangat-sangat.” Jawabku. Bangga dengan diriku. Tiba-tiba...

“Myra” panggil seseorang. Aku menoleh. “Myra tahniah.” Ucapnya sambil tersenyum manis.

“Terima kasih Amir.” Jawabku. Amir menyebut namaku dengan betul??! Biar betul?

“Myra. Boleh kita bercakap sebentar kat luar?” Tanya Amir. Aku tersenyum sambil mengangguk setuju.

“Ada apa Amir?” Tanyaku duduk di hadapan kolam ikan buatan ayah.

“Myra.” Panggilnya. “Ya?”

“Sebenarnya…”

“Hmm?”

“Sebenarnya dari kali pertama kita jumpa tu kan. Saya dah….”

“Straight to the point please Amir?” pintaku. Paling aku pantang orang yang cakap gantung-gantung.

“Saya dah jatuh cinta dengan awak!”

Gulp!

“Awak?” Tanya Amir bila melihat aku tidak menjawab. Aku memandangnya sambil mengangkat kening isyarat ‘ya?’

“Awak cintakan saya?” Aku tidak menjawab. “Awak. Saya tau saya banyak kali perli awak. Tapi tak mustahil awak akan rasa sayang dekat saya?” Aku terdiam. “Takpelah. Saya ni jahat. Selalu perli awak. Maafkan saya. Saya pergi dulu.” Baru sahaja Amir hendak melangkah pergi, aku sudah menahannya.

“Awak!” Amir menoleh. “Memang benar kata awak. Sejahat-jahat manapun awak. Selalu perli saya. Tapi saya rasa , saya telah jatuh cinta dekat awak. Setiap hari saya teringatkan awak. Saya rasa….” Aku berhenti meneruskan.

“Saya juga rasa yang saya dah jatuh cinta kat awak !” sambungku. Amir tersenyum

_______________________________
_______________________________

Terima kasih kerana sudi membaca. Ini adalah karya yang tidak berapa formal oleh saya.

Saya sengaja cuba untuk mengarang karya yang lain daripada yang lain. Jadi saya berharap karya ini mendapat sambutan yang menghangatkan daripada pembaca. Maafkan saya sekiranya terlalu childish ataupun cliché ataupun sebagainya.

Share this novel

ivywil
2019-08-15 15:02:20 

Don't worry if your story is childish but you can make it again better.


NovelPlus Premium

The best ads free experience